𝗘𝗣𝟬𝟰 | 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗱𝘂𝗴𝗮

70 9 11
                                        

Lagi Vernon lihat lagi dia tak dapat percaya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Lagi Vernon lihat lagi dia tak dapat percaya. Matanya digosok berkali - kali untuk memastikan identiti manusia yang dibawa Chan itu adalah benar. Sempat mereka mengangkat mini heart lagi.

"Chan, siapa yang kau bawak ni ?" soalnya menapis rasa kecewa.

Chan mengerutkan dahi. "Lah, tadi kau suruh bawak sepupu kita yang berani. Ini aku bawaklah Soonyoung hyung" Soonyoung di sebelahnya membuat wajah bangga. Tak sedar hidung dah kembang dua inci. Tak percaya, sila ukur. Confirm dua inci setengah.

"Lepastu, dah alang - alang aku bawaklah Dokyeom dengan Seungkwan hyung sekali. Lagi ramai, lagi meriah"

Dua orang lelaki di sebelahnya mengangguk mengumumkan kedatangan mereka. Vernon mengeluh mengurut dahi.

"Minghao hyung tak ada ke ?" soalnya mula menarik wajah.

Apa Chan ini pekak ? Tak dengar dia cakap tadi suruh carik yang berani. Soonyoung hyung ini nampak saja berani, tapi beraninya sangatlah perlu dipersoalkan. Dokyeom dengan Seungkwan ? Lagilah tak boleh diharap.

Sangkanya mahu dibawa Minghao, Wonwoo atau Mingyu tadi. Boleh dipercayakan sedikit.

"Eh, ada ! Tengah main tepuk amai - amai dengan Junhui hyung dekat dalam. Nak aku panggil ?" Chan menawar diri lagi. Wajahnya sangat naif beria mahu membantu. Ingin menunjukkan bahawa dia juga mampu menolong.

"Tak payah. Ada kitorang pun dah cukup" potong Seungkwan sombong. Dokyeom mengangguk. "Haah. Kitorang berani apa ? Otak bergeliga pulak tu" dia menyeringai suka. Jangan senyum macam tu, Dokyeom. Lagi tak dipercayai bila kau senyum. Ghisau.

"Betul. Aku sebagai yang paling tua setuju dan aku sebagai yang paling tua lantik diri aku sendiri sebagai ketua. Sebab tua dan ketua kan nak dekat bunyinya tu" tambah Soonyoung pula.

Chan, Seungkwan dan Dokyeom mengangguk serentak bersepakat. Mereka siap berjabat tangan lagi tanda bersetuju dengan kata - kata Soonyoung itu. Rasa lega sedikit apabila ada ketua antara mereka. Vernon di tepi menggeleng perlahan mengadu nasib.

Apalah yang akan terjadi nanti ?

"Ha, mana naga tu ?" Soonyoung bercekak pinggang dan berdiri paling maju di hadapan.

"Bukan naga. Ada benda dalam perigi depan sana tu ha" ujar Vernon menjuihkan bibir malas.

Tersedar perigi buta yang dikatakan mereka berada di tepat depan, pantas Soonyoung mengundur menyorok di balik tubuh Vernon dan Dokyeom. Dia menjengukkan kepala antara celahan bahu sepupunya.

"Apa kata korang pergi tengok ?"

Lelaki tersebut menolak mereka berdua secara langsung.

"Eh, asal kitorang pulak ? Hyung kan ketua. Hyunglah pergi" Dokyeom menyorok di belakang Vernon pula.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang