𝗘𝗣𝟬𝟱 | 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗵𝗼𝗺𝗲𝗺𝗮𝗱𝗲

48 10 2
                                        

26 Ramadhan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

26 Ramadhan

"Hm, mana diorang ni ?" Junhui menggaru kepala pendek. Kain pelikatnya dibetulkan sambil dia berpusing - pusing lagi mencari bayang abang - abang sepupunya.

"Ahmad Farhan, tunggu apa tu ? Jom balik" panggil Pak Kassim menyalakan lampu suluh.

Mereka semua baru sudah menunaikan solat terawih dan kini bersiap - siap untuk pulang. Cucu - cucu Pak Kassim yang lain ada dah berlumba lari pecut pulang ke rumah. Perangai tak ubah seperti budak - budak.

Junhui saja yang tenang menyarung seliparnya mengirup angin malam.

"Sekejap, tokwan. Jun carik Seungcheol dengan Jeonghan hyung. Tak nampak pun diorang waktu keluar masjid tadi" ujarnya.

Entahlah. Habis saja imam memberi salam solat terawih yang terakhir, dua orang lelaki itu terus lesap dari indera mata. Kemana mereka pergi entah tiada siapa tahu.

"Balik dahlah kot. Kan kamu tengok si Danial dengan Syukri berlari - lari tadi. Kejarkan merekalah tu"

Junhui mengangguk. Dia membuka langkah membuntuti datuknya berjalan pulang. Mungkin salah pandangannya saja. Datuk dan cucu itu berjalan beriringan bersama - sama sambil si datuknya menjerit melihat gelagat cucu - cucu yang sakan berlari melompat di tengah jalan. Baru saja selawat selepas solat terawih tadi.

"Astaghfirullah, Aidil ! Wafie ! Kaki si Danish tu baru je nak sembuh ! Jangan didukungnya macam tu" marah Pak Kassim bercekak pinggang melihat Vernon dibuli oleh Wonwoo dan Mingyu di penghujung jalan. Sangka mereka tiada yang melihat.

Dari membuli, terus dua orang pemuda itu berlari terkedek - kedek mengejar sepupu mereka yang lain.

Chan pantas datang bantu memapah di belah kiri manakala Seungkwan memapah di belah kanan. Kali ini barulah senang hati Pak Kassim melihat Vernon mampu melangkah berhati - hati.

Bukan macam dua orang cucunya itu. Bikin sakit jantung sahaja. Mujur tak tercabut ke tanah.

+×+

Di sebuah lorong jalan yang sepi, terlihat dua orang pemuda sedang gelak mengekek menyalakan api lighter di tangan mereka. Sambil itu mereka berbisik sesama sendiri menyuruh masing - masing diam. Khuatir kegiatan mereka dikesan orang kampung.

Seungcheol mencapai kayu cucuh di sebelahnya lalu dinyalakan. Dia memandang Jeonghan seketika.

"Bakar, Cheol ! Kita bakar !" sokong Jeonghan menyuruh sepupunya membakar puntung meriam buluh buatan mereka sendiri petang tadi.

Perlahan - lahan Seungcheol menghalakan kayu cucuhnya ke punggung meriam tersebut. Mereka pantas melarikan diri setelah mendapati puntung itu memercikkan sebuah percikan api kecil.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang