March 2002: Darjah Lima
Kau jangan ingat sebabkan ini sekolah agama, maka perasaan cinta tu berhenti rehat solat sunat pulak dekat surau berhampiran bagi menghormati sekolah agama itu.
Tidak, tidak, dan tidak.
Syaitan akan terus menghasut supaya rasa cinta dan ingin bercinta itu akan diteruskan. Atas sebab itulah disetiap sekolah, mesti ada satu makwe yang digelar legend. Makwe yang menjadi penanda aras kepada istilah Gadis Cantik. Makwe yang menjadi lambang kebanggaan kalau budak sekolah lain tanya;
"Sekolah kau ada siapa je? Semua buruk!" dan kau boleh jawab dengan angkuh dan yakin;
"Eh hello, sekolah kitorang ada awek cun nama (isikan nama gadis cantik disini) hokay!"
Mesti ada.
Dan sekolah agama aku pun ada la jugak seorang wakil. Mana boleh kalah beb.
Nama dia Nana.
Semua orang sukakan Nana ni. Hatta, kucing dekat kantin yang pernah cakar semua orang dekat dalam sekolah agama ni pun bila nampak Nana, serah perut minta diusap.
Dah kalau semua dah suka, takkan aku acah-acah rebel nak membenci kan? Masa mula-mula aku Nampak Nana ni pun aku angau.
Bagi aku masa tu, Nana la segala sumber kekuatan untuk aku datang kelas walaupun aku demam teruk.
Nana la yang best.
Nana la yang world.
Nana la yang terbaik.
Rasa macam nak tengok bintang malam sama-sama.
Rasa macam nak pandang mata ke mata tanpa cakap apa-apa tapi rasa bahagia sama-sama.
Semua benda nak sama-sama.
Tapi, budak zaman itu bukan macam budak zaman sekarang. Sunat belum kering, dah gelupor nak bercinta sambil ucap I love you bagai. Zaman aku dulu siapa yang mengaku bercinta, mereka automatik akan digelar tak cool dan jambu (Ya, digelar jambu juga masa tu bukanlah sesuatu yang boleh kau banggakan sebab jambu digambarkan sebagai seorang lelaki lembut yang kalau ajak main bola, main polis sentri, dia taknak. Tapi, bagilah dia peranan sebagai seorang surirumah dalam permainan masak-masak, dia punya happy macam gadis belasan tahun zaman sekarang dapat hadiah IPhone 13 Pro Max sebab jadi yang nombor satu dalam kelas masa peperiksaan Akhir Tahun Darjah dua).
Jadi, perasaan cinta yang aku ada tu, aku diamkan.
Sampailah terkantoi sebab satu kejadian tu.
Aku masih ingat, semasa aku darjah 5, betul-betul sebelum Nana nak pindah Perak.
*******
Subjek Ustaz Syaitan akan bermula dalam 10 minit lagi. Kelas pertama untuk hari tu dan aku sampai awal. Aku dekat kelas Ustaz Syaitan ni memang terkenal dengan kepoweran menyiapkan kerja rumah tajwid. Sebabnya, aku nak elak kena marah dan dilibas dengan rotan. Lagi satu, sebab lepas ni pun subjek Ustaz Syaitan tu. Aku tak perasaan marah Ustaz tu terbawak-bawak sampai ke subjek seterusnya iaitu Bahasa Arab. Kelas Bahasa Arab ni memang confirm-confirm aku tak boleh perform. Dah kalau dua-dua kelas dia aku tak perform, tak ke nanti aku akan dirotan kuat sampai aku terberak-berak? Taknak aku.
Maka, aku pun masuk ke kelas dengan satu rasa yang penuh yakin. Tanpa sengaja, mata aku terpandang pada buah hati pengarang jantung nan sorang ni.
Nana la of course.
Aku nampak dia tengah busy gelupor entah buat apa. Dan, dia terpandang aku. Mata ke mata. Aku terpaku tapi aku cepat-cepat kalih pandangan. Bukan apa, aku takut aku termelutut sambil melamar je nanti. Ni mata pun dah curi-curi nak cari gelang getah mana-mana buat ganti cincin ni.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)
HumorIni kisah tentang seorang budak lelaki gemuk yang cuba hendak bercinta. Atau sekurangnya hendak ada sebuah hikayat cintanya sendiri. Tapi sayang, sudahlah gemuk, malah tidak begitu hensem pula. Eh, kenapa kalian ucapkan kasihan pada aku? Ini bukan c...