Chapter 10

357 10 6
                                    

Tanpamu entah dimana daya ini~
Tanpamu duniaku tak sempurna~
Temani lah hati yang kesepian ini~
Hati ku dahaga cinta bersulam setia~

Kaki nya laju ke tempat sunyi itu. Tempat sunyi yang selalu ada cinta hati pertama. Bagai rindu yang membuak di dada. Tapi hanya pandang dari jauh sahaja.

"Aikk, kosong? Bukan ke selalu waktu macam ni dia ada ke?" Dia bermonolog disebalik tembok. Jam ditangan di jeling.

"Lahhh dah pukul 12 lebih dah. Patut lah takde. Lunch kot. But eh tu buku siapa?" matanya tertancap pada buku bersaiz A5 berwarana biru itu. Kaki nya menuju perlahan. Pandangan nya ligat ke kiri dan ke kanan. Mana lah tau ada orang yang macam dia jugak duk intip Alisya. Eceh. Dia sorang je perangai pelik intip anak dara orang ni. Buku dipegang erat. Nama tuan buku ditulis cantik sama cantik dengan tuannya

"Alisya Carlina Binti Maliki?" matanya terbeliak. Sukar untuk percaya harta siapa yang dia tengah pegang ini. Tangan nya membuka buku itu perlahan. Mana lah tau diari yang boleh dia tau. Rupanya hanya lah buku nota kecil yang digunakan untuk senarai kan jadual dan hal penting sahaja. Kaki nya laju berlalu pergi. Tempat yang dituju ialah cafeteria. Mungkin di sana duduk nya si puteri nan indah di hati.

Mata nya melilau satu persatu wajah diperhati. Hingga terlihat jelas wajah yang selalu di impi. Duduk sendiri tanpa ditemani. Mungkin peluang aku untuk memikat hati.

"Hai" tegur dia sayup berbaur malu. Segan betul dia. Tak pernah dia bertegur dengan sesiapa sebelum ni

"Hai, awak siapa eh?" balas Alisya sopan

"Erm, nama aku Amsyar. Amsyar Carl." balas Amsyar a.k.a 'Dia' yang dari Chapter 2 hingga kini. Heh. #AuthorGedik

"Hai Amsyar. So ada apa jumpa i ni? By the way. U yang i nampak kat cafeteria haritu kan?"  tanya Alisya bertubi-tubi.

"Erk yahh, aku just nak pulang kan buku kau. Ternampak kat pondok hujung block tu. Tengok nama rupanya kau"  jelas Amsyar biasa sambil menghulur kan buku ditangan.

"Ouh okay, macam mana u kenal i? Kita pernah kenal ke sebelum ni?" balas Alisya penuh rasa ingin tahu. Buku dia di ambil laju.

"Erkkk, mungkin kau lupa benda alah yang tergantung kat leher kau tu"  balas Amsyar selamba. Tak mahu Alisya tau yang dirinya sentiasa diperhati. Apatah lagi nama dia. Hah easy.

"Ouhhh yaahhh! Sorry." balas Alisya sambil tersenyum kambing.

Tiba-tiba hadir 2 orang meluru ke meja mereka. Faiqal dan Anis. Faiqal tersenyum bahagia tak henti-henti. Amsyar laju memandang parut torehan di tangan Faiqal. Tersengih juga melihat parut tu.

"Apahal lah sikit sangat aku toreh tu. Eishhh patut nya aku korek je lengan dia tu. Dasar ikan bilis" Amsyar bermonolog menghibur kan hati sendiri. Di tambah pula bahagia yang semakin dia hampiri.

"Amsyar ni kawan Lisya, Anis nama dia. Yang ni Faiqal" kata Alisya yang konon cuba kenal kan

"Ouhh, okayy, hai" balas Amsyar yang konon baru berkenalan

"Lisya, he officially our new friend"  kata Anis mencelah

"What???" tanya Alisya terkejut. Tak berkenan sangat dia apabila pembuli akan menjadi koloni rakan-rakannya. Anis hanya angguk laju.

"Ceh, kawan je? Aku dari tadi usya chantekkk punya. Susun ayat punya boekkk. Kawan je? Eishh jual mahal betul perempuan ni. Nasib aku sayang. Tunggu kau. Slow-slow aku cucuk"  jelas bisik hati Faiqal.

Amsyar masih tersenyum. Bahagianya dapat lihat orang yang dia sayang dengan jarak yang lebih dekat. Apatah lagi dapat berbual bersama. Suara nya indah menenang kan fikiran.

Anis dan Faiqal bergegas pergi. Anis tahu Faiqal belum selesa dengan Alisya lagi. Padahal Faiqal dah berjumpa Alisya dulu untuk mengenali Anis. Kesan toreh ditangan sebagai bukti. Kalau tak dihargai jugak. Entah apa yang dia dapat lakukan.

Amsyar dan Alisya kini berdua. Hanya berbual kosong yang cukup indah buat Amsyar. Dia dah miliki Alisya sejak dulu lagi. Cuma tiada siapa yang tau. Heh. Nasib Alisya belum ada boyfriend atau peneman istimewa. Mungkin boyfriend dia akan mati free je. Hehehe.

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now