Senyum nan mekar bak pujaan hati~
Senyum dek engkau yang aku cintai~
Cemburu dan rindu kian membahang~
Maaf terkasar dalam berbicara sayang~"Awak, hati-hati tau, sekarang ni makin bahaya, bunuh sana sini, senang je orang nak membunuh sekarang ni" kata Amsyar sebagai amaran juga untuk mengelakkan kerja kotor nya disyaki apa-apa.
Anisa kini makin menjauh, semakin rapat dengan Faiqal. Bak belangkas berpisah tiada. Duduk bertenggek selalu berdua. Membuah rasa cinta konon selamanya.
Alisya pula makin rapat dengan Amsyar. Tiada teman lagi buatnya. Kawan sejak zaman persekolahan hilang lesap entah kemana. Bagai terputus nya tali layang-layang terbang jauh dari pandangan mata. Dulu senyum dan luka bersama. Kini hilang dimamah api cinta. Angau yang mendidih di dada, mampu menggoncang hubungan persabahatan yang dulu terjalin mesra.
"Jauh termenung, fikir apa tu? Hehe" tegur Amsyar melihat permata hati yang lemas dalam renungan. Terbang perhati jauh ke masa hadapan. Bagai fatamorgana didepan untuk menyatakan segala impian. Bak mimpi juga yang memberi tahu apa yang dihasratkan.
Alisya hanya sengih tawar menutup rasa jiwa nya yang hambar.
"Dah lah, tak yah sedih sangat, nanti bila dah ada yang tersungkur, kawan juga yang dinanti dan dicari. Cuma tak tau lah sapa yang nak tolong time tu. Okay lah, Amsyar ada class ni. Bubye sayang. Eh ops" sembur Amsyar selamba bagai jelas diminda apa yang terpahat di dada. Alisya terkebil-kebil bagai fikiran nya baru sahaja ditafsir keluar dari kepala. Namun berbunga dengan panggilan manja. Pipi nan gebu merah menyala
***POV***
"Hye u, how are u?" tanya Faiq pada Alisya. Alisya terdiam sepi. Risau di permain kan lagi. Tk mampu dia nak melawan kali ni. Tiada siapa di sisi kali ni hanya seorang diri
"Erkk, chill, i dengan Faris dtg ni nak mintak maaf pasal benda yang lepas. Now our friend dah start menjauh lepas kenal kawan u. What do u think about it Alisya Carlina?" tanya Faris pula sedikit takut tapi masih memerlukan jawapan.
"Erkkk, Lisya pon tak tau lah. Anisa makin menjauh dari saya. Heheh diorang happy sangat lah tu kot hahaha" balas Alisya hambar namun gelak tawa menutup segala hiba.
"Hahahah mungkin, kitorng bukan apa. Just risau. At least kitorang kenal orang yang terdekat dengan awek dia tu. Hahaha. Btw, wanna be friends?" dalam dekah Faris lalu menghulur kan tangan. Salam kenal sebagai kawan.
Sekujur tubuh berdiri ditepi. Tangan Faris ditepis kuat.
"Kau takde hak nak sentuh dia!" tengking Amsyar
"Kau apahal?" balas Faris kuat memecah ketenangan
"Bro, chill lahhh" kata Faiq cuba meleraikan salah faham. Tak mahu dia lihat Faris bertegang urat.
"Amsyarrr! U ni dah kenapa?" tanya Alisya bernada tinggi.
"Kauuu diammm! Aku tak cakap dengan kau!" jerit Amsyar dengan tenungan tenungan yang tajam.
Air mata Alisya berderai jatuh je bumi. Mengalir di pipi deras dek empangan di mata yang mengalir deras. Amsyar terkedu. Buku yang menjadi punca dia kembali ke tempat utu dicapai. Tangan Alisya ditarik. Kaki nya melangkah jauh. Berhenti di sebuah pondok kecil yang jauh dek hiruk pikuk manusia.
"Lisya, Amsyar mintak maaf, maaf kan Amsyar ye sayangggg. Maaf kan Amsyar" rayu Amsyar menahan hiba. Esakan Alisya semakin kuat. Air mata nya semakin laju mengalir. Lemah.
"Alisyaaaa, Amsyarrr mintakkk maaf. Jangan nangissss pleaseee. Amsyar mintak maaf." balas Amsyar sambil mula menghantuk kepala di tiang pondok dengan kuat. Sebagai tanda bersalah. Alisya terkejut, bagai nak runtuh pondok tu dihantuk. Lebam merah mula menyala di kepala.
"Amsyar, i maaf kan u" sambil air mata di pipi di kesat. Amsyar berhenti. Lalu duduk di tepi Alisya. Alisya tersenyum menahan rasa yang entah kenapa kadang berbunga, kadang kasihan, malah kadang tersentak dengan tengkingan tadi
"Alisya, Amsyar mintak maaf tau" balas Amsyar. Kini empangan air mata Amsyar pecah. Kepala dilentok kan ke bahu Alisya. Alisya terkedu namun hanya diam membeku.
***POV***
Last mission: Dayyan
Malam kini menjelma. Tak lupa mission terakhirnya. Dah lama dia menjejak Dayyan dari kedai mamak yang padat dek hiruk pikuk manusia. Kini Dayyan keluar dari kedai. Menuju ke kereta yang jauh dia parkir. Mana tak nya, banyak gila kereta depan mamak tu. Terpaksa dia parkir di lorong belakang yang berhampiran tong sampah.
Tiba-tiba buku lima hinggap ke muka. Menggeleset dia di tepi tong sampah. Pekat bau sampah menyelinap di lubang hidung. Ligat sel otak berhubung untuk bangkit dan membalas pukulan.
Belum sempat dia bangun betis nya ditikam bertubi-tubi. Jeritan nya kuat berbaur lemah kesakitan. Walau bagaimana pun, suara nya tak mampu memecahkan hiruk pikuk manusia di mamak yang seronok bergelak ketawa. Hah. Muka Amsyar dirapat kan ke muka Dayyan.
"Kau nak tau kawan-kawan kau dekat mana? Ni haaa dalam ni" kata Amsyar sambil mengusap perut lembut. Nafas Dayyan semakin keras. Darah bagai ingin memancut dari kepala. Baran terasa, pedih di dada. Tangan ingin dihayun, lalu Amsyar mencantas laju tangan nya. Putus. Dayyan mula menjerit kuat lalu ditekup mulutnya dan ditikam laju.
Darah mengalir ditadah ke tangan. Disisip rakus dihirup pelahan. Suam pedih menjadi didihan. Dendam terpendam kini dilunaskan.
Mayat Dayyan dikerat kecil lalu dimasuk kan ke dalam plastik sampah. Darah yang berselumak dijirus air lalu serap ke bumi. Bangkai settle~
***POV***
"Kenapa Amsyar sanggup sakit kan diri dia macam tu eh? Ada masalah mental ke?"
Bisik hati Alisya, lalu hilang dibuai mimpi~
YOU ARE READING
First Date Of Silent Killer
Historia Corta"Lisya nak ikut Am! Lisya tak boleh hidup tanpa Am. Pleaseeee sayanggg, pleaseee, jangan tinggal kan Lisya lagi" Sejujur nya aku lumpuh Juga tak kuat aku luluh Sudah cuba aku tempuh Tapi aku tersadung jatuh Jelas pengorbanan itu utuh Tapi jasad yan...