Perlahan - lahan dari pandangan~
Kemudian suara yang membelai~
Tak pernah ku tenggelam dalam lamunan~
Tapi hari ini aku hanyut dipukul badai~"Mama, erm i got new friend. Ermmm guy friend" Kata Alisya agak malu tapi mahu. Tangan nya laju menyua roti ke mulut. Kaki nya bersimpuh rapi di atas sofa.
Puan Linda terbeliak terkejut. Nafas bagai terhenti tak mampu menyambut. Yang didengar bagai larva merah yang meletus. Adakah itu permulaan restu bagi cinta yang setia dengan kata putus?
"Alisya, guy friend or boyfriend?" Balas Puan Linda agak menyindir. Malah saja mengusik anak daranya yang sudah matang dalam merasa bahang cinta.
"Guy friend je lah, dia kawan je, but dia baik. Dia okey je dengan Lisya. Mama tak marah kan kalau Lisya kawan dengan dia?" Kata Alisya lagi dengan jutaan harapan. Hanya ingin kata yang membenarkan. Agar hubungan persahabatan berkekalan. Matanya membulat menunggu jawapan. Entah apa yang berjalan di dalam benak pemikiran. Dia sendiri keliru dengan apa yang dia lakukan.
"What about Anis? Dia dah tak kawan dengan Lisya ke sampai Lisya kene ada kawan baru ni?" Linda bertanya lagi dengan lagak yang lebih serius. Konon nya mahu menggoyah kan keberanian anak daranya dalam berkata - kata.
"Ma, dia dh ada boyfriend lah, lagi pon Lisya okeyh je, she deserves to be happy right? Start tu lah Lisya banyak kawan dengan Am ni" Lisya separa tenang, lagak nya spontan tapi jantung nya laju.
"So nama laki tu Am?" Puan Linda tersenyum kambing
"Amsyar nama dia" Terus Lisya tertunduk malu. Muka nya menjunam menyembah bumi.
"Awhh sayang, its okayh, esok ajak dia lunch. Mama nak kenal dia" Lisya tersenyum lebar. Kaki nya terus menuju ke bilik. Telefon bimbit dicapai lalu nama Amsyar ditekan laju.
***POV***
Hari Ahad kian menerang. Matahari pagi bagai disulam. Disulam keterujaan cinta dan sayang. Buka kan lah hati ini dalam menerima seseorang. Tiada lagi yang mampu dia sayang. Juga tak mungkin ada yang mampu terima dirinya untuk disayang.
Almari baju dipunggah. Sedih. Semua baju Amsyar Hitam, Putih, Kelabu. Tiada langsung warna yang ceria. Dia menelek lagi almari itu. Yang ceria hanya lah boxer dia ada yang bercorak itik, ada juga bercorak buaya. Amsyar tersenyum kecil. Terusik hati nya bila memikir.
Kaki nya tapak ke bawah. Segelas minuman di capai. Diteguk laju namun masih bertenang. Halkum nya menari bagai puteri yang bermandi. Cehhh lama tekak nya kering. Cuma belum ada keringat dia nak turun tadi.
Kini dia menapak ke bilik arwah ayah nya. Almari dibuka. Bersusun blazer yang nampak gah. "Pandai bapak aku bergaya. Smart je manjang, mana lah tak melekat pompuan sundal bila tengok dia. Hah" Amsyar bagai mati rasa. Tiada rindu terhadap arwah bapa nya yang dia tikam dahulu. Tangan nya terus memilih sehingga jumpa yang sesuai. Muat and settle. Melirik ke jam dinding yang berhabuk tebal. Nasib jam nya masih bernyawa dan bernafas. Pukul 10 30 pagi. Terus Amsyar meluru untuk mandi dan mengenakan pakaian yang cool dari almari bapa nya itu.
***POV***
"Ehem, i hear that my princess dan jumpa dia punya prince? Betul ke? Hihihi" usik manja Encik Maliki.
"He just friend lah" Balas Alisya sambil meyusun pinggan untuk makan tengah hari yang berdebar itu.
"More than friend pon takpe, i trust you, You pon dah besar. You can make a decision" Encik Maliki menjelaskan lembut. Kaki nya terus pergi dari ruangan makan itu.
***POV***
"Assalamualaikum" lembut keluar dari bibir Amsyar. Debaran nya melemah kan suaranya yang kadang gagah. Kini tekulai lemah. Fikiran nya terbang hilang arah. Pipi nya kian merah.
"Hi Amsyar, waalaikumsalam. Masuk lah. Parents i ada kat dapur" Alisya menarik lengan Amsyar pelahan. Amsyar tersenyum bagai dunia itu dia yang punya.
