Chapter 15

246 8 2
                                    

Jangan bermain dengan air mata ku~
Jangan tertipu dengan gelak tawa ku~
Kau tak kan pernah tau isi hati yang terdalam~
Kerana jelas aku lah seorang yang pemendam~

"Amsyar, nak tanya something boleh?" tanya Alisya lembut pada Amsyar

"Nak tanya apa?" balas Amsyar bersahaja

"U ada problem ke? Nak share dengan i tak?" sambung Alisya lagi. Hati berpegang teguh ingin tahu kenapa Amsyar terlalu aggressive tempoh hari hingga mampu melukakan diri sendiri. Amsyar tersentak bagai panahan tembus ke dada.

"Takde apa lah" kata Amsyar dengan hambar. Pandangan di alihkan ke bumi. Air mata menakung di mata. Tak terbendung lalu jatuh berderai. Mula fikir semua kekusutan di kepala, juga terfikir segala hal yang membungkam di dada.

"Amsyar, are u okay?" balas Alisya lagi melihat Amsyar yang semakin sayu dan pilu

"Childhood Am lain. Tak sama macam semua orang." kata Amsyar sendu lalu menapak pergi. Alisya terpinga-pinga sendirian.

"Sebab childhood dia, dia boleh jadi psycho macam ni? Once dia dah sanggup sakit kan diri dia demi orang. Mesti dia ada masalah or kisah silam. Tak mustahil nanti dia bleh cedera kan orang lain. Eishhh aku kene tau ni." detik hati Alisya pelik tapi ingin tahu.

***POV***

Paparan skrin laptop di tenung lama. Bibir terkumat kamit membaca bagai menjampi serapah mengutuk jiwa. Membaca sumpah merosak nyawa. Eceh tak lah, Alisya baca "type of psychopath" yang mungkin boleh diguna pakai dalam mendalami jiwa Amsyar yang kusut tak berpunca malah tak berpenghujung.

Tangan nya laju masih menaip apa yang muncul dikepala. Tiada apa lagi yang terpahat di minda. Hanya Amsyar yang di katakan gila. Atau adakah dia seorang yang sakit jiwa? Alisya mula teringat kata-kata Dayyan. "Kau nak tunggu kau mati baru kau nak sedar ke?"

Hati bagai nak meletus dari dada. Otak bagai tak mampu berfikir apa-apa. Tiada bukti yang dapat dikait rapat. Tiada penjelasan yang dapat mengikat kuat.

Fikiran melayang bagai di bawa arus. Mana Alisya yang mempertegak kan kebenaran? Yang menegak kan kebenaran tanpa usul periksa yang kukuh, dan kini membuat kan dirinya runtuh, tak mampu lagi berdiri dengan utuh.

"Kalau betul dia pembunuh macam mana? Kalau dia ada masalah hidup macam mana? Macam mana pulak kalau dia sebenarnya gila? Ke dia psycho? Dia ke pembunuh untuk semua mangsa yang hilang sebelum ni?" berjuta lagi soalan bermain di fikiran. Daif nya dia dalam memilih kawan dan pasangan. Tanpa selidik apa yang tersirat tiada dalam pandangan

***POV***

"Am, Lisya nak tanya something boleh? This time be honest okay" tanya Alisya lembut

"Apa dia?" balas Amsyar bersahaja.

"Tell me everything okayyy, so, how your life? Everything was fine?" tanya Alisya dengan nada yang masih tenang. Amsyar tersengih mengukir senyum sinis

"U, my parents hilang 20 years ago. I hilang parents i. I tak dapat rasa kasih sayang diorng berdua dari kecik. U nampak tak luka ni. My aunt dera i lepas my parents dah hilang. I redha. Mungkin diorng dah mati" balas Amsyar penuh penipuan. Aktitiviti haram nya tak perlu di canang walau orang tersayang. Otak nya memproses laju bait-bait palsu. Tangan yang dihulur bersama luka kini ditarik balik lalu ditutup dengan lengan baju yang panjang.

Alisya sedikit terkejut dengan parut yang bertanda. Lalu terdiam sepi tanpa berkata apa-apa

"Now u know everything right? Don't ask me why i always look stress. Jangan tanya kenapa i nampak pelik. Hati i simpan beribu rasa sedih"  lalu kepala nya ditunduk kan. Air mata palsu dititis kan. Bagi menambah rasa sendu dek drama yang di lakonkan sejak dahulu lagi.

"Am, Lisya mintak maaf" balas Alisya lembut. Amsyar hanya tersenyum sinis disebalik air mata yang mengalir.

"Am trauma nak berhubung dengan orang lain yang ada sekeliling Am. Am rasa tak selamat" tambah Am lagi dengan pandangan yang kosong.

"Am pilih untuk hidup sorang diri, Am lebih selesa." kali ni. Pandangan yang kosong di isi penuh dendam. Otak nya ligat memikir putar belit cerita. Agar dendam kesumat di tanam dalam.

"Am marah Lisya sebab tanya soalan macam ni ke? Lisya mintak maaf" balas Alisya serba salah

"Tak Lisya, Am makin happy bila ada Lisya, Am makin seronok and bahagia, Lisya je satu satu manusia yang Am sayang. Lisya sorang je yang mampu isi kekosongan Am. Jangan pergi ye sayang" kata Am lagi lalu pipi Alisya dicuit lembut.

Hati Alisya makin lemah mendengar bait-bait cinta yang menutup cerita sebenar. Sejak hari itu Alisya mula sedar betapa penting nya dia dalam hidup Amsyar. ')

First Date Of Silent KillerWhere stories live. Discover now