Votement juseyo~♡
C9:- Dreams Come True by ÆSPA
Day 8_....
"Byeol! Jom makan!" panggil Sunghoon.
Byeol yang baru selesai melipat selimut berjalan ke arah Sunghoon dan yang lain. "Restoran ada kat tingkat 2, kalau naik tangga tak apa kan?" soal Jay.
Dia mengangguk. "Ah, Ni-Ki mana?"
"Ada dengan Heeseung, katanya pergi berlatih menembak. Tapi aku tak pasti lah," Byeol sekadar mengangguk perlahan atas jawapan yang diberikan oleh Sunoo.
"Heeseung pandai eh main senjata?"
"Dia tak terlalu pandai, sebab dia tak kenal nama pistol. Tapi kalau bab menembak semuanya tepat,"
×××
Mereka berenam berjalan ke arah restoran itu, ada beberapa ahjussi dan namja yang duduk kat situ. Untung tak perasan kalau Byeol ni orang baru.
"W..weh, kenapa aku rasa tak sedap hati eh?"
Kelima-lima namja yang mengikuti Byeol tadi berpaling. "Tak sedap hati kenapa?"
"Aku rasa diorang..... bukan manusia lah," Byeol menelan air liur.
GRRR-
"Ah sudah," mereka berlima panik tapi tidak bagi Byeol. Ye lah, diorang tak bawak apa apa pun. Datang dengan tangan kosong je
Dia mencapai beberapa batang batang paip yang tergeletak di atas meja dan menyerahkan kepada kelima lima namja itu.
Semua orang yang tadi duduk diam di situ tiba tiba menjadi histeria untuk beberapa saat. Walkie-talkie kepunyaan Jake berbunyi.
"AWAS! BEBERAPA EKOR ZOMBI DIKESAN DI TINGKAT 2 BAHAGIAN SELATAN!"
Manusia manusia yang telah bertukar menjadi zombi itu memandang tepat ke arah mereka berenam lalu mengejar mereka.
"AAAH!!" lima namja yang hanya bersenjatakan batang paip itu menjerit ketakutan, dan lah zombi tu jarak beberapa meter je dari diorang.
BANG!! BANG!!
Byeol mengeluarkan dua pucuk pistol dari poketnya dan menembak kepala beberapa ekor zombi.
"Weh mana aci! Dia bagi kita batang paip padahal dah ada spare pistol!!" rungut Sunoo.
"Ni bukan masa untuk bergaduh! Serang!!" bahu Sunoo dipukul kuat oleh Jay.
"BYEOL!! SAMBUT!!" Byeol mendengar satu suara dari tingkat atas.
Dia menyambut sniper yang diberikan oleh Heeseung dari tingkat 5. Pistol yang tadi dia pakai dilemparkan kepada Sunoo yang tak habis habis merungut dari tadi.
"Ok thanks!"
BANG! BANG! BANG!
"Weh asal seronok sangat eh?! Macam dalam game!! AHAHAHA" Jay tiba tiba tergelak.
Disebabkan suara Jay terlalu kuat, mereka membuat keputusan untuk menutup sebelah telinga. Zombi zombi tadi tiba tiba berhenti.
ARGH-!!
Byeol mendapat satu idea. "Jay! Gelak kuat lagi!"
Apabila zombi yang tak tahan dengar suara Jay menjadi tak keruan, Byeol mengambil keputusan untuk menembak terus ke jantung mereka.
"Sunoo! Tembak!!"
.·'¯'[???]'¯'·.
YOU ARE READING
ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]
أدب الهواةSIRI HORROMANCE (iii):- _∞_ZOMBIE_∞_ Seluruh negara kecoh gara gara wabak zombi yang sedang berleluasa. Walaupun wabak itu masih baru beberapa bulan, tapi sudah berjuta orang mati kerana dijangkiti. Byeol dan Ni-Ki bekerjasama untuk mencari maklumat...