Tamatnya solat Isyak, para makmum semua bersedia dengan saf masing - masing untuk meneruskan ke solat terawih. Imam Ali berselawat seketika sementara menunggu mereka bersedia.
Pak Kassim mengemaskan kain pelikatnya. Sungcheol dan Jeonghan di sebelah disuruh merapatkan saf. Takut nanti kelip mata, hilang lagi dua budak bertuah itu. Tak pasal - pasal dikejar babi hutan buat kali kedua.
Mata tuanya mengecil sejenak terlihat bayang tiga orang cucunya mengundur dari saf lalu keluar melalui pintu sisi masjid. Apa pula yang bakal dia hadapi nanti ?
Dahinya berkerut namun seketika kemudian kendur selepas kedengaran bunyi takbir dari speaker.
Setelah menghelakan nafas menenangkan diri, Pak Kassim ikut mengangkat takbir rakaat pertama.
+×+
"Ini kau punya. Yang ini kau punya" ucap Dokyeom menghulurkan dua pasang telekung pada sepupunya.
"Asal aku punya warna pink sia"
Telekung pink yang dipegang Mingyu diangkat lebar. Seungkwan menahan tawa sambil menekan perut. Telekung putihnya dibawa ke dada menunjuk - nunjuk bahawa telekungnya tiada bandingan.
Dokyeom menggeleng. "Ish, korang ni ! Sekarang bukan masa nak main - main. Cepatlah pakai telekung tu"
Kerana digesa, Mingyu dan Seungkwan ikutkan saja rancangan asal mereka. Ketiga - tiga tubuh tinggi lampai itu berjalan terjengket - jengket bersarungkan telekung masuk ke dalam laluan pintu muslimat.
Hujung kain telekung diangkat buat menutup separuh wajah mereka sebagai persembunyian. Sampai saja ke tempat saf belakang, masing - masing buntu mahu berdiri di mana memandangkan semua sudah bersedia untuk meneruskan solat terawih rakaat seterusnya.
"Eh, yang bertiga tu, cepat sini. Imam Ali dah nak mula dah" panggil Mak Biah isteri kepada Pak Abu.
Mingyu, Seungkwan dan Dokyeom berpandangan antara satu sama lain. Matilah kalau Mak Biah mampu mengecam wajah mereka satu - persatu.
"Er, baik makcik sekejap ya. Kami nak ke tandas" ucap Seungkwan sambil mengecilkan suaranya yang garau.
Mujur Mak Biah tak mengsyaki apa - apa. Wanita tua itu hanya mengangguk dengan senyuman lalu kembali fokus dengan solat sunatnya. Tiga orang pemuda tersebut menghembuskan nafas lega.
Seungkwan berkalih apabila terasa dirinya ditenung.
"Yang buat suara terkepit - kepit tu kenapa ?" bisik Mingyu menjengilkan anak mata.
"Lepastu ? Kau nak aku jawab dengan suara jantan aku ni ? Terkencing Mak Biah dekat situ kang !"
Seungkwan ikut menjengilkan mata. Entah dekat sini pun nak carik gaduh jugak si galah tak berilmu ni.
YOU ARE READING
𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 | 𝗌𝖾𝗏𝖾𝗇𝗍𝖾𝖾𝗇
Fanfic"Cucu - cucu kita dah balik, Yunhwa. Balik beraya" Kisah Pak Kassim dan cucu - cucunya bersiap sedia di seminggu terakhir ramadhan untuk menyambut kehadiran aildilfitri "Tokwan raya ni kita pasang lampu raya tau ?" "Ha iyalah. Tokwan ikutkan je" ...