Kiser POV
Aku bangun dan lihat jam pukul 5 pagi. Roommates aku yang lain semua belum bangun kecuali Fayqal katil dia kosong. Aku rasa dia tengah mandi.
Aku ni dah macam orang gila bayang, bangun je terus terfikir pasal my baby Rothswell. Cuma setiap kali aku mimpi Roths akan berakhir dengan nightmare tu and apa yang aku tahu aku menangis masa tidur. I miss him so much. I need him to hug me like he did before.
Bilik dia selang dua je dari bilik aku ni and want to know the best part? we are classmates! Can't wait to see my baby. I'll make sure dia akan duduk di sebelah aku masa dalam class nanti.
Lepas je aku dengan roommates aku siap, kitaorang pergi dewan makan untuk breakfast. Fayqal perasan yang aku macam mencari sesuatu.
"kau cari siapa tu?" kata Fayqal.
"Someone" jawabku.
Lepastu mata aku tertarik ke arah seseorang yang sedang duduk di meja bersama Noah dan roommates dia sambil ketawa dan tersenyum. Roths! My baby! Cutenya dia!! Nak je aku terus pergi dekat dia.
"dia?" kata Fayqal.
Aku mengangguk.
"siapa dia?"
"Roths"
"Ouh..both of them are cute actually!" jawab Fayqal sambil tersenyum.
"I know right!" Aku memandang Fayqal.
"yeah both of them are cute especially the one who wears the glasses."
"Noah?"
"so his name is Noah?"
Aku mengangguk dan dia tidak lagi menanyakan soalan.
After breakfast aku terus pergi ke class aku 4 Emerald dan memilih tempat duduk. Time tu aku merancang sesuatu supaya Roths duduk jugak sebelah aku. Aku tak kira! Kiser, kau ni belum apa-apa dah buat benda jahat.
Fayqal POV
(whispered in his heart)
So ni lah Roths. Nama yang Kiser sebut masa tidur semalam. Cute af. Tapi orang yang pakai glasses sebelah dia tu lagi adorable.
Rothswell POV
Sampai saja aku di 4 Emerald, aku pun mula mencari tempat di sebelah Daniaelle tapi sebelah dia dah ada orang duduk. Satu-satunya tempat yang tinggal adalah di sebelah tingkap dan di depan meja Daniaelle. Orang sebelah aku entah hilang ke mana, bag ada orangnya tiada.
"Daniaelle kenapa kau tak duduk sebelah aku?"
"orang sebelah kau tu la. Dia suruh aku duduk sini. Dia kata dia nak meja tu jugak"
"yang kau ikut je cakap dia kenapa?"
"Dah muka dia macam nak makan orang. Aku ikut je la. Siap ugut lagi si Ben ni"
Aku tak boleh nak buat apa. Siapa suruh masuk class lambat. So you get what you deserve.
Subject pertama aku hari ini ialah Physics. Cikgu physics dah masuk dan dia juga merangkap class teacher aku. Nama setiap pelajar disebut mengikut name list untuk memastikan setiap pelajar ada di dalam class. Cuma orang sebelah aku ni tak balik dari tadi.
Selepas berapa nama pelajar disebut, aku tersentak dengan panggilan nama pelajar seterusnya. Aku kenal sangat nama ni. Kiser, nama yang dipanggil berkali-kali namun tiada yang menyahut.
Tiba-tiba.
"saya Kiser"
Aku memandang dia seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku sangkakan orang yang aku nampak semalam hanyalah khayalan aku saja. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa rindu, marah semua ada.
YOU ARE READING
King Of My Heart
RomanceSetiap orang ada kisah tersendiri. Termasuklah seorang budak lelaki berusia 16 tahun ini. Nama diberi Rothswell Wilderson. Kisah dimana Kiser, orang yang paling Roths cintai berusaha untuk mendapatkan dia semula apabila ditakdirkan untuk bertemu se...