Chapter 5

447 15 1
                                    

Jiwa terluka tiada yang endah~
Hati ku sakit, sendiri yang tadah~
Cukup lah kali ni aku bermadah~
Akan ku kelar, badan kau ku lapah~

Mask ditarik menutup seluruh muka. Hoodie dipakai kemas di atas kepala. Sabar dalam hati kini tiada. Aku tak kira kau akan mati sekarang juga!

Faiqal ditarik ke belakang bangunan. Pisau diletak kan di perut Faiqal perlahan. Bila-bila masa je pisau tu boleh dibenam kan ke perut Faiqal.

"Kau siapa haa?" tanya Faiqal terketar ketar.

"Aku bagi kau note, ajak kau bincang cara baik. Kau game aku balik. Kali ni kau tengok aku bincang cara kasar. Hahahah." balas dia tersnyum tawa

"Nota? Nota apa? Nota kat kereta tu ke? Nota tu aku tak baca pon. Sorry lah. Aku tak sempat. Kau nak apa? Jangan apa-apa kan aku!" jawab Faiqal yang masib dalam ketakutan.

"Aku nak kau jauh kan diri kau dari Alisya! Kalau tak! Kau mati!" tegas dia

"Kau salah faham ni. Aku suka kat kawan dia. Anis. Bukan dia. Aku suka Anisa Khann! Bukan Alisya Carlina" balas nya gerun.

"Betul ni? Kalau aku tau kau ada apa-apa kaitan lagi dengan Alisya. Mampus kau aku kerja kan." dia menoreh sedikit lengan Faiqal. Kemudian pisau ditangan disimpan kembali. Kaki nya laju pergi dari tempat itu.

Faiqal masih terkedu memikirkan nasib nyawa nya. Darah yang mengalir di biar begitu sahaja.

***POV***

"Woiii perempuan! Aku nak kau and kawan kau jauh kan diri dari Faiqal! Kau ingat kau layak ke untuk dia? Kau ingat kau dengan kawan kau layak ke nak rapat dengan Faiqal anak Dato' Kamil?" kata Sherlin dengan tegas. Bergema segenap ruangan tandas perempuan.

"Erk, tapi apa kene mengena dengan saya. Kitorng tak de hubungan apa pon." balas Alisya pelik

"Orang cakap tak payah rapat tu dengar je lahhh! Apa yang kau susah sangat?" jerit Sherrin adik kepada Sherlin. Katanya kasar sambil rambut Alisya ditarik kuat.

"Arghhh, sakittt lahhh" jerit Alisya kesakitan.

Tiba-tiba kedengaran guli yang dihempas kuat. Ruangan bualan senyap seketika. Pelik entah dari mana guli tu datang. Sangat kuat sehingga lantunan ketiga guli itu berderai. Mata Alisya tertangkap pada satu kelibat yang laju berlalu pergi. Entah siapa Alisya sendiri pon tak tau.

"Kau ingat eh perempuan, aku belum habis lagi dengan kau" kata Sherlin

"Kembar sial buat hal" kata nya sambil pisau di dalam pocket erat dalam genggaman.

***POV***

Guli dibaling pada cermin tingkap kereta Sherlin. Pecah berderai tingkap itu. Sekeping nota diletakkan di atas kerusi pemandu. Kaki nya pergi tanpa berfikir panjang

"Arghhh kakakkk, tengok kereta kau ni!"  jerit Sherrin terkejut

"Shit, kerja sape ni?" marah Sherlin. Tangan nya laju mengambil nota

"jauh kan diri dari Alisya, kalau tak, nyawa kau, milik aku"  Sherlin baca nota kuat. Geram

"Arghh, ni mesti perempuan tu, ugut aku pulak dia, pikir aku takut? Sikit pon takkk lah!" jerit Sherlin geram.

Kaki mereka laju ke cafeteria. Mata melilau cari di mana Alisya. Jelas sekujur tubuh milik Alisya yang duduk bersama Anis.

"Hoi perempuan, berani kau ugut aku!" kata Sherlin sambil laju tangan nya mengambil air dan jirus muka Alisya. Habis basah. Ada yang kene tempias. Ceh.

"Aku? Ugut? Aku mana ada buat apa-apa? Aku kt sini je dari tadi" jelas Alisya

"Sejak bila dah ada bodyguard bagai. And kau tak payah nak tipu aku! One more things! Kau pecah kan tingkap kereta aku kannn? Perempuan sial!" maki Sherlin lagi. Rasa panas di dada membuak.

"Dia mana ada buat apa-apa bodo. Lepas class kitorng terus duduk sini tak berganjak. Takde bukti jangan tuduh. Kau yang perempuan sial sekarang ni" balas Anis.

"Arghhhh okyy fine! Kalau aku tau jau yang buat! mati kau aku kerja kan" Balas Sherlin. Kaki nya berlalu pergi. Meninggal kan kawasan yang dia dah buat menjadi kucar kacir.

***POV***

Luka di tangan di perhati lama. Ditenung dalam. Difikir sejenak.

"Siapakah dia?"
"Kenapa dengan dia?"
"Dia gila ke?"
"Apa kaitan dia dengan Alisya?"
"Kenapa dia terlalu sayang kan Alisya?"
"Kenapa rasa sayang dia sampai mencederakan orang lain?"

"Arghhh serabut. Nasib sikit je dia kelar. Kalau dalam? Mati free je aku kat situ. Nak report polis ke? Tapi aku tak nak mati." jenuh Faiqal memikir kan. Nasib ibubapa nya outstation. Kalau tak mesti kene soal siasat macam kat police station.

Luka dibalut perlahan. Entah kenapa dia bodoh tak tau nk buat apa-apa. Dia rasa lebih selamat berdiam dari bersuara. Jauh dari sudut fikirian. Terlalu sedar akan kebodohan. Tapi sebab nyawa. Aku ikut kan. Berdiam diri. Simpan.

"Kalau dengan cara nota? Habis tu bangkai ayam tu? Dia jugak ke? Tak bleh tuduh. Ada cctv pon dah dijahanam kan. Hm siapa agaknya" Faiqal bermonolog kononnya cuba merungkai tanda tanya

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now