𝗘𝗣𝟭𝟭 | 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 & 𝗱𝘂𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶

41 6 0
                                        

28 Ramadhan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

28 Ramadhan

Junhui menoleh ke belakang selepas berdiri mahu memulakan solat subuh dia Masjid Al - Layla. Sebagai imam sehari di masjid ini, sudah cukup lama rasanya dia menunggu jemaah yang lain untuk bersiap - siap menunaikan subuh.

Matanya sedikit kecewa apabila melihat sebaris saf saja yang tersusun. Itupun semuanya adalah sepupu - sepupunya dan juga Pak Kassim, Pak Abu. Mereka melambai tersenyum memujuk menyatakan bahawa ada mereka sahaja sudah mencukupi.

"Ha, cepat seorang tolong iqamat" arah Pak Kassim seperti mahu mengalihkan perhatian Junhui daripada melihat bilangan jemaahnya hari ini.

Soonyoung mengangkat tangan maju ke hadapan. Dia menghadiahkan senyuman pada Junhui meyakinkan lelaki itu bahawa dia seorang yang berpengalaman. Tangannya dibawa ke telinga.

Para jemaah yang lain mengangguk bersedia.

"Allah huakbar Allah huakbar Allah huakbar" takbir raya berkumandang.

"Astaghfirullah ! Syukri ! Itu takbir raya, bukan iqamat !" jerkah Pak Kassim kegeraman. Cucunya yang lain ikut membuat wajah jengkel dan suka melihatkan sepupu mereka itu dimarahi.

"Bodoh, iqamat pun tak tahu" sampuk Jihoon menggeleng.

"Dahlah, hyung. Duduk belakang. Biar aku yang iqamat" Minghao mempelawa.

Soonyoung menarik wajah masam seribu apabila dirinya dimarahi tak semana - mena tanpa henti dari mereka. Dia kembali ke safnya berdiri bersebelahan dengan Pak Abu.

"Apalah kamu, Syukri. Iqamat pun tak lepas. Macam mana nak imamkan Senah nanti ?"

Sinis saja teguran Pak Abu kedengaran. Pak Kassim yang mendengar menjeling. Dia kenal dengan sahabatnya. Cakap saja melangit, tapi kerjanya tak ada.

"Sudahlah, Abu. Kamu pun dua kali lima je dengan cucu aku" tersengih - sengih Pak Abu malu. Soonyoung mengetap gigi. "Pak Abu ni, jangan sampai saya naik angin"

"Hehe, sorry. Sorry"

+×+

Usai tamatnya solat subuh, keluarga Pak Kassim berkemas - kemas di dalam masjid.

Sejadah yang bergelimpangan di sana - sini, dilipat lalu disusunkan di sebuah penjuru. Mikrofon buat imam pula diikat kembali kemudian di simpan di dalam stor kecil bersebelahan dengan mimbar.

Maklumlah mereka sudah menggunakan peralatan awam tersebut, haruslah dikemas semula.

Anak - anak muda itu teruja berjalan keluar sambil bergurau senda sesama sendiri sepanjang perjalanan mereka. Biasalah, tenaga darah muda lain dari tenaganya Pak Kassim dan Pak Abu.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang