𝗘𝗣𝟬𝟲 | 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗻𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮𝗵

51 8 1
                                        

Ah Chong terus bangun memanjangkan leher apabila melihat sebuah kereta SUV hitam diparkirkan di depan kedai runcitnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ah Chong terus bangun memanjangkan leher apabila melihat sebuah kereta SUV hitam diparkirkan di depan kedai runcitnya. Rasa tertanya - tanya siapakah pemilik kereta mewah tersebut.

"Uncle Ah Chong !" tegur Seungcheol turun dari kereta. Jeonghan yang baru turun juga ikut mengangkat tangan menegur.

"Ah, lu orang ka ? Cucu Pak Kassim kan ?"

Mereka berdua mengangguk mengiyakan.

"Aiyo, wa ingat pegawai mana datang mali bawak keta mahal - mahal. Wa mahu tutup kedai. Kedai ini tarak ada lesen nanti wa kena saman manyak susah wo" bebel Ah Chong sambil ketawa lega.

Seungcheol dan Jeonghan ikut ketawa sambil menggeleng. "Kalau kami pegawai, dah lama tutup kedai Uncle Ah Chong ni" balas Jeonghan menapak masuk ke dalam kedai.

Tuan kedai itu mengangguk. "Betul juga. Aiyaa, lu orang datang apa mahu ? Barang dapur habis ?" rasanya baru saja tempoh hari datang membeli barang dapur.

Dua orang sepupu itu berbalas pandangan lalu tersenyum senget. Sebuah senarai dibawa keluar dari poket selepas melihat keadaan kiri dan kanan. Lagaknya tak ubah seperti duo pencuri.

Mereka menunduk bersandar ke kaunter meanggil Ah Chong untuk datang mendekat.

"Kitorang nak buat meriam buluh yang paling gempak sekali" Seungcheol menghulurkan senarainya pada tuan kedai.

Ah Chong mengangkat kening apabila dua orang pelanggannya meletakkan jari di bibir seraya meletakkan not sebanyak RM50 di atas meja. Dia mengangguk faham lalu hilang di balik langsir masuk ke dalam stor belakang keadai mencari 'tepung' yang merupakan bahan utama permainan tersebut.

+×+

"Ha, nanti dah habis solat terawih tokwan nak kamu semua tolong muslimat kemas barang memasak dan basuh pinggan ya" pesan Pak Kassim dalam perjalanannya ke masjid kampung mereka. (muslimat - muslim perempuan)

Cucu - cucunya semua mengangguk taat. Itulah yang selalu Pak Kassim terapkan sejak mereka kecil lagi. Jika kaum Hawa memasak, mereka mengemas. Jika mereka perlukan pertolongan segera hulurkan tangan. Jadi bertimbang rasa sesama manusia kerana mereka saling memerlukan.

Mungkin sebab itu jugalah arwah nenda mereka Lee Yunhwa jatuh cinta padanya.

Keluarga besar tersebut sampai tepat bilal mengumandangkan iqamat panggilan solat. Masing - masing bergegas masuk mencari saf yang kosong. (iqamat - panggilan solat selepas azan)

Satu jam telah berlalu dan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat telah ditunaikan. Semua ahli masjid berkumpul bersalaman antara satu sama lain sambil bibir dibasahkan dengan selawat ke atas nabi junjungan.

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang