Votement juseyo~♡
C3:- Spring Day by BTS
Day 2_....
Byeol menurunkan lelaki tadi di atas sofa rumahnya. Pintu dan pagar dikunci rapat, tingkap dan langsir turut ditutup, lampu dibuka. Dia tak kisah kalau dia kenal ke tak lelaki tu, sebab sekarang ni nyawa lebih penting.
First aid kit diambil dan dibawa ke ruang tamu. "Parah juga kecederaan kau, jap eh," dia berlari ke bilik Puan Kang untuk mengambil beberapa bandage serta ubat ubatan yang lain.
Dia turun semula dan duduk di atas sofa bersebelahan dengan lelaki itu. Byeol pernah tengok eomma nya rawat pesakit, tapi dia tak pernah cuba. 'Okay Kang Ji Byeol, you can do it!'
Ia mengambil masa yang agak lama sebab Byeol turut mencari video cara merawat pesakit yang parah kecederaannya.
Selesai di bahagian muka dan kaki, dia beralih ke bahagian badan, baju ungu cerah milik lelaki itu dipenuhi darah. "Aku buka baju kau boleh? Sekejap je," setelah mendapat keizinan, dia membuka butang baju lelaki itu perlahan lahan.
Jangan kuat kuat, nanti koyak susah. Sekarang ni apa yang dia fokus adalah cara merawat.
×××
Baju lelaki itu diganti dengan hoodie lama milik mendiang appa Byeol, untung muat.
"Nah, minum ni," secawan teh suam dihulurkan.
"Nugu...saeyo?" soal lelaki itu.
"Aku manusia lah! Kalau aku ni zombi, dah lama aku makan kau,"
"Ah mianhae, ireumi mwoeyo (what's your name?)?"
"Aku Kang Ji Byeol, tapi kau boleh panggil aku Byeol. Kau pulak?"
"Ni... Nishimura Riki, panggil je Ni-Ki," Ni-Ki mengukir senyuman yang pastinya menggugat iman kita hoho!
"Um, Byeol,"
"Ye?" Byeol memandangnya.
"Rumah kau ada ruang rahsia eh?"
"Hm? Maksudnya?"
"Err tadi...."
-flashback-
_Di bilik mendiang Tuan Kang_
Ni-Ki masih bergelut untuk memakai baju. Ye lah, tangan kiri dia kena balut, jadi susah nak pakai.
Badannya semakin mengundur hingga terkena cermin yang besar. Cermin itu terjatuh, Ni-Ki turut panik, tapi apa yang lebih membuatkan dia lebih panik adalah apabila dia melihat sebuah pintu di belakang cermin itu.
"Pintu...apa ni?"
Kerana terlalu ingin tahu, dia membuka tanpa kebenaran sesiapa pun. Di hadapannya terdapat sebuah ruang yang agak gelap.
"Wow, aku tak patut masuk campur urusan keluarga dia," pintu itu serta merta ditutup, tapi Ni-Ki tidak menyangkut semula cermin itu.
- end of flashback -
"Tapi serius lah ada bilik kat situ?"
"Lah kau tanya aku pulak. Mana aku tau, aku bukan abang kau,"
Byeol masih tak menyangka. Selama 19 tahun dia hidup, keluarga dia rahsiakan sebuah bilik yang sememangnya dia pun tak tau fungsinya apa.
"Ok jom!" tangan Ni-Ki ditarik.
"Ah! Sakit! Nak ke mana?!"
.·'¯'[???]'¯'·.
YOU ARE READING
ZOMBIE APOCALYPSE || 니-키 [✓]
Hayran KurguSIRI HORROMANCE (iii):- _∞_ZOMBIE_∞_ Seluruh negara kecoh gara gara wabak zombi yang sedang berleluasa. Walaupun wabak itu masih baru beberapa bulan, tapi sudah berjuta orang mati kerana dijangkiti. Byeol dan Ni-Ki bekerjasama untuk mencari maklumat...