"Cucu - cucu kita dah balik, Yunhwa. Balik beraya"
Kisah Pak Kassim dan cucu - cucunya bersiap sedia di seminggu terakhir ramadhan untuk menyambut kehadiran aildilfitri
"Tokwan raya ni kita pasang lampu raya tau ?"
"Ha iyalah. Tokwan ikutkan je"
...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"TOKWAN ! KAMI DAH SAMPAI !!"
Chan orang yang pertama terjun keluar dari kereta berlari ke arah datuk tercintanya. Hampir saja tersadung jatuh kerana kalut berlari.
"Er, maaf ya. Cucu ni siapa ?" soal Pak Kassim mengerutkan dahi selepas anak muda itu memanjat tangga sambil mendepakan tangan mahu memeluknya.
Chan tergamam. Dia berpusing ke laman melihat abang - abang sepupunya yang ikut terpaku berhenti membawa keluar bagasi mereka dari bonet kereta.
Masing - masing berpandangan antara satu sama lain.
"Weyh, Gyu. Kita salah rumah ke ?" Dokyeom menjenguk ke kerusi pemandu memandang saudaranya.
"Betullah sia ni rumah tokwan. Aku bukan macam kau, berdengkur je waktu balik kampung. Aku ingatlah jalan" Mingyu membuka aplikasi Waze di dalam telefonnya.
Takkanlah silap rumah pula ? Sah - sah itu adalah tokwan mereka di depan rumah.
"Entah - entah tokwan dah nyanyuk tak ?" bisik Seungkwan di cuping telinga Jihoon.
"Kau ni kalau aku tumbuk bersepai hidung tu. Busuklah mulut ! Tak gosok gigi ke ?"
Sebuah jelingan diberikan oleh Jihoon. Bisik macam satu dunia nak dengar, baik tak payah bisik kalau macam tu.
"Tokwan, ini kamilah cucu tok wan. Takkan tokwan lupa kot ?" Jeonghan memanjat tangga rumah naik berdiri di sebelah Chan.
Wajah Pak Kassim masih buntu membuatkan mereka berdua mulai ketakutan. Mungkin ini balasan selepas tiga tahun tak pulang ke kampung ? Sampai muka cucu sendiri pun dilupakan.
"Aha. Tokwan kenallah. Saja je nak buat kamu gelabah. Heh, nak buat suprise konon. Kan dah terkena. Padan muka. Tengok sana tuh ada kamera"
Pak Kassim menunduk ketawa berdekah melihat raut pucat cucunya. Baru tahu takut. Ini tidak, main redah saja balik. Kalau dia kena heart attack macam mana ? Biar rasa pengajaran sikit.
Mendengarkan kata - kata itu barulah semuanya menghela nafas lega. Seungcheol yang bersedia mahu menelefon emaknya di Korea menggulingkan anak mata.
"Tokwan ni ! Nasib tak telefon eomma dekat Korea tau. Nak melawak tu tengoklah sikit. Terkejut kitorang" marahnya.
"Ha, telefonlah. Biar mak bapak kamu semua tu balik sini jugak. Tak sedar diri aku yang bela dia dari kecik" Pak Kassim bercekak pinggang.
"Sebab sedar dirilah diorang suruh kitorang balik teman tokwan raya dekat sini. Tokwan ni, tak baik tau cakap anak sendiri macam tu"
Junhui datang menghulurkan tangan mahu bersalaman.
"Betul, tu. Mama dengan papa Hao kirim salam. Diorang kata raya tahun depan diorang janji diorang balik sekali" tambah Minghao membawa beg galasnya.