Januari 2003: Darjah Enam
Jadi secara rasminya bila masuk ke Darjah enam ni, Nana sudah tak ada. Dah pindah ke Perak (berambus ke Perak bagi gadis-gadis berwajah buruk yang jeles dengan Nana). Maka persoalannya disini, siapakah yang bakal menggantikan tempat Nana? Maksudnya, jadi gadis yang disayangi, disukai, dan menjadi penanda aras kepada gadis cantik di sekolah? Ketahuilah, ia merupakan satu tugas sukar di sekolah agama.
Tapi, Nana ni punya comel, dah la ranking sekolah agama pun dia pegang, ranking sekolah harian pun dia sapu habis. Maka, kau boleh bayang kan macam mana keadaan angau si Izam tu pada Nana. Sekolah agama kena, dekat sekolah harian pun kena. Tak ada rehat langsung. Kalau zaman tu, Nana dah tengok filem-filem barat yang menampilkan watak seorang gadis nakal menjadikan lelaki yang meminatinya sebagai hamba, aku rasa sekarang Izam sudah boleh slow-slow hantar surat resign berhenti jadi manusia.
Aku? Please la. Kau ingat aku nak angau ke deng....by the way, dalam diam semua orang mula berebut nak rampas takhta yang ditinggalkan oleh Nana. Aku cakap begitu sebab slow-slow sorang demi sorang bila gelak bunyi hikhikhik.
Sorang demi sorang acah-acah nak berbaik dengan Adam.
Sorang demi sorang acah-acah nak jawab semua soalan yang ditanyakan oleh cikgu di dalam kelas.
Semua perlakuan aneh ni aku, Adam dan lain lain perhatikan sambil gelak kehkehkeh. Aneh sebab like hell ada impian nak gantikan Nana tu apsal? Gelak kehkehkeh sebab korang semua buruk.
Except for this one girl.
Feeza.
Ataupun Siti Hafeezah Bt. Ahmad.
Feeza ni aku boleh kata 1st runner up la nak gantikan si Nana. Sebab?
Dia comel. 8/10.
Dia pandai. 8/10.
Dia putih. 9/10 (Saing saing Nana).
Dia gelak hikhikhik (8/10).
Dia free hair rambut lurus hapok la comel bila rambut dia gerbang gerbang sikit tatkala angin tiup (Seratus Ribu Juta Trillion Double Square/10).
Maka, dalam hampir belas-belas orang yang acah-acah nak gantikan Nana tu, baik bandingkan diri dengan si Feeza ni dulu. Sebab, kalau dengan si Feeza ni pun kau tak boleh nak lawan, maka jangan kau bermimpilah nak bersaing dengan Si Nana Bidadari Syurga Dunia kami semua. Jangan mimpi!
Elok saja kitorang nak letakkan penanda aras gadis cantik pada si Feeza ni, berlaku sebuah kejadian yang mengubah segalanya.
*******
Satu hari tu, kami ada kem "Klinik Skor A UPSR" selama tiga hari dan diwajibkan semua pergi. Maka, kau aktif atau tak aktif, nak atau taknak, kau wajib jugak kena pergi kem ni selama tiga hari. Untuk pengetahuan, aku rasa ini 1st time jugak untuk Feeza ikut camping. Korang tahukan antara impian orang lelaki adalah untuk melihat gadis impian (amboi dah panggil gadis impian dah time ni) tatkala mereka baru bangun pagi tanpa mandi? Nak tengok comel ke tak comel. Tahukan?
Maka, pagi Sabtu, kami dikejutkan untuk solat subuh, dan sebaik lepas solat subuh, terus kena kumpul dekat padang buat senaman pagi paksa rela. Sebab dalam hati cukup menyampah dan mulut aku tak habis-habis maki abang-abang fasi tu bodoh. Sebab kejut orang pagi-pagi buta. Tidakkah mereka tahu akan hakikat bahawa orang ngantuk dan ni hari Sabtu kot. Berapa banyak kartun aku sudah miss?
Jadi, untuk mengelakkan dari rasa mengantuk berterusan, mata aku tercari-cari kelibat Feeza. Mana tahu, dengan kelibat dia mata aku mampu celik, mampu segar, mampu membuatkan otak aku cair dan pandai sekaligus berjaya mendapat 5A untuk UPSR nanti. Mana tahu.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)
HumorIni kisah tentang seorang budak lelaki gemuk yang cuba hendak bercinta. Atau sekurangnya hendak ada sebuah hikayat cintanya sendiri. Tapi sayang, sudahlah gemuk, malah tidak begitu hensem pula. Eh, kenapa kalian ucapkan kasihan pada aku? Ini bukan c...