𝗘𝗣𝟬𝟳 | 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 & 𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺

50 10 2
                                        

27 Ramadhan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

27 Ramadhan

"Belum pernah ada babi hutan masuk masjid kita ni. Datang je cucu Kassim dari Korea tu terus musibat datang. Tak pasal - pasal kena mengemas di bulan puasa. Buang masa kita saja"

Pak Bakar membebel menggosok lantai dengan mop buruk masjid. Sambil itu dia menjeling Seungcheol dan Jeonghan yang takut - takut membantu menyusun kitab - kitab wakaf.

Masing - masing menunduk malu tak mahu mengangkat wajah tatkala mereka berdua menjadi tatapan ramai.

Kerana masjid dirempuh babi hutan malam semalam, Imam Ali sebagai pengerusi masjid telah memutuskan untuk mengadakan program gotong - royong membersihkan masjid. Sama jugalah untuk menyertu kawasan masjid sekali.

Pak Kassim diam memandang cucu - cucunya dari jauh. Dia tahu mereka itu nakal, tapi dalam nakal - nakal mereka tak adalah sejahat mana. Dia kenal cucu - cucunya sendiri. Bahu Seungcheol dan Jeonghan ditepuk untuk disuruh bawa bersabar saja.

Biarlah mulut orang mahu berkata apa.

"Alah, kau tu Bakar. Cakap je lebih. Kalau tak buat gotong - royong hari ni mana nak nampaknya muka kamu AJK masjid datang nak bersihkan masjid. Harap minta duit upah saja. Kerjanya tak jalan" tepis Pak Abu bercekak pinggang.

Pantang orang mengutuk keturunan sahabat baiknya. Lagipun dia kenal sungguh dengan jirannya itu. Baik dan penuh dengan budi pekerti. Nakal itu biasalah, darah muda.

"Anak kau Ashraf, mana ? Geng plastik hitam lagi ke ?" sindirnya lagi kerana masih belum reda rasa benci selepas mendengar Pak Kassim dikutuk depan - depan.

"Apa kau cakap, Abu ? Kalau berani ulanglah balik ! Anak aku tu dah bertaubat tau. Kau ingat sikit dia tu juara azan kampung kita ni dulu. Banding dengan budak - budak Korea ni ha, sepatah apa pun taktahu ! " batang mop dihempas ke lantai.

Dada Pak Bakar berkobar - kobar menahan marah sedangkan dialah yang mencetuskan api pergaduhan dulu. Pak Abu mengejek - ngejek sambil menjelirkan lidah. Ditambahnya lagi dengan sokongan dari Dokyeom, Seungkwan dan Soonyoung dari belakang bertambah semangatlah dia.

"Astaghfirullah, Bakar. Sudah - sudahlah tu. Ini kan masjid. Rumah Allah. Tak baik bertikam lidah" Imam Ali datang mencelah.

Barulah dua orang tua itu terdiam. Pak Abu mengerling pemuda - pemuda di sisinya yang menyokong kuat sejak tadi. Mereka berempat ketawa mengekek menutup mulut.

"Pfft, padan muka kena marah" bisik Seungkwan. Sepupunya yang lain mengangguk gelak.

"Itulah berlagak lagi. Kalau tak dah merasa penumbuk sulung Pak Abu ni ha. Kekeke" meriah sungguh mereka mentertawakan Pak Bakar di sana.

"Tak padan dengan tua. Kekeke" tambah Dokyeom pula.

Pak Abu yang paling tua di situ berhenti ketawa. Matanya menjeling Dokyeom tajam. "Kamu mengutuk aku tua ya, Danial ?"

𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang