Votement juseyo~♡
C5:- Sticker by NCT 127
Day 3_....
Setelah sarapan, mereka berdua masuk semula ke bilik yang diorang yang anggap sebagai bilik operasi. Sebenarnya ada banyak lagi yang diorang tak tahu lagi tentang bilik tu.
"Weh Ni-Ki Ni-Ki!!" panggil Byeol.
Ni-Ki yang masih mencari isyarat di radio itu menghentikan kegiatannya dan menuju ke arah Byeol. "Wae?"
"Kalau aku cakap ni bukan dinding, kau percaya tak?"
"Pft! Dah jelas jelas ni dinding weh,"
Byeol mengukir senyuman nakal dan menolak badan Ni-Ki agar masuk ke dalam dinding itu. "Argh- eh?"
"Kan aku dah cakap, ni bukan dinding. Ni cuma hologram yang diletakkan di sini supaya orang mudah tertipu," Byeol turut masuk ke dalam dinding itu.
Tombol lampu ditekan dan seluruh ruang rahsia itu terang. "Gym?!" Ni-Ki teruja apabila melihat ada beberapa alatan yang dia biasa gunakan di gim sebelum ini.
"Sedar diri sikit, tangan kau tu berbalut lagi. Nanti kalau jatuh siapa yang susah? Aku tak nak tolong," niatnya untuk menggunakan alatan itu terbatal apabila mendengar kata kata Byeol.
"Janganlah kasar sangat, sakit hati aku," Ni-Ki memeluk tubuh, adeh mula dah merajuk.
"Ish ye lah! Nah," Cadbury dihulurkan, Ni-Ki yang tak dapat tahan nafsunya terus merampas coklat itu dari tangan Byeol.
"Jom keluar,"
"Gila kau nak keluar?! Sekarang tengah darurat bodoe!" Ni-Ki menggoncang goncang bahu Byeol.
"Tak! Bukan tu maksud aku! Kita keluar cari maklumat lah, mana tau kita dapat maklumat pasal kelemahan zombi ke,"
"T...tapi-"
"Sama ada kau nak ikut aku atau kau duduk sorang diri kat rumah, jagakan radio tu. Pilih," Byeol keluar dari bilik operasi.
"Yah! Ok ok aku ikut kau!" Ni-Ki mengejarnya.
×××
Mereka keluar dari kawasan perumahan itu dan berjalan ke bandar dengan berhati hati. Suasana bandar sunyi, ada juga mayat zombi yang bergelimpangan di jalan.
Ada yang terbelah dua, ada yang kepala tercabut, ada yang sebelah kaki kena potong. Senang cerita, keadaan di sekitar Seoul memang tak boleh nak bayangkan, betul betul dibanjiri oleh zombi.
Ni-Ki mengajak Byeol naik ke sebuah bangunan. "Kat situ nampak lebih selamat, jom," Mereka naik ke atap bangunan itu dan mengunci pintu rapat rapat.
"Tadi aku nampak kau bawa pistol, jenis apa tu?" soal Byeol seraya mengeluarkan beberapa pistol dan peluru.
"Ni," Ni-Ki meletakkan BGM (bukan background music eh) dan menunjukkan kepada Byeol.
Byeol memandang Ni-Ki dari atas sampai bawah. "Kecik besar kecik besar je aku tengok kau. Kenapa kau ambil benda ni?"
"Lah, salah ke?"
.·´¯'[???]´¯'·.
YOU ARE READING
ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]
Hayran KurguSIRI HORROMANCE (iii):- _∞_ZOMBIE_∞_ Seluruh negara kecoh gara gara wabak zombi yang sedang berleluasa. Walaupun wabak itu masih baru beberapa bulan, tapi sudah berjuta orang mati kerana dijangkiti. Byeol dan Ni-Ki bekerjasama untuk mencari maklumat...