Chapter 8 - He's the reason why

341 21 20
                                    

Rothswell POV

(7th April, 12 p.m, last period)

Hari ni cikgu bio nak buat experiment. Ya aku suka buat experiment tapi tak kali ni. Bedah katak dan tikus.

Orang lain mungkin suka experiment ni, ye la asal kau ambil sciences subject je mesti orang akan cakap "nak jadi doctor la ni" tak pun asyik tanya je "dah bedah katak ke?". What the hell? Aku belajar pun tak lagi.

Aku tak suka sebab darah tu and kita kena belah then keluarkan organ tu sebab tujuan utama dia nak tengok system respiratory. Lagi-lagi tikus, tak sampai hati aku nak buat. Tikus putih ye bukan tikus lorong.

"okay class, duduk macam dekat dalam class ye...satu meja empat orang dan sila pakai lab coat yang dah disediakan tu" arah cikgu.

Seperti biasa labmates aku ialah Daniaelle, Ben dan Kiser.

"sebelum kita mulakan, cikgu nak explain dulu. First, you all dah ada katak atau tikus kan? Next kita akan guna chloroform untuk memengsankan haiwan-haiwan ni and whatsoever" jelas cikgu aku.
"okay, you all boleh mula sekarang"

Antara kitaorang berempat, Ben la yang score bio ni. So dia je yang kitaorang rujuk.

As usual time nak mula keluarkan katak tu, mesti ada je la yang terjerit-jerit padahal katak tu dah pengsan dah pun. Macamlah katak-katak tu nak dekat kau.

Tugas dah dibahagikan. Aku dengan Daniaelle kena matikan tikus ni. Ouh, ada group dapat katak and aku dapat tikus.

Skip procedures.

"aku mula bedah eh?" ujar Ben.

"katak tu takkan melompatkan? manalah tahu tiba-tiba tengah diorang bedah dia melompat" tanya aku sambil menunjuk meja group lain yang menggunakan katak.

"tak baby...dah pengsankan" jawab Kiser.

"siapa baby?!"

Patutnya dia ni yang aku bagi chloroform tu...bukannya tikus ni. Dari pagi tadi, baby je lepastu kacau aku je kerjanya.

"Roths la...kenapa? baby takut ke?" tanya Kiser.

"taklah! Mana ada" jawab aku.

"oh tak takut ye? Tak apa kita tengok nanti"

Ni yang buat aku risau. Dia ni bukannya betul sangat pun.

Permulaan bila nak bedah tu, it's quite okay lagi, part dah nampak organ dalaman tu yang aku tak selesa sangat. Ni baru haiwan belum manusia lagi Roths.

Daniaelle pandang aku pelik sebab aku mula berpeluh and genggam tangan aku sewaktu Ben koyakkan kulit tikus tu. Lantak kau lah Daniaelle nak fikir aku ni apa pun. Aku memang tak sampai hati nak tengok tikus yang comel diperlakukan sebegitu. Aku ingatkan batch kitaorang je yang dijadikan 'tikus makmal' oleh MOE.

Masa Ben buat tu dia terpotong salur darah, habis darah tikus tu keluar memancut.

Aku dah freeze. Terkejut. Kiser perasan aku terkejut lepastu aku mengalihkan pandangan.

"Roths takut ke tengok darah ni?" bisik Kiser.

Aku tersentak bila Kiser tiba-tiba berbisik pada aku. Dia dekatkan badan dia dengan badan aku and bau dia, wangi...tak tahu aku nak describe macam mana tapi memang sedap.

"takut eh?" Kiser bisik lagi.

"mana ada" aku menggelengkan kepala laju-laju.

"dah tu kenapa berpeluh-peluh ni?" tanya Kiser lagi.
"takut la tu...tak mengaku je" usik Kiser.

"mana ada! Roths tak takut la" kata aku sambil mengetap bibir.

Dia ni dah kenapa? Tak habis-habis nak mengusik aku.

"kalau tak takut...sini, Roths pulak yang cuba buat" suggest Kiser.

"fine. Roths buat" aku mengambil alih tempat Kiser and start bedah.

