𝗘𝗣𝟭𝟮 | 𝗸𝗲𝗿𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁

70 7 0
                                        

Dari jauh bunyi ekzos motor cabuk Pak Kassim kedengaran

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dari jauh bunyi ekzos motor cabuk Pak Kassim kedengaran. Para penghuni kedai makan Halim itu semuanya ikut berkalih. Walaupun bulan puasa kedai makan tutup, namun mejanya sentiasa dibuka untuk penduduk kampung datang melepak.

Kadang - kadang ada yang bawa papan dam haji atau papan catur buat mengisi masa.

"Eh, siapa pula yang bawak motor Honda si Kassim tu. Tinggi betul orangnya ?" soal Pak Jalil berpusing ke belakang.

Rakan - rakannya ikut mengangguk. Lain macam juga bayang tubuhnya.

Setelah pemandu motosikal itu berjalan semakin dekat, barulah Pak Bakar yang sama duduk berbual mengukirkan senyuman kecil.

"Allahu Akbar, Annas. Kamu ke ? Pak Bakar ingatkan siapalah tadi" tuturnya.

Minghao tersengih malu kemudian menghulurkan tangan mencium tangan lelaki tua tersebut sopan.

Tak lupa juga bersalaman dengan yang lain. Maka terbit jugalah rasa kagum mereka dengan anak muda yang penuh dengan adab tersebut.

"Sayalah Pak Bakar. Tokwan minta saya ke sini cari Pak Bakar. Dari Subuh hingga ke Zohor tak nampak, risau kalau Pak Bakar tak sihat" cerita Minghao sambil menghenyakkan punggung.

"Ah, Pak Bakar ke Kuala Lumpur. Hantar si Ashraf tu ke pusat tahfiz. Biar dia berilmu sikit macam kamu semua. Penat nak mengajar budak mentah tu"

Teringat semula kata - kata Minghao, dahi Pak Bakar berkerut kecil. "Eh, macam mana tokwan kamu boleh perasan Pak Bakar tak ada ? Ramai jemaah masjid, takkan Pak Bakar juga dicarinya ?"

Sampai ke topik yang mahu dikisahkan, Minghao akhirnya tersenyum sumbing. Anak mata kecilnya mengerling ke arah pakcik - pakcik yang mula menundukkan kepala di sekeliling mereka. Memang itu rancangan dia kesini.

Pak Bakar kemudian berpusing menghadap rakan - rakannya.

"Kamu semua tak ke masjid ya, Jalil ?" dia mengangkat kening.

Mewakili mereka yang lain, Pak Jalil berani mencebik membuat wajah.

"Ish, tak mahulah ke masjid. Hari ini Imam Ali cuti. Digantinya dengan budak mentah cucu Korea si Kassim tu. Entah nanti sah ke tidak solat kami"

Bam !

Bunyi meja dihentak mengejutkan semua orang. Hinggakan ada yang bangun berlari ke tepi. Wajah berang Pak Bakar dipandang berhati - hati.

"Lailahaillah. Busuk betul perangai kamu semua. Aku ingatkan aku saja yang busuk hati. Kalau Imam Ali dah percayakan budak tu, maknanya betullah budak tu boleh jadi imam. Jangan disebabkan sangka buruk kamu semua, boleh jadi fitnah. Berdosa besar tahu tak ?"

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang