𝗘𝗣𝟬𝟵 | 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 - 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶

42 6 1
                                        

28 Ramadhan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

28 Ramadhan

Laman rumah Pak Kassim tak pernah seriuh itu namun hari ini, di waktu tengah hari suasana sangatlah meriah seperti bakal berlansungnya sebuah kenduri perkahwinan tak lama lagi.

"Ha, Kassim. Cuba kamu cabut suis tu pasang suis ni" arah Pak Abu setelah menyematkan rantaian lampu raya yang terakhir.

Pak Kassim yang tak tahu apa - apa hanya menurut. Suis hitam dicabutnya selamba lalu dicucuknya suis lampu raya yang dibeli di kedai Ah Chong beberapa hari yang lepas. Kedua - dua lelaki separuh abad tersebut tersenyum bangga melihat lampu yang dinaikkan mereka bernyala berkelip - kelip di dinding rumah.

Maklumlah Aidilfitri semakin hampir, jadi mereka sudah berkerja menyiapkan apa yang patut. Senyuman itu tidak lama apabila tersengar bunyi jeritan dari dalam rumah.

"Tokwan !! Kenapa tokwan cabut suis wifi ?" laung Wonwoo di tempat biasanya, sofa buruk di ruang tamu.

Mereka berpandangan senyap. Pak Kassim mengangkat bahu memecahkan tawa sahabatnya. Nak buat macam mana ? Mereka terlalu tua untuk mengingati wayar ini untuk apa dan wayar itu untuk apa.

"Mak Biah, kelapa ni nak letak mana ?" soal Jeonghan membawa sebesen kelapa parut.

Untuk membalas jasa Mingyu, Dokyeom dan Seungkwan yang membantu mereka semalam, keluarga Pak Abu bersepakat memasak dan bersiap - siap untuk berbuka puasa bersama - sama dengan keluarga Pak Kassim sebagai tanda terima kasih.

Nak diberi makannya ramai, jadi terpaksalah bersiap - siapkan bahan dulu awal pagi.

Kebetulan, Mak Cik Kiah tidak membuka kedai di pagi hari. Jadi mereka mengajak balu itu bersama anak daranya untuk datang sekali.

Mak Biah yang sedang sibuk memotong bawang mendongak.

"Kamu letak saja dekat sana. Nanti Mak Biah suruh Senah perahkan santannya"

Jeonghan mengangguk melakukan kerja seperti yang diarahkan. Dia berdiri tegak termenung menanti tugas yang seterusnya.

"Erm, ada apa - apa lagi ke ?"

Suasana senyap seketika seraya Mak Biah dan Mak Kiah meliar melihat sekeliling mencari kerja yang belum siap. Rasanya semua dah ada. Tinggal nak masak untuk berbuka saja petang ini.

Mereka menggeleng tersenyum.

"Tak ada dah rasanya. Terima kasih ya Johari. Baik sungguh kamu ni" puji Mak Biah membuatkan Jeonghan tersengih malu.

Mak Cik Kiah ikut sama memuji. "Iya, keluarga kamu ni baik - baik betullah. Macam si Halim tu suka betul tolong Mak Cik Kiah. Upahnya mintak sebungkus karipap je. Serba salah aku dibuatnya" dia memandang Mak Biah rancak bercerita.

Mak Biah mengangguk. "Itulah. Kalau aku ni ada tiga belas orang cucu perempuan, semua aku suruh kahwinkan dengan diorang"

Mendengarkan pujian melambung tersebut, Pak Kassim menyulam senyuman kecil dengan rasa syukur di hati. Dua hari yang lepas, sakit hatinya memikirkan orang - orang kampung rata - rata seperti tak dapat menerima kehadiran cucu - cucu Koreanya di sini. Kata mereka, duduk di negara luar sana belum tentu ikut ajaran Islam.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang