𝗘𝗣𝟬𝟯 | 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗴𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮 𝗱𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗼𝗸 𝘄𝗮𝗻

64 10 18
                                        

25 Ramadhan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


25 Ramadhan

Bayu sejuk bertiup lembut menyisip masuk melalui celahan papan rumah kayu itu. Ditambah pula dengan embun - embun lagi yang seakan hujan di malam hari menjadikan cuaca lembap kesejukan.

Di sebuah bilik berkatil tiga bujang ada tiga orang pemuda yang masing - masing masih lagi nyenyak tidur.

"BANGUN WOI ! SAHUR !!" Chan masuk ke dalam bilik mengetuk kuali.

Tak sampai berapa saat sebiji bantal dilempar ke kepalanya membuatkan dia jatuh tersembam.

"Diamlah ! Semak betul cucu pungut ni !" jerkah Seungcheol benci.

Selimutnya ditarik lagi menutup badan. Mahu sambung tidur yang tergendala. Chan mengurut kepala. Matanya menjeling jasad - jasad yang masih lagi dibuai mimpi. Dia mengangguk pendek.

"Oh, cucu pungut ya. Tunggu sekejap aku panggil tokwan pungut datang" dia menghilang di balik langsir.

Kamar tersebut sepi seketika. Namun, tidak lama ketenangan itu ada.

"Shahrul Fahmi ! Johari Umar ! Halim Haikal ! Tokwan kira sampai lima siapa tak bangun tokwan angkat sumbat dalam reban James Bond !!"

Berpusu - pusu tiga orang cucu Pak Kassim bangun berlari keluar dari bilik. Berebut pula mahu masuk ke tandas untuk mencuci muka. Sampai tersadung di tangga pun ada.

Pak Kassim menggeleng. Dah tua - tua pun kena kejut bangun sahur lagi. Dia berkalih ke kanan melihat Chan menyeringai nakal selepas berjaya mengenakan abang - abang sepupunya.

"Ha, kamu Afiq. Dah berus gigi belum ?"

"Dah, tokwan ! Tengok ni" dia mengetap giginya sebagai pameran.

Lelaki tua itu mengangguk kecil. Kepala Chan diusap lembut memuji. Sebab itulah Chan cucu kesayangannya. Mudah mendengar kata. Tambahan pula Chan adalah cucu bongsu. Mana tak sayang oi.

"Dah, jom. Sahur" mereka berdua berjalan seiring turun ke dapur.

+×+

"Uih, asal kita datang sini woi" keluh Chan selepas diheret Vernon sampai ke laman belakang rumah kayu datuk mereka.

Ekor matanya meliar kawasan sekeliling yang sedikit semak. Dengan adanya reban James Bond tak berapa jauh, bau haruman tahi ayam semakin menari masuk ke dalam rongga hidung.

Sudahlah tengah hari terik buta. Elok saja dia tengah terkangkang tidur, datang si anak Chwe ini mengejutnya bangun.

"Tu tengok tu !" Vernon menunding ke arah kanannya. Chan ikut berkalih.

Kelihatan sebuah semak tebal yang lebih tinggi dari paras pinggang mereka berada di depan. Pokok manggis yang sudah lama ditinggalkan tumbuh meliar di tepi semak tersebut membuatkan kewujudannya sedikit tersorok.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang