Chapter 13

293 7 0
                                    

Darah kau kini menjadi bayaran~
Nyawa kau dikira sebagai gadaian~
Nilai nya tinggi menutup kesalahan~
Hidup di sana dengan tenang dan aman~

Mayat Danish sudah habis di makan. Hanya telinga nya yang bertindik itu di awet. Heh. Kenangan bersama bila berbisik penuh syahdu di telinganya. Lengan nya yang dikoyak halus sudah dibakar dan dihanyut kan. Dia memang tak kan makan.

***POV***

Mission 2 : Irsyad

Jam loceng berdering kuat. Pukul 8. Buaian mimpi bagai dihentikan. Matanya diulit lembut. Mulut nya menguap dengan mengantuk yang bersisa. Hari sabtu yang sangat tenang. Tiada apa yg menggangu. Tiada apa yang perlu dirisau kan. Tiada juga suara jeritan ibu yang memecah kesunyian. Eh mungkin bukan ibu yg memecah kan kesunyian. Tetapi suara bibik pula yang menggamit kesepian

"Irsyad, Mak Cik Leha balik dulu ye. Sarapan semua dah siap. Baju semua dah diuruskan. Rumah pon dh dikemas. Nanti hari isnin Cik Leha datang lagi ye" jerit orang gaji nya dari pintu bilik.

"Ye lah Cik, Terima kasih ye" balas Irsyad. Mak Cik Leha membalas sayup dan berlalu pergi.

Gambar ibubapa nya ditatap sepi. Air mata tak mampu dibendung lagi. Sudah 7 bulan ibubapa nya pergi. Pergi terus meninggal kan duniawi.

Tiada apa lagi yang tersisa. Hanya sekeping gambar yang cukup bermakna. Kemalangan jalan raya meragut 2 nyawa. Ia juga bagai meragut jiwa.

Kaki nan gagah berdiri kini lumpuh tidak bererti lagi. Ceria di pagi hari kini tiada seri lagi. Sunyi sepi hanya seorang diri. Ku harap kau kembali untuk menemani

Hilang lah tempat bermanja kasih. Hanya Tuhan yang satu ruang untuk meluah pedih. Ku titip kan doa berharap aku juga menjadi anak yang soleh. Tenang lah kau disana walau hati yang redha kadang kala runtuh dek kerana merintih.

Amsyar hanya memerhati dari tingkap bilik. Awal dia buat kerja hari ni. Target hari ini dua nama dalam genggaman. Menjadi mangsa bukan hanya mimpi yang dijadikan igauan.

Kaki nya menapak ke pintu rumah. Dedaun pintu diketuk sayup. Hanya salam maut yang datang untuk mengucup. Kini tiba masanya kau dijemput.

Laju kaki Irsyad ke pintu. Otak nya ligat berfikir entah harta apa yang bibik nya tertinggal kali ni. Lantas tangan nya memusing tombol pintu. Botol kaca hinggap di kepala. Berderai botol menjadi serpihan. Cecair merah pekat mengalir. Pandangan pula menjadi samar. Sekujur tubuh yang berdiri makin hilang dari pandangan. Badan yang lemah ditolak kuat. Tak berdaya lalu rebah ke lantai.

Matanya dibuka perlahan kaki dan tangan nya diikat. Tulang empat kerat diikat erat. Diikat di setiap penjuru meja makan. Terkangkang bagai menunggu di lapah.

"Kau marah kan aku dengan Alisya rapat?" tanya Amsyar memecah kesunyian. Irsyad memandang Amsyar dengan pandangan yang tajam

"Kau nk bunuh aku pulakkkk ke sial?!"  jerit Irsyad bergema lagi rumah yang sunyi. Amsyar bergelak ketawa tanpa henti. Terhibur melihat orang yang tetap bertenang walau ajal bakal tiba.

"Aku tanya, kau tak bagi aku dengan Alisya rapat kan?" tanya Amsyar yang masih bertenang. Tangan nya mengulit lembut pisau kesayangan.

"Haah, memang! Sebab aku sayang dia. Aku suka kat diaaa! Dan kau tak layakkk untuk dia! Dasar pembunuh." jerit Irsyad dengan lantang. Bagai nak meletus ledakan api di dada Amsyar.

"APAAAA! KAU SUKAA DIAAAA?! KAU YANG TAK LAYAKKK! DIA AKU PUNYAAA!"  balas Amsyar geram lalu menikam di bahagian pinggang. Irsyad menjerit kesakitan.

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now