𝗘𝗣𝟭𝟬 | 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿

37 6 0
                                        

Motor buruk milik datuknya dipakirkan elok di pinggir jalan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Motor buruk milik datuknya dipakirkan elok di pinggir jalan. Wonwoo turun selepas enjin motor dimatikan. Matanya meliar melihat kawasan sekeliling baazar.

"Uish, ramai jugak orang meniaga eh hyung ?" soalnya kagum.

Bulan puasa ini pasti memenatkan. Ditambah lagi dengan cuaca yang sentiasa panas terik di Malaysia. Tetapi masih tetap ramai orang datang berniaga mencari rezeki. Kalaulah dia yang disuruh, mahu terbaring tengah jalan keletihan.

Joshua tersenyum lalu memandang Mak Kiah di sebelahnya. Wanita tua tersebut turut mengukirkan senyuman bangga.

"Ha, Wafie. Kalau kamu nak jalan - jalan dulu dengan Halim pergilah. Mak Kiah pergi gerai dulu. Tapi jangan lama tau" ujarnya sambil mengemas barang - barang yang dibawa dari dalam kereta.

Memandangkan itu adalah kali pertama Wonwoo menjejakkan kaki di sana, jadi dia biarkan saja dulu. Lagipula masih banyak masa lagi sebelum pelanggan mula mengerumuni baazar kampung mereka ini.

Seronok mendapat keizinan, terus Wonwoo menggesa Joshua untuk membawanya pergi. Mak Kiah beredar terlebih dahulu membawa kuih - kuih karipapnya.

Dari awal hingga akhir, Wonwoo masih belum puasa mencuci mata. Semua tempat mahu ditundingnya.

"Weyh, dekat sana ada jual apam balik do !" katanya separuh jerit.

"Fuiyoo, kuih kole kacang. Bukan selalu ada benda ni" dia menunding ke kanan pula.

Joshua menggeleng ketawa. Macam jakun pula bawa budak seorang ini datang ke baazar. Itulah, dia bertatapkan skrin telefon saja. Mana nak melihat tempat lain.

"Ha, itulah kau. Aku ajak keluar tak nak. Ini dah nak dua hari lagi beraya baru nak ikut ke baazar"

Tidak membantah, Wonwoo malah mengangguk mengiyakan.

"Haahlah, aku rasa kan puasa tahun depan aku nak balik sini lagi. Nak pergi baazar ramadhan"

"Itupun kalau kita sempat balik" Joshua memggulingkan anak mata.

"Aku yakin kita balik, hyung. Aku dah janji dengan tokwan dah" Wonwoo menyeringai. Joshua hanya sekadar menggeleng lambat. Ikutlah, kalau ibu dan ayahnya benarkan.

Perbualan antara dua orang pemuda tersebut terhenti apabila terdengar suara memanggil nama mereka dari jauh. Kedua - duanya berpaling.

"Hyung ! Wonu yah !"

Kelihatan Soonyoung dan Jihoon datang tersengih -sengih ke arah mereka.

"Eh, apa korang buat dekat sini ? Tak tolong diorang dekat rumah masak ke ?" soal Wonwoo mengangkat kening.

"Dah ramai orang dah. Tokwan kata dari kitorang menyemak dekat sana, baik datang sini tolong korang"

Jihoon mengangguk dengan kata - kata Soonyoung. Bukan main lagi mereka dihalau Pak Kassim petang tadi. Katanya dah terlalu ramai yang menolong dia memasak. Jadi dia bahagikan kerja seorang satu untuk berpecah. Dan kerja mereka adalah membantu Joshua dan Wonwoo di baazar.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang