"Cucu - cucu kita dah balik, Yunhwa. Balik beraya"
Kisah Pak Kassim dan cucu - cucunya bersiap sedia di seminggu terakhir ramadhan untuk menyambut kehadiran aildilfitri
"Tokwan raya ni kita pasang lampu raya tau ?"
"Ha iyalah. Tokwan ikutkan je"
...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
24 Ramadhan
"Ha, jadinya kamu semua tak boleh balik rayalah ye tahun ni ?" soal Pak Kassim menyembunyikan rasa kecewa di raut wajah.
Mata tuanya memerhati video anak - anaknya mengangguk melalui pertemuan mereka di laman Google Meet. Maklumlah, sekarang zaman IT. Jadi, gunakan apa yang ada.
Pak Kassim mengeluh kecil. Dia cuba mengukirkan senyuman namun dia tak mampu.
Sudah tiga tahun anak - anak cucunya tidak pulang beraya di kampung. Sayu saja dia setiap kali berkumandangnya takbir raya di pagi Aidilfitri. Orang lain menyambut bahagia tetapi dia menyambut sedih.
"Maaf ya, daddy. Dania janji tahun depan Dania bawak suami dan anak - anak balik" pujuk anak perempuannya.
"Haah, daddy. Mail pun sama. Tahun depan Mail janji bawak menantu cucu daddy balik tau"
Bermulalah sesi pujuk memjuk dari anak - anak dewasanya. Bukan apa, cuma janji - janji mereka itu sama sahaja seperti janji - janji sebelumnya. Langsung tak ditepati.
Pak Kassim menggeleng perlahan. Kali ini dia berjaya menguatkan diri untuk mengukirkan senyuman nipis.
"Tak apalah, kalau kamu semua tak sempat balik. Cucu - cucu daddy pun mesti sibuk. Tak mengapa, berayalah di Korea sana elok - elok ya ?" pesannya cuba menyedapkan hati.
Setelah berbalas khabar dengan semua, akhirnya anak - anak Pak Kassim mempamit diri. Katanya ada kerja yang lain perlu diselesaikan. Seorang demi seorang keluar mengucapkan kata - kata selamat tinggal kepada orang tua mereka.
Skrin Ipad bertukar hitam selepas dimatikan. Pak Kassim berdiri melontarkan pandangan keluar tingkap sepi.
Dia mengerling ke arah bingkai gambar di meja kopinya. Foto seorang wanita Korea ayu bertudung ungu disematkan di dalam bingkai tersebut.
"Yunhwa, nampaknya tahun ini kita beraya berdua lagilah ya sayang ?" bisiknya seorang diri.
Dielusnya lembut bingkai itu seperti bagaimana dia selalu belai wajah arwah isterinya, Lee Yunhwa yang telah meinggal dunia lima tahun yang lalu kerana sakit tua.
Pak Kassim bersandar ke sofanya merehatkan kepala melayan perasaan. Tanpa sedar, sebutir air mutiara gugur dari sudut mata seraya dia terlelap ke dalam dunia mimpi mengharapkan pertemuan bersama bidadari syurganya.
+×+
Knock ! Knock !
Kelopak mata berkedut milik Pak Kassim tergerak sedikit. Terasa tubuhnya bergerak dek pintu rumah diketuk seperti mahu roboh.
Pak Kassim terjaga. Dia terus bangun meraup muka yang mamai tergadah dari tidurnya. Sebuah kata Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk bernafas lagi diucapkan sebelum dia berdiri mahu menyambut pintu.
Badannya diregangkan sedikit mendekati pintu rumah yang masih bergegar.
"Iya. Iya ! Aku datang ni ha. Cuba bawak bersabar sekejap"
Tombol pintu dipulas tak tahan mendengar ketukan bagai orang gila itu lagi.
"Ada pun kamu. Aku ingat dah mati kejung dah sorang - sorang dalam rumah ni" ujar Pak Abu sejenak melibat susuk sahabat baiknya membuka pintu rumah.
"Eh, kamu ni Abu. Cakap elok - elok sikit. Bulan mulia ni. Mahu dimakbulkan doa tu nanti, aku datang memalam buta jadi hantu dekat rumah kamu karang. Udahlah mari tak bagi salam"
Mulalah Pak Kassim mahu membebel. Abu ini kalau dibiarkan mulutnya memang dekat boleh pergi. Dekat dengan neraka.
Pak Abu ketawa kecil. "Alah, Sim. Kamu ni. Aku gurau je. Kita dua - dua dah tua. Sampai ajalnya nanti matilah" pujuknya.
Senget saja bebola mata Pak Kassim memandang rakannya. Nasib kawan, kalau bukan memang sudah dia kejar dengan senapang gajah tergantung dekat dinding sana.
"Ha, ada apa kamu datang ni ? Selalu ajak pergi masjid je. Ini baru pukul lima. Tak tahan puasa dah ke ?" soalnya di depan pintu.
"Ish, tidaknya tak tahan puasa. Aku ni dulu je selalu ponteng, sekarang dah puasa penuh dah" balas Pak Abu.
Maklumlah zaman muda dulu, dialah pengerusi kelab plastik hitam.Tapi itu dululah.
Sebuah bekas kaca dihulurkan.
"Ini ha, bini aku masak cili padi. Disuruhnya Jenab cucu aku hantar. Tapi bila Jenab bagi salam tak ada pulaknya kamu nak jawab. Itu yang aku datang ke mari tu. Risau pengsan ke apa"
Segar pulas wajah Pak Kassim seketika. Dapat lauk free seperti ini maknanya tak perlu masaklah dia nanti nak berbuka puasa.
"Allahuakbar. Terima kasihlah, ya. Aku tertidur tadi. Tak perasan pula ada orang datang" baru nak nampak senyumnya.
Pak Abu mengangguk kecil.
"Eh, Sim. Anak cucu kamu tak balik ke ? Jenab yang duduk jauh tu pun dapat cuti. Cucu kamu mana ?"
Sengihan Pak Kassim berubah sedikit kendur. Dia menggeleng perlahan sebagai jawapan.
"Macam tahun lepaslah gayanya. Tak balik jugak" jawabnya pendek.
Terdengar perubahan nada suara sahabatnya Pak Abu diam sejenak. Menyesal pula mengungkit topik satu itu tadi.
"Tak apalah, Kassim. Aku dengan anak cucu kan ada ? Kamu datang je beraya rumah kami nanti. Meriah jugak" pujuknya.
Pak Kassim hanya sekadar tersenyum. Dia tahu niat baik Abu tersebut langsung tidak membawa maksud tersirat.
"Hm, aku balik dululah ya. Kamu kalau ada apa - apa telefon je aku tau. Rumah kita berapa tapak je pun. Tahulah aku datang nanti" pesan Pak Abu buat kali terkahir sebelum dia pergi.
Pintu rumah dikunci lambat. Rasa teruja mahu berbuka lauk cili padi tadi mulai pudar. Dia hanya merenung kosong lauk itu tak berperasaan teringatkan Pak Abu yang berbuka hari ini bersama anak cucu.
Pasti meriah.
Lamunan lelaki tua tersebut terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta di laman rumahnya. Untung tak terlepas lauk di tangan.
"Ish, siapa pulak yang hon rumah aku ni. Kalau anak si Abu ni tahulah aku nak kerjakan" pintu rumah dibuka sekali lagi selepas meletakkan mangkuk kaca tadi ke atas meja.
Terlihat tiga buah kereta hitam SUV dipakirkan berderet di depan rumahnya. Pak Kassim mengecilkan anak mata saat pintu - pintu mobil mewah itu terbuka.