"Have a sit" Kata Encik Maliki sopan. Tangan nya pula menyambut salam dari Amsyar. Senyum nya manis bak madu di bunga. Terima dengan hati terbuka.
"Ni my mum" Alisya menunding jari ke arah Puan Linda. Mata Amsyar terpaku. Dia kenal perempuan durjana itu. Rupa dan raup wajahnya masih segar dalam ingatannya. Dia hanya bertenang walau perasaan nya kian berbaur. Tak sanggup dia nak menghancur kan saat-saat bahagia Alisya dengan nya.
Makanan tengah hari dijamah, walau tekak nya berpaling tadah. Malah selera nya juga patah. Matanya melirik ke Alisya. Kening nya di songket lembut. Senyum manis nya tak lupa diukir manja.
"You nk balik ke?" tanya Alisya mahu kan kepastian walau dia tahu jawapan. Muka manis lagak innocent nya mencuit hati Amsyar
"Ye sayang, i nak balik dah, next time kita spend time lagi okayh, iloveyou my girl" matanya tepat ke mata Alisya. Dunia yang fana dia lupa sementara. Jiwa nya terbang. Debaran cinta memutus kan darah ke kepala. Otak yang tadi imbau kisah silam yang pahit bagai kelabu lalu hilang. Hanya dunia baru yang dia lihat. Dunia itu di dalam mata Alisya.
"Ehem, nak bermanja jangan lah kat sini. Jealous mama nanti. Kang kalau ayah sweet-sweet kang, cair habis dia kang" tegur Encik Maliki lembut. Pipi Puan Linda dicuit perlahan.
Tangan Encik Maliki disambut, salam bagai baru saja lepas ujian menantu. Seperti lampu hijau yang menyala dan sinar bahagia itu ada.
Tangan Puan Linda pula di sambut. Luka di tangan sengaja didedahkan. Bagai cuba memainkan semula wayang di kotak fikiran si celaka perempuan.
Terbuntang mata Puan Linda melihat parut di tangan Amsyar. Dia tahu parut itu dari dirinya sendiri. Tangan nya juga yang melakukan kekerasan itu.
"SIAPA KAU?! SIAPA NAMA KAU?!" Tempik Puan Linda tegas dan meninggi suaranya. Bagai syaitan yang mengawal jiwa. Termasuk juga dosa yang bersarang di dalam dada. Bagai koyak dinding penutup salahnya. Disangka hilang tanpa punca. Hari ni ia hadir dan dia menyambut dengan hati terbuka. Ye, menyambut karma nya.
"Erm Amsyar, Amsyar Carl. Kenapa ye makcik?" dengan senyum sinis yang berusaha dia sembunyikan agar tak terlukir di hadapan. Hadapan Puan Linda dan yang lain.
"Mama, what's wrong with you" balas Alisya terkejut. Pelik. Bagaimana orang tua itu berubah dalam sekelip mata. Apakah dia dirasuk dengan syaitan durjana? Atau perempuannitu sememang nya syaitan dan durjana?
"BERHAMBUSS, PERGIII KAU DARI SINI. DASAR PEMBUNUHHH. KAU PEMBUHUHHH!" jerit nya lagi yang mengejut kan jiran tetangga dari leka.
"Sayang, kenapa ni. Tak baik layan tetamu macam ni." Encik Maliki cuba menenangkan walau dahinya kerut beribu. Bagai mendengar berita palsu yang tiba tiba berlaku. Tiada langsung apa apa idea yang bernas di dalam kepala. Dia cuma pelik dengan sikap isterinya yang bagai perempuan gila.
"Takpelah makcik, Am pergi ye. Bye Assalamualaikum" tangan nya laju menyalam Puan Linda. Mata nya menjeling ke Encik Maliki lalu kening nya diangkat kan sedikit. Tangan Alisya dicapai lalu dikucup perlahan.
"Bye sayang" kaki nya laju berderap jauh. Kalau ikut hati mahu sahaja dia bunuh perempuan sundal itu. Dagingnya mahu saja dilahap. Tapi pujaan hati tak perlu tahu akan sisi gelap nya. Jadi dia pilih untuk diam.
YOU ARE READING
First Date Of Silent Killer
Kort verhaal"Lisya nak ikut Am! Lisya tak boleh hidup tanpa Am. Pleaseeee sayanggg, pleaseee, jangan tinggal kan Lisya lagi" Sejujur nya aku lumpuh Juga tak kuat aku luluh Sudah cuba aku tempuh Tapi aku tersadung jatuh Jelas pengorbanan itu utuh Tapi jasad yan...