Chapter 2

806 14 1
                                    

Beberapa Bulan Kemudian...

Bibir tersenyum dek ukiran hati ~
Jiwa melakar kebahagiaan sendiri ~
Entah apa yang mahu di capai kali ini ~
Entah apa lagi cerita yang akan ku tulis hari ini ~

Alisya dan Anis sentiasa bersama. Bagai belangkas berpisah tiada. Seronok betul menghabis kan masa bersama. Esok entah ada atau tiada peluang kedua. Alisya tak putus mengukir senyuman. Hatinya ceria kerana masih ada yang setia berkawan. Anis pula tak putus menabur kasih sayang. Hatinya gembira melihat sahabat nya yang bahagia tanpa penghujung.

"Lisya, kau nak gi makan tak? Aku lapar ni" tanya Anis bersahaja

"Haa jom lah, kau nak makan apa? Jom aku beli kan. Makcik yang jual makanan tu pon aku boleh belikan untuk engkau hahaha" balas Alisya bernada gurau.

"Eish kau ni, nasib sayang" balas Anis geram lalu menepuk sedikit dahi Alisya lalu kaki nya laju berlalu pergi

Kaki laju menuju ke cafeteria. Hiruk pikuk pelajar menggamit suasana. Alisya dan Anis duduk di kawasan cafeteria. Nasi dan lauk. Air secawan. Sudah memadai. Ramai manusia boleh terima segala nikmat, tapi tak ramai yang mampu bersyukur dengan nikmat yang dia dapat.

Mata Alisya melilau melihat kawasan cafeteria. Dari kecil lagi memang gemar memerhati gelagat manusia. Dalam renungan nya. Terpandang pula pada si jejaka. Malah bukan pula si putera. Jejaka yang pandangan nya mati. Bagai jiwa yang terhenti.

Kening Alisya berkerut. Mungkin berfikir tentang entah apa yang ditenung lelaki itu, atau mungkin, entah kenapa tenungan lelaki itu sebegitu. Eh kejap, adakah tenungan itu dituju pada aku? Atau sebenarnya orang lain yang ingin dituju?

Kepala Alisya menoleh kebelakang. "Aik tak de siapa pon?" kata Alisya pelik ditambah keliru. Kepala nya kembali pandang ke hadapan. Eh jejaka itu hilang dari pandangan? Alisya masih dalam keraguan. Berjuta soalan bermain di fikiran

"Oi, kau fikir pe" tanya Anis dengan nada yang tinggi

"Erk, tade pe lah." balas Alisya pula.

Makanan depan mata di jadi kan santapan. Tetapi ada banyak lagi yang minda persoalkan. Alisya terus kan makan tapi entah kenapa jejaka tu tak boleh hilang dari fikiran.

***POV***

"BAMMM!" bunyi tong sampah ditendang kuat

"Arggghhhhh. Jangan bercinta lah bodo! Jangan jatuh cinta! Aku kena benci dia! Tapi, arghhhh aku tak nak bunuh dia. Aku sayang dia. Kau buat apa kat aku haaaa perempuan sampai aku jadi macam ni? Pandangan dia? Arghhhh serabut! Aku tak kira! Aku nak dia! Walau apa pon jadi! Aku nak miliki dia!  Aku janji aku jaga kau sampai mati! Atau kita akan sehidup semati!"

***POV***

"Wehhh Lisya, kau duk sini study jap. Aku gi toilet jap. Dah makan sakit perut pulakkk haduhhh" kata Anis menahan sakit

"Alah, aku takut. Sini sunyi" balas Alisya pula

"Alah kejap je"  balas Anis laju lalu bergegas ke tandas.

Mereka memang gemar belajar di kawasan sunyi. Lebih mudah nak focus. Kenapa bukan di library? Kerana mereka tak dapat nak berbincang dengan jelas untuk lebih faham.

"Eh hai budak" kata Faiqal sinis

"Awak siapa eh?" balas Alisya

"Bakal abang ipar kau HAHAHAHAHA gurau heheh" kau budak sem 1 kan? Hah adek ii

"Erk ye, kenapa eh?"  balas Alisya takut

"SUKA HATI KITORANG LAH NAK BUAT APA!"  tengking Faris lalu merampas buku di tangan Alisya lalu dicampak.

Faiq bergelak ketawa melihat kawan-kawan nya yang seronok 'mempermainkan' seorang perempuan. Anis datang dengan gerak kaki yang laju.

"Woiii! Kau buat apa haaa!"  jerit Anis kuat memecah kesunyian.

"Suka hati kitorang lah" kata Faiq yang tak boleh berhenti bergelak

Faiqal masib terkelu melihat Anis. Wanita lembut tapi sedikit kasar. "Cantik nya kau" Faiqal bermonolog. Hilang sekejap dari realiti. Fikiran melayang entah kemana pergi.

Tiba-tiba kedengaran botol kaca pecah. Faiq, Faiqal dan Faris berlalu pergi. Malas mahu menghadap apa-apa persoalan nanti. Mata Faiqal sempat melirik ke Anis. Senyuman kambing diukir.

"Aku dah janji aku jaga kau kan sayang? Hah" kaki nya berderu laju. Bergegas pergi tanpa hala tuju.

***POV***

Kaki dituju ke rumah Faiqal. Lebih selesa berjalan kaki. Kalau naik kenderaan mudah di kesan pula oleh pihak berkuasa. Mata nya melilau nak masuk dari mana. Tembok nak dipanjat? Cctv jelas bersepah di kawasan rumah nya.

"Leklu" mask ditarik menutup separuh muka. Hoodie? Mesti lah. Wajib!  Batu yang bersaiz sederhana diambil. Balingan nya tepat ke cctv itu. Terkulai layu menunduk ke bumi

"Ops, terjahanam"  kaki nya laju memanjat tembok rumah itu. Tak lupa juga angkut bangkai ayam yang dibawa dan sebotol darah ayam.

"Pintu dapur atau pintu utama? Arghhh kat dapur je lah. Malas aku nak settle kan CCTV kat depan." Ayam mati diletakkan di lantai. Darah sebotol disiram habis sepenuh ruang. Sehelai kertas juga ditinggal kan.

Kaki nye laju keluar dari kawasan rumah. Tembok pintu masuk. Tembok juga lah pintu keluar. Kaki nya laju ke tempat pembuangan sampah. Botol kaca dicapai dan kembali ke rumah Faiqal. Balingan pertama tak menjadi. Balingan kedua? Ye bilik Faiqal ada cahaya yang menerangi

"Eh, terkacau orang tengah tido. Kau tak yah nak membuta sangat. Kalau aku dah bunuh kau kejap lagi. Kau tido lah sangat puas-puas hahahaha" dia bermonolog. Matanya ligat memandang setiap lampu yang bercahaya sepanjang perjalanan sehingga lah lampu dapur yang menyala.

"Woiii, sapa punya kerjaa ni! Arghhh shit!" kaki nya laju ke arah bangkai ayam. Nota berdarah di ambil lalu dibaca perlahan. Dahi nya berkerut. Baran nya meluap.

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now