Chapter 19

240 5 8
                                    

Buku yang belum dibuka tak boleh dibaca~
Tapi helaiannya kosong tanpa coretan kata~
Ku cuba mencari tinta untuk ku tulis isi kata~
Tapi ternyata keadaan yang maharajalela~

Mentari pagi menyelinap masuk ke lubang lubang angin bilik. Juga jelas cahaya dari celahan belahan langsir. Mata Alisya terpisat pisat bangun dari tidurnya yang nyenyak. Sudah lama matanya tidak dapat lelap sebaik itu. Sudah lama badan nya tidak berehat dari kekauan otot otot empat keratnya di dalam bilik itu.

Mata nya terpandang dedaun tingkap yang sedikit terbuka. Otak nya berusaha mengundur segala moment dalam mamai nya pagi.

"Eh rasanya aku dah tutup tingkap ni malam tadi? Tk kunci ke?"

Alisya pon bingkas bangun dari katil untuk memastikan tiada kesan umpilan pencuri. Langsir berjurai diselak rapi. Tiba tiba mekar bak taman yang berbunga dihati.

"Eh kotak apa ni?"

Tangan nya mencapai kotak yang cantik beribon biru. Otak berhenti sejenak dari fikiran yang haru. Mana mungkin si pemberi ini hantu. Tapi eh crush aku ke tu?

"Ah dah tak yah nak merepek, baik bukak cepat. Entah entah santau"

Jari jemari rapi tersusun keliling kotak. Matanya membuntang melihat pisau. Tapi cantik. Bersih. Tumpul. Sekeping kertas dilipat rapi. Juga secalit darah tanda bukti. Bahawa wujud lagi cinta sejati. Walau jasadnya jauh ditelan bumi.

(Kertas dan secalit darah)

Sayang~

Kene tau satu benda ni, tak semua cinta kita akan miliki.
Mungkin dengan kuatnya setia, ia akan dimiliki di sana nanti.

Biarlah aku sudah tidak lagi tegak berdiri.
Biarlah darah aku tidak mengalir lagi.
Biarlah nyawa aku jelasnya sudah mati.
Biarlah jasad aku dimakan dan ditelan bumi.
Biarlah roh aku terbang entah kemana pergi.

Percaya lah, engkau tetap didalam hati
Cinta aku mekar. Sayang aku hidup.
Dan andai kau tahu rasa yang di hati ini.
Kau akan lihat ia seluas pandangan.
Kau akan tahu bahawa ia seluas lautan.

Cinta ini ikhlas buat engkau yang satu.
Cinta ini juga aku sulam sayang dan rindu.

Selamat tinggal sayang, kita jumpa disana ya?
Andai benar engkau juga betul betul cinta ♡

Air mata Alisya mengalir perlahan. Tidak ditulis siapa si pena. Hati nya tahu siapa yang memberi jelas dan benar. Tanpa sangsi. Tanpa saksi.

Tangan nya mencari telefon bimbit di celahan katil dan bantal. Nama Amsyar terpampang lalu ditekan. Laju dia menaip.

"Amsyar! I need to see u now! At college! Please!"

Kaki nya bergegas mandi, bersiap, ringkas, laju kaki nya menapak pergi. Tercengang dia melihat rumah yang tidak terurus. Kelibat mak nya tak kelihatan malah diabaikan.

***POV***

"Am we need to talk"

"About what?" Balas Amsyar malas.

"I know you yang hantar note tu kat i"

"Then? I takde masa lah nak layan you"

"Iloveyou"

Amsyar pandang tepat kemata Alisya. Bagai tak percaya apa yang dia dengar. Tapi lagak keras nya masih maintain. Face expression? Fail!

"Kau sayang aku?" Tanya Amsyar ingin tahu

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now