Dia ni memang sengaja ke nak kenakan aku?

Aku memegang pisau dengan tangan aku yang dah berpeluh.

Aku berpeluh dengan semakin teruk sewaktu bila aku dah start buat. Tiba-tiba aku rasa mual. Aku nak muntah. Terus aku keluar dari lab and cari tandas. Takkan aku nak muntah dekat singki lab pulak.

"eh Roths! Kau nak pergi mana tu?" tanya Daniaelle tanpa aku menjawabnya.

"aku...aku pergi tengok dia dulu...korang sambung la" kata Kiser.

Masuk tandas aku muntahkan segalanya ke singki. God! Aku dah rasa tak sedap badan. Aku nak balik...katil...nak tidur! Aku gargled and bersihkan then aku perasan muka aku semakin pale bila terpandang cermin. Ni semua salah Kiser. Aku dah kata dia tu bukannya betul sangat. And aku pun bodoh pergi ikut apa yang dia cakap. Ni yang dia cakap dia sayang aku?

Aku keluar dari lavatory tu, Kiser ada dekat situ. Terkejut aku, lepas satu-satu bala datang. Apa lagi la nak jadi lepas ni.

"Roths okay tak?" tanya Kiser dengan concerned.

"tak" jawab aku.

"Roths kenapa tadi? Muntah ke?"

Aku menganggukkan saja kepala.

"nak masuk lab balik ke lepas ni?"

"ye la" aku dah rasa nak muntah balik.

"tak payah la kit.."

Aku memotong percakapan Kiser tadi and terus masuk ke tandas semula. Aku muntah sekali lagi. Oh, sakitnya. Kiser masuk juga ke dalam tandas dan menggosok belakang aku.

"Roths kenapa ni asyik muntah?" tanya Kiser dengan concerned.

Aku gargled. Dia ni boleh pulak dia tanya soalan bodoh. Aku muntah ni sebab kau lah.

"kita terus balik bilik eh? tak payah pergi lab dah. Barang semua nanti Kiser call Daniaelle suruh bawakan" kata Kiser.

Aku ikut je dia...sebab aku memang dah tak larat dah.

Tiba-tiba dia berkata.

"dekat bilik Kiser eh" kata Kiser.

Lepas je dia kata macam tu, terus aku berhenti berjalan. Kiser terus pandang aku.

"Kiser, please jangan nak bergurau time ni." jelas aku.

"I'm not kidding. Takkan Kiser nak bergurau masa Roths sakit macam ni" beritahu Kiser.

"Roths tak nak! Nak balik bilik Roths" aku jalan terus ke bilik aku.

Kiser menarik tangan aku.

"degil la dia ni! Kiser risau tahu tak!" kata Kiser dengan nada suara yang tinggi.
"kita pergi bilik Kiser. Tak ada orang time macam ni. Kita je. Kalau something jadi dekat Roths macam mana?"

Aku pun ikut je la dia. Care pulak dia dekat aku. Kadang-kadang aku pun pening dengan dia ni. Ah lantaklah yang penting aku nak tidur sekarang ni.

°°°

Sneak peek of chapter nine

"tapi Roths yang peluk Kiser dulu! Lepas tu nak salahkan Kiser"

"manalah Roths tahu..Roths.."

"dah! Pasal tu pun korang nak gaduh! Macam budak-budak...bukannya Kiser ni nak beromen pun dengan Roths. Paling tak pun, dia cium je" kata Fayqal selamba.

Mata aku terbeliak. Aku tak percaya Fayqal boleh cakap macam ni. Aku dah imagine dah actually. Malunya aku!

"beromen? eh aku nak!! tapi kau yang kacau daun" kata Kiser kepada Fayqal sebelum pandang aku dengan muka nakal dia untuk mengusik aku lagi.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Fact 1 : One of Roths' favourite song is "Listen to your heart by Roxette". Dia jenis yang suka dengar lagu-lagu lama.

Fact 2 : Kiser and Roths, both suka dengar Coldplay.

King Of My HeartWhere stories live. Discover now