Chapter 1

1.3K 25 2
                                    

Fajar terbit menyerak cahaya~
Dedaun tingkap luas terbuka~
Deruan bayu meniup perlahan~
Nang ikal mayang juga berterbangan~

Alisya sudah siap beruniform sekolah dengan kemas. Rambut nya diikat rapi. Beg sekolah dicapai lalu lantas kaki ke dapur. Terhidang bihun goreng bersama teh panas untuk mengisi perut yang sudah lama berkeroncong

"Alisyaaa! Pukul berapa dah ni sayang" jerit Puan Linda dari dapur memenuhi segenap ruang rumah

"Ye ibu, 20 minit lagi lah. Lambat lagi" balas Alisya sederhana

"Eish awak ni, pagi -pagi lagi dah terjerit-jerit" balas Encik Maliki melihat gelagat isteri tercinta di pagi hari.

Puan Linda seseorang yang sangat menghargai masa. Masa itu bagai harta. Harta yang tidak ternilai katanya, duit boleh di cari tetapi masa tiada ganti.
Encik Maliki pula seorang bapa yang sangat baik. Cuba memahami isi hati si puteri yang bertakhta di hati. Apatah lagi si permaisuri peneman akhirat dan duniawi. Bertanggungjawab menjadi seorang suami dan ketua keluarga. Risau sungguh tanggungjawab hilang entah kemana.

Kaki Alisya laju ke sekolah. Laju mengayuh basikal bagai menunggang kuda bernafsu serakah bak kejar musuh yang hilang tiada arah. "Ceh, feeling-feeling je kau ni Lisya" Alisya bermonolog. Jarak antara rumah dan sekolah hanya 300m sahaja dari rumah. Singkat sahaja perjalanan nya. Kadang kala kalau malas dia hanya berjalan kaki ke sekolah. Cehh kayuh basikal malas, jalan kaki rajin pula. Bukan apa, dia malas mahu bersesak di kawasan parkir basikal. Tidak gemar bercampur dengan orang ramai.

Setibanya di kelas, dirinya di ubah 360 darjah. Hanya diam dan duduk di tempat nya. Sebelahnya? Kosong. Ramai pelajar kurang gemar dengan Alisya. Pelik katanya tapi cuma mereka sahaja yang tak mahu berkawan.

"KRINGGG"  loceng kuat berbunyi yang masih tidak mampu memecahkan suasana hiruk pikuk pelajar- pelajar yang seronok bergurau senda

Cikgu Liana menapak masuk ke dalam kelas tingkatan 5 Matahari.
"Pelajar, ini Anisa. Dia pelajar baru di sekolah kita. Anisa, sila kenal kan diri"
"Hai, nama saya Anisa Khann, boleh panggil saya Anis"
balas Anis ramah.
"Anis, awak boleh duduk di sebelah Alisya ye" balas Cikgu Liana bersahaja.

Kelas 5 Matahari terkejut bagai dipanah halilintar
"Duduk sebelah budak pelik tu? Mati lah dia nanti. Memang lepu lah membodoh sekali hahaha" jelas kata ii biadap yang dihunus laju membelah hati Alisya. Tapi dia dah biasa, entah apa yang mereka bencikan sangat.

"Hai nama awak siapa? Nak kawan dengan awk boleh? " balas Anis yang masih ramah sambil tak lekang bibirnya dari mengukir senyuman manis.

"Kau nak kawan dengan aku ke? Kau tak pelik ke nak kawan dengan aku?" balas Alisya yang sedikit terharu dan semangat bila ada orang yang nak berkawan dengan nya.

"Eh, tak pelik lah. Saya kawan dengan awak tau. Tak kisah lah siapa pon, selagi dia manusia, kita mesti lah kena jaga hubungan dan berbaik." balas Anis tersenyum kambing lagi

Alisya senyum. Seronok nya sudah memiliki kawan baru. Terasa bagai dunia kembali berputar. Cahaya matahari bagai menerangi jiwa yang tidak pernah disinari bahagia dari seorang yang bernama KAWAN.

Mereka menjadi sahabat baik. Semakin lama semakin erat hubungan mereka. Tiada siapa lagi yang menggelarkan Alisya pelik. Kini dia sudah ada kawan. Anis lah peneman hari di sekolah dan Puan Linda juga teruja bila dengar khabar bahawa puterinya ada seorang kawan. Lama dia tertunggu-tunggu akhirnya zaman sekolahnya hampir tamat baru lah puteri nya memiliki peneman.

SPM telah tamat. Mereka berdua berusaha dan berutungkus lumus bersama demi mencapai kejayaan. Hampir berbulan mereka ulangkaji. Hari ini, selepas 3 bulan penantian. Hari ini juga mereka melakar kejayaan. Melakar kejayaan dan mencorak kehidupan di masa hadapan.

"Alisya Carlina Binti Maliki mendapat 7A dalam peperiksaan SPM" jelas dari mulut Cikgu Hani yang memecah rasa risau yang membungkam di jiwa

"Anisa Khann Binti Khann Aniq mendapat 7A dalam peperiksaan SPM"  Cikgu Hani si pengacara majlis berkata-kata lagi

Air mata kebahagiaan mengalir, usaha membuah kan hasil. Tiada apa lagi yang lebih bermakna selain melihat kedua-dua orang tua yang terpenting dalam hidup tersenyum gembira. Mereka juga dapat menyambung pelajaran di pusat pengajian yang sama.  Tiada apa lagi cacat cela Tuhan dalam mengurus masa depan dan hubungan persahabatan mereka yang masih baru terjalin.

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now