☆엔:- 6☆

97 18 0
                                    

Votement juseyo~♡

C6:- Anti Romantic by TXT

Day 3_....

"Lah, salah ke?"

"Masalahnya kau ambik tu XM312,"

"Ye lah, apa salahnya? Cantik apa pistol ni,"

"Memang lah cantik dan bagus, tapi kelemahan XM312 mempunyai kadar tembakan lebih rendah dari M2 iaitu 260 rpm,"

"Jadi?"

"Jadi ia tak berguna lah, zombi boleh elak tembakan tu. Ia terlalu lambat,"

"Ala, sia sia je lah aku bawak benda 19 kg ni?! Ah!"

"Sekurang-kurangnya lebih kuatkan otot kau tu," Byeol sudah siap sedia dengan teropong yang dia ambil tadi.

BAM!!

Mereka berdua tersentak. "Zombi dah naik sampai ke sini," segala peralatan diambil lalu mereka berlari hingga ke hujung bangunan itu lalu melompat ke bangunan yang lain. Dah macam Spiderman aku tengok.

"Ahh!!" Ni-Ki hampir terjatuh tapi dia sempat mencapai hujung konkrit bangunan itu. "Byeol! T.. tolong aku!!"

Byeol berhenti dan meletakkan peralatannya. Dia berlari dan menarik tangan Ni-Ki. "Arh!!" Kerana batu batu yang tercampur bersama simen itu masih tajam, jari Ni-Ki berdarah.

"Tahan sikit lagi, Ni-Ki!!" Byeol berusaha menariknya hingga naik ke atas.

×××

"Hari ni, satu maklumat pun tak dapat lagi. Yang dapat adalah sakit dan luka," bebel Byeol sambil membalut jari Ni-Ki.

"Tapi yang untungnya adalah aku masih selamat kan?" Byeol mengiyakan sahaja, malas nak bertekak dengan budak Jepun ni.

Dia bangun dan menyimpan XM312 yang Ni-Ki bawa tadi. "Lain kali sebelum bawa, tanya aku dulu. Jangan main rembat je,"

"Eh eh tadi aku nampak sniper (senjata anti-personnel) kat dalam gim. Kau bawak masuk ke?"

"Hm? Sniper yang mana?"

"Kau dah tau aku ni tak kenal nama senjata, kau tanya lagi. Ye manalah aku tahu, Maimunah!"

Byeol menggulingkan bola matanya dan masuk ke gim lalu mengeluarkan sniper seperti yang diberitahu oleh Ni-Ki.

"Ah~ ni ke? Namanya McMillan TAC-50. Sniper ni memegang rekod dunia untuk rekod sniper paling jauh dalam sejarah dengan jarak 3.54 km. Senjata letupan ni direka khas untuk misi,"

Ni-Ki memandangnya tanpa berkelip. Sesekali mengangguk kecil apabila Byeol menjelaskan senjata itu tapi sumpah dia langsung tak faham apa yang Byeol cakap.

'Perempuan ni mengalahkan lelaki, semua nama dan fungsi pistol dia tahu. Dia gamers ke askar? Siapa yang tak faham angkat kaki! Kita geng,'

"Jom, aku sediakan Taiyaki untuk kau," tangan Ni-Ki perlahan lahan ditarik keluar dari bilik operasi.

.·´¯'[???]´¯'·.

Kenapa lama lama author rasa ni bukan buku zombi eh? Macam buku tentera lah pulak :) sebab penuh dengan nama pistol.. takpe takpe, wait for the next chapter

- ♡

ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]Where stories live. Discover now