Hati mula berputik rasa cinta~
Rasa cinta yang boleh buat aku gila~
Bukan nya mudah untuk aku kawal jiwa~
Apatah lagi si pencuri hati di depan mata~"Entah kenapa aku suka kan dia. Apa aku nak buat eh? Hm" Faiqal bermonolog sambil fikiran nya kosong
"Eh tu bukan member dia ke?" kaki nya laju tuju ke Alisya
"Hai!" tegur Faiqal
Alisya terkejut, raut wajahnya berubah. Takut mungkin?
"woahhh, no worry, okay nama saya Faiqal, saya nak mintak maaf ni sebab kacau awak hari tu" kata Faiqal ramah
"erk hai. Nama saya Alisya Carlina. Panggil Lisya pon boleh" balas Alisya lagi
"nama kawan awak tu siapa eh?" tanya Faiqal yang memberanikan diri bertanya.
"Tu Anisa Khann. Selalu panggil Anis lah" balas Alisya lagi.
Tanpa disedari perbualan mereka diperhati. Tangan nya digenggam erat. Cemburu buta bagai nak gila. "nahas kau" katanya dengan jelingan tajam. Kalau ikut kan hati semahunya dia tikam disitu. Hah
***POV***
"Aku dah kata jangan kacau princess aku! Bodo punya jantan. Arghhh kali ni mmg mampus kau aku kerja kan." tangan nya laju menumbuk papan tanda kosong di stor lama. Tempat lepak yang menjadi rutin hariannya
Kaki dia laju menuju ke kereta Faiqal. Nak je dia letup kan kereta tu sekarang. Nasib waras lagi. Eh waras ke? Arghhh aku gilaaaa! Aku gila kan si peneman jiwa, si pencuri hati. Nota ditinggal kan di cermin kereta Faiqal dan dia berlalu pergi.
Faiqal menuju ke Baby Blue
"Eh kertas apa ni? Tak kan park kat campus pon kena saman hahahaha" Faiqal bermonolog sambil mengambil kertas itu. Belum sempat membaca dua ekor monyet sampai"Eh, jom funfun" tanya Faiq
"Haaa jom" balas Faiqal. Kertas dicampak dan tak dibaca.
***POV***
"Arghh. Mana jantan ni. Dia game aku ke sial" dia jerit melepas kan rasa geram.
Jam di tangan di jeling "Arghhhh fck, 2 jam aku tunggu. Sah dia game aku" kaki dia laju menuju ke tempat Faiqal parkir kereta.
"Nota aku di buang begitu sahaja? Tak di endah mahupun di baca? Kau memang nak mati! Nahas kau." dia bermonolog geram.
***POV***
"Jangan! Kau jangan bunuh laki aku!" jerit wanita dalam dalam lingkungan 30-an
"Arghhh mati lah korang dua" jerit dia bagai hilang pedoman di jiwa
"Hidup nya korang berdua tiada guna, Kehidupan aku bagai dihina, adakah aku anak yang diterima? Atau aku adalah mangsa cinta?"
"Arghhh" jerita Puan Linda yang terjaga dari tidur. Mimpi buruk menerpa malam. Bagai trauma yang tak akan mampu di padam.
"Sayang? Awak okay?" tanya Encik Maliki dengan tenang.
"Saya mimpi buruk lagi." balas Puan Linda penuh dendam kesumat
"Astaghfirullah, mengucap sayang! Sayang tak tenang ni. Ada berdendam dengan siapa-siapa ke?Dendam dan kebencian akan memakan diri. Bukan sahaja diri sendiri. Malahan keturunan kita akan terbabit sekali. Sudah lah. Tidur ye sayang. Awal lagi ni sebelum subuh" balas Encik Maliki yang masih tenang.
Tangan Puan Linda laju mencapai telefon bimbit. Aplikasi whatsapp dibuka. Nama Alisya Carlina ditekan. Laju tangan nya menaip mesej.
"Sayang, jaga diri ye. Ibu tiba-tiba je risau. Kalau ada lelaki tak kenal jangan terlalu percaya ye sayang ♡"
Puan Linda kembali tidur walau mimpi buruk itu sering mengganggu dia tidur sejak 20 tahun dahulu. Dendam nya juga tak pernah berhenti.
"TINGGG!" notify telefon bimbit Alisya berbunyi. Text ibu nya di baca. "hm ibu bad dreams lagi ah ni"
Alisya menaip laju membalas text ibunya. Entah apa lagi yang dia harus kata biar dapat menenangkan hati ibunya.
"Ibu, ibu jangan risau ye, Lisya kat sini okay je."
Mata makin berat. Laptop dipandang hambar. Assignment berduyun entah bila nak siap. Sudahnya Alisya tertidur di meja belajar nya
"Comel nya awak ni sayang. Kesian dia penat." dia bermonolog sambil perhati melalui tingkap. Sambil tersenyum menyeringai
YOU ARE READING
First Date Of Silent Killer
Historia Corta"Lisya nak ikut Am! Lisya tak boleh hidup tanpa Am. Pleaseeee sayanggg, pleaseee, jangan tinggal kan Lisya lagi" Sejujur nya aku lumpuh Juga tak kuat aku luluh Sudah cuba aku tempuh Tapi aku tersadung jatuh Jelas pengorbanan itu utuh Tapi jasad yan...