Cuba berlari dari kesilapan~
Maaf kan aku yang terkorban~
Aku usaha untuk meninggalkan~
Bagaimana yang harus aku lakukan~Terbangun dari tidur, melihat daging manusia yang berlebihan lepas santapan semalam. Bebola mata masih bersisa. Terlalu kenyang semalam.
"Eh apa aku dah buat! Aku tk buat! Aku tak buat! Bukan aku." Dia berkata penuh rasa penyesalan
Dia cuba untuk berhenti menjadi cannibalism. Namun gagal. Dia ketagih. Dia tak mampu. Tak mampu untuk melawan nafsu.
***FLASH BACK***
"Jangan! Kau jangan bunuh laki aku!" jerit wanita dalam dalam lingkungan 30-an
"Arghhh mati lah korang dua" jerit dia bagai hilang pedoman di jiwa
"Hidup nya korang berdua tiada guna, Kehidupan aku bagai dihina, adakah aku anak yang diterima? Atau aku adalah mangsa cinta?"
"Jangan nakkk" kata perempuan itu lagi
"Arghhh, korang tak sayang aku!" balas dia dengan jiwa terluka, di tambah pula hiba yang hanya menyesak di dada. Tangan nya laju menikam perut bapanya. Matanya tak mampu lagi menahan. Tak mampu menahan air mata yang kian deras mengalir. Mengalir bagai membasuh luka. Luka yang dicoret oleh ibu bapa yang dia cinta.
Tangan nya laju menikam perut bapanya. Makin deras mengalir air matanya. Tapi mulut masih menyeringai senyumannya. Apa yang berada di dalam kepala? Adakah aku puas melakukan ini semua? Ibu nya terdiam kelu pembunuhan di depan mata. Apakah yang akan terjadi pula pada dia? Fikirannya buntu.
"Kau pon bukan nya sayang aku. Hari-hari kau pukul aku kan?" bisik dia perlahan lalu menikam perut ibu nya pula. Kejam tiada belas kasihan. Bagai hilang rasa kasihan. Hilang terbang dimamah kebencian.
"PRAKKK!" bunyi dari luar rumah tiba-tiba muncul. Laju kaki dia menuju ke pintu. Ingin melihat apakah itu. Matanya melilau mancari sesuatu. Sesuatu benda yang dia sendiri pon tak tahu.
Mayat ibu bapa dilapah sepuasnya. Menyelerakan entah kenapa. Bagai syaitan memamah bangkai. Rakus. Rakus. Rakus. Kepala ibu bapanya di awet. Balang awetan diletakkan di loteng. Bahagian badan disejuk beku. Mungkin boleh dimakan di hari yang lain.
Segala darah dicuci bersih. Pisau yang digunakan juga dicuci dan disimpan rapi. Tiada apa-apa lagi kesan dirumah ini. Baju mayat dibakar. Di hanyut kan dalam longkang berdekatan. Masih bertenang menguruskan. Bagai sudah lama menyusun jalan pembunuhan. Rumah juga dikemas agar tiada tanda pergelutan.
Kaki nya laju menghala ke balai polis terdekat. Setibanya di balai polis, raut wajah diubah. Konon nya sedih celaka menimpa. Hah hebat lakonan nya
"Ye dik, kenapa datang sini malam-malam macam ni?" tanya salah seorang dari pihak polis bertugas.
"Pakcik, mak bapak saya hilang. Diorang kata nak keluar kejap sahaja tapi sampai sekarang masih tak pulang. Saya takut." balas dia sayup
"Kami cari ibu bapa adik ya. Jangan risau. Tapi kene tunggu 24 jam ye dik" balas polis itu kembali. Smbil menilik jam di tangan. Jam menunjuk kan 4 pagi
Dia hanya mengangguk. Kaki nya lemah berlalu pergi. Sengih. Bangga dengan lakonan yang menjadi. Bagai mahu terbahak-bahak dia melihat polis yang bodoh.
Hampir 2 minggu polis jalan kan kerja. Masih tiada jawapan. Masih bertanda tanya. 2 minggu menjadi sebulan, sebulan menjadi 2 bulan, 2 bulan menjadi setahun. Setiap minggu polis akan datang kerumah. Memberi tahu semua aktiviti penyiasatan. Air mata palsu diturunkan. Hanya sebagai permainan.
Setiap kali polis pulang dari rumah. Pasti tersenyum gembira. Hebat nya lakonan aku. Hebat nya aku menyimpan bukti. Hebat nya aku mengurus teknik pembunuhan.
"Lapar lah, nak makan" kakinya menuju ke dapur. Lengan ibunya menjadi lauk hari ni. Tiada kenangan manis bersama. Hanya kenangan pahit yang dia mampu hayati. Tangan yang berparut diperhati.
"Perempuan, giliran kau menanti" dia bermonolog sendiri.
***END FLASHBACK***
Kepala nya dihantuk ke dinding. Mungkin penyesalan. Tapi ketika itu dia sudah tiada rasa kasihan. Dendam kesumat bermaharaja lela. Duduk nya meninggi di atas kepala. Jiwa rapuh bagai dijampi mantera. Maka menghunus senjata mengorbankan nyawa. Setelah lama dia menghantuk kepala. Hatinya kembali gembira. Bergelak ketawa entah mengapa.
"Padan muka korang, balasan! hahah" katanya lagi sambil terbahak-bahak. Hati nya gembira tiba- tiba. Beribu jalan pembunuhan di fikiran. Siapa pula yang akan terkorban.
YOU ARE READING
First Date Of Silent Killer
Historia Corta"Lisya nak ikut Am! Lisya tak boleh hidup tanpa Am. Pleaseeee sayanggg, pleaseee, jangan tinggal kan Lisya lagi" Sejujur nya aku lumpuh Juga tak kuat aku luluh Sudah cuba aku tempuh Tapi aku tersadung jatuh Jelas pengorbanan itu utuh Tapi jasad yan...