Hi semua.
Nama saya Mikael Sahaja.
Buku Kisah Cinta Budak Sekolah (KCBS) dengan rasminya menemui pembaca pada awal tahun 2017. Bermakna, sudah lima tahun ia berada di pasaran.
Saya secara jujurnya ada sedikit tidak puas hati dengan penghasilan buku tersebut. Kerana ia di edit secara kasar tanpa melalui saya sendiri sebagai penulis asal. Anak sulung saya tersebut menemui pembaca tanpa saya sendiri melihatnya untuk kali terakhir.
Ditambah pula dengan komen segelintir pembaca tentang bahasa-bahasa kesat yang digunakan dalam buku tersebut (sedangkan dalam versi asal, hampir tak ada bahasa kesat, terutamanya sebutan "Kimak")
Lima tahun saya bersabar dan akhirnya ia meletus juga.
Pada saya, KCBS versi asal berhak untuk menemui pembaca supaya mesej asal cerita tersebut sampai.
Jika anda adalah pembaca KCBS versi novel, saya menjemput anda semua untuk membaca semula karya tersebut dalam versi yang asal ini. Supaya rasa yang mahu saya hadiahkan kepada kalian sebagai pembaca, sampai dengan baik.
Jika anda tidak pernah langsungmembaca KCBS, selamat datang. Sila pakai tali pinggang keledar dan bersedia. Emosi anda akan bergetar dengan jayanya.
Semoga kita semua menemui sesuatu yang baik dari karya ini.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)
HumorIni kisah tentang seorang budak lelaki gemuk yang cuba hendak bercinta. Atau sekurangnya hendak ada sebuah hikayat cintanya sendiri. Tapi sayang, sudahlah gemuk, malah tidak begitu hensem pula. Eh, kenapa kalian ucapkan kasihan pada aku? Ini bukan c...