Chapter 16 - Hope & Love 🤍

286 20 13
                                    

Previously from chapter 15

Kiser POV

Aku lihat Roths menggigit bibirnya sambil menangis tersedu-sedu lagi. Aku kesat lagi air mata dia yang gugur tu.

"shhh, Kiser tak nak tengok Roths nangis lagi. Tak nak tengok Roths sakit. Please.." kata aku.

***

Aku drive terus ke rumah aku. Tapi sebelum tu aku singgah drive thru McD sebab tak sempat beli makanan masa dekat dataran tadi. Baby aku mungkin lapar plus penat menangis lagi. Atau kau yang lapar Kiser?

Dia pulak dah tidur dekat sebelah. Aku tak nak buat dia macam tu lagi dah. Aku dah janji dengan Abang Danny nak jaga dia.

chapter 16

Kiser POV

Setibanya di rumah aku, aku mengejutkan Roths yang sudah tertidur sejak dari lepas menangis tadi. Bukan main susah nak bangunkan dia.

"masuklah dulu" arah aku.

"Kiser duduk seorang ke? Mana parents Kiser?" tanya dia.

"seorang? Haha, taklah. Diorang belum balik lagi kot. Adik Kiser pun ikut diorang rasanya sebab selalunya dia buat concert" beritahu aku.

Roths hanya mengangguk.

"lapar tak?" tanya aku semula.

"lapar la jugak" jawab dia.

"nak makan dulu ke? Nak mandi dulu?"

"makan dulu la. Lepas mandi terus tidur"

Aku menyuruh dia duduk sahaja di ruang tamu manakala aku pergi ke dapur untuk menyediakan makanan yang aku beli sewaktu dia tidur tadi.

Walaupun rumah aku ni boleh dikatakan besar, tapi tak ada maid. Mama dengan papa l aku tak nak maid sebab family diorang dulu pun buat kerja rumah tu semua sendiri. Jadi dengan anak-anak dia sekali kena belajar buat kerja dapur and berat semua tu. Termasuklah aku.

***

Seusai makan, aku menyuruh Roths mandi sahaja di dalam bilik aku. Kemudian, aku memberikan baju tidur aku kepada Roths. Dia nampak sangatlah cute pakai baju aku yang besar tu. Rasa nak gomol je dia sekarang ni.

"boleh Kiser tidur dengan Roths malam ni?" tanya aku.

Kena la tanya, takkan nak main tidur je dengan dia. Ada aku kena tendang keluar dari bilik ni walaupun ni bilik aku. I want to be by his side tonight.

"erm, boleh. Ni kan bilik Kiser" jawab dia dengan teragak-agak.

"hmm, baringlah dulu. Kiser nak pergi mandi dulu" kata aku.

Dia mengangguk tanda faham.

Aku pun menapakkan kaki masuk ke dalam bathroom untuk membersihkan diri selepas seharian berjalan. Aku mandi sekejap je. Nak buat apa mandi lama-lama.

Dalam 15 minutes kemudian, aku baring di sebelah Roths. Dia pulak dah letakkan satu bantal peluk ditengah-tengah antara aku dengan dia.

Roths yang sudah terlena, terjaga apabila aku alihkan bantal itu dan terus memeluknya dari belakang.

"ergh, Ki-..." bunyi Roths yang tersentak.

"shh, tidur je. Kiser tak buat apa-apa pun. Kiser nak peluk je" beritahu aku.

Nasib baik tak kena tendang lagi macam dulu. Aku dah cakap, aku nak ada di sisi dia malam ni. Rasa sayang semakin bertambah bila memeluknya. Sayang sampai tak nak lepas. Senang cakap, makin jatuh cinta la.

King Of My HeartWhere stories live. Discover now