Chapter 20

357 8 10
                                    

Andai kehidupan ku sudah ditulis~
Kenapa aku mampu menolak menepis?~
Andai pula kehidupan aku ku ukir~
Mengapa masih adanya redha dan takdir?~

Ahhhh!~
Masa depan itu kusut!~
Apa aku yang serabut!~
Atau ia sudah DISEBUT!~
Dan aku hamba hanya TURUT!~

"Encik! Jangan bergerak encik!" Kata inspektor polis pertama.

Kaki Alisya menuju ke pintu utama. Memandang dalam 7 ke 8 orang anggota polis yang bersedia dengan pistol ditangan. Dihala pada Amsyar. Tinggal ditarik picu sahaja.

Mata Alisya memandang Amsyar tepat kedalam mata. Empangan air matanya pecah. Mengalir laju menderu ke pipi.

"Am, Lisya sayang kan Am!" Mata nya membulat membuktikan rasa sayang nya sepenuh hati. Tangan nya laju mendakap erat Amsyar yang bisu.

Kepala Linda dilepaskan lalu terus membalas pelukan lembut. Hamis darah diabaikan. Hangat nya cinta kian dia rasakan. Sudah lama Amsyar merindukan bahang dipeluk dan disayangi sekuat dan sehebat ini. Dahi Alisya dikucup lembut dan agak lama. Pipi Alisya dipegang lembut kedua dua belah nya.

"Kalau betul Lisya sayang kan Am! Buktikan ye sayang. Am mintak maaf dengan semua yang Am dh buat. Sayangggg! Maaf kan i okyh! Ingat tau! Jaga diri! Lisya Am punya sorang. Am punya sorang sampai bila bila. Kita jumpa kat sana nanti tau. Am tunggu sayang kat sana ya?"

Terus dipeluk Alisya kuat, dalam pelukan yang sunyi itu terus dipusing kan Alisya. Tangan yang bersabit tu dihala kan ke leher Alisya.

"Korang nak dia mati ke? HAHAHHA" Balas Amsyar yang aggressive secara tiba tiba.

Alisya hanya diam. Andai polis itu menembak dia sekali pon dia tidak menghirau kan. Sudah lama dia rela dan redha.

Amsyar menarik Lisya kuat maju ke depan. Keluar sedikit dari pintu utama. Amsyar makin menolak kuat. Sabit nya dengan leher Alisya makin dekat.

"Encik, tolong beri kerjasama!" Kata anggota polis kedua.

Amsyar mengalihkan sabit nya ke lengan Alisya lalu ditarik lembut. Luka. Berdarah pedih. Kemudian dia tolak Alisya kuat ke tepi. Selepas kejadian itu, pihak polis tidak teragak agak untuk melepaskan tembakan kerana suspek telah pon mula mencedera kan mangsa.

"BAMMMM!"

Lepasan tembakan dari pihak berkuasa.
Perlahan-lahan pandangan menjadi gelap gempita.
Kaki tak terasa bagai tidak lagi berpijak di bumi yg nyata.
Degupan jantung bagai terhenti dari segala goncangan rasa.
Jeritan halus bermain di telinga sambil mengulit jiwa.
Adakah itu dia? Dia yang dulu aku puja?
Yang pernah berjanji sumpah setia?
Hilang segala daya tak lagi mampu berbuat apa-apa
Kini aku hilang, kembali pada Dia sang pencipta.

"Arghhhh" jeritan Alisya halus terdengar. Meraung kesedihan dihati tak dapat di tahan. Getaran bunyi memenuhi segenap ruang.

Mengapa cinta bagai terputus dari nyawa.
Rasanya hilang dari dada,
Entah hilang terbang kemana,
Bagai mimpi yang diulik dari si pencipta,
Yang aku sendiri tak kenal siapa.

Tembakan pertama tepat ke dada Amsyar. Nafas nya sesak, dada nya padat. Bagai mahu berhenti. Tembakan kedua tepat ditangan nya yang memegang sabit dari tadi bagi memudahkan pihak polis menyahkan senjata daripadanya. Malang nya tembakan ketiga tepat dikepala nya.

Kepala Amsyar menoleh ke arah Alisya. Senyuman yang sangat manis diberi kepada Alisya. Pandangan nya makin gelap. Tangan dan kaki nya makin hilang rasa. Badan nya rebah.

Alisya menangis meraung bagai nak gila. Amsyar yang terbaring dipeluk erat kuat. Tenaga yang lemah menggoncang kuat badan Amsyar. Mengharapkan nyawa Amsyar kembali pada jasadnya.

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now