BAB 9: BAHAYA BERDUA (Terutamanya pada waktu malam)

51 4 3
                                    

Ada banyak benda yang aku belajar sepanjang 13 tahun aku hidup ni. Dan salah satunya yang ialah;

Jangan keluar berdua dengan gadis yang kau tak suka. Terutamanya pada waktu malam.

Sebabnya?

3 Minggu sebelum Double Date

"Alif di atas Aa. Alif di bawah Ee. Alif di depan Uu. Aa. Ee. Uu," baca Aiman, adik si Adam bersungguh.

"Hm. Betul," ujar Ustazah Mariam sambil mengangguk.

Aku menguap. Bosan. Entah mengapa, kalau setiap kali aku sampai ke tempat mengaji ni, mesti aku menguap dan bosan. Dan aku rasa, macam dah sejam dekat sini. Tapi setiap kali aku tengok jam, mesti baru seminit berlalu. Macam sekarang, baru pukul 8.05 malam. Aku sampai tadi rasanya tepat pukul lapan (8). Jam ni jarumnya rosak ke? Ini amat neraka untuk sebuah kerja-kerja yang boleh memudahkan kau untuk masuk syurga. Kelas mengaji diadakan betul-betul di ruang tamu rumah Ustazah Mariam. Kami beramai-ramai akan duduk bersila di situ dan menunggu giliran masing-masing bagi membacakan ayat al-quran di hadapan Ustazah Mariam. Jika ada bacaan yang tidak betul, akan diperbetulkan semula oleh Ustazah Mariam. Sesi dijalankan sorang demi sorang.

20 minit berlalu dan giliran aku pun tamat. Selepas menyalam Ustazah yang mengajar aku tu (secara berlapik), makanya aku pun keluar. Tak boleh balik terus. Sebab kena menunggu sama si Adam tu habis mengaji. Yang Adam ni pun satu, dah dekat 3 bulan mengaji tapi huruf jim dengan Kha pun keliru lagi. Tu pasal Ustazah aku kurang gemar nak bagi giliran mengaji ke dia awal-awal. Biar hujung-hujung supaya fokus boleh diberikan lebih. Yang si Adam ni, confirm dia rasa bosan tahap kurang ajar. Yela, kena duduk bersila menunggu macam tu. Walaupun datang awal, masih jugak kena balik lewat. Boleh jadi beremosi perginya.

Tapi yang aku pulak, lagi la emosi. Habis awal pun, kena menunggu jugak. Pernah sekali aku main balik saja tak tunggu si Adam ni. Seminggu jugak la Adam taknak bercakap dengan aku. Kalau nak minta pinjam barang masa kelas agama pun, main angkat-angkat kening . Lahnet.

Aku pun ambil keputusan nak menunggu di basikal aku saja. Mudah. Elok saja Adam habis, boleh terus balik. Jadinya aku pun keluar, menyarung selipar dan hendak bergerak ke basikal aku.

Dan masa itu la aku ternampak dia.

Seorang gadis. Cantik? Aku tak pasti. Wajahnya cuma aku nampak dalam samar-samar cahaya lampu jalan dan cahaya bulan. Dia kurus. Sedang duduk di atas basikal sambil memegang handle. Berambut kerinting sedikit tetapi diikat toncang satu.

Dia mengalih matanya ke aku yang sedang keluar. Mata bertemu mata. Aku rasa janggal. Kemudian, cepat-cepat dia pandang ke tempat lain. Lahnet. Hensem sangat ke aku ni sampai dia jadi segan? (Jangan judge).

Basikal aku pulak agak hampir dengan tempat dia menunggu. Ini tak guna. Aku boleh bayangkan beribu-ribu moment-moment awkward yang akan berlaku kalau aku duduk dekat dengan basikal aku yang hampir dengan dia, tapi sepatah haram pun kami tak berbual. Tambahan pulak, cuma dia seorang sahaja manusia yang ada di luar ni. Selepas kejadian aku balik membuta tuli tu, sampai sekarang Adam tak bagi adiknya keluar dari rumah mengaji walaupun dia dah habis awal. Dia risau adik dia kena apa-apa. Jadinya, ya. Untuk 20 minit yang mendatang ni, akan Cuma ada aku, dan dia saja ada di luar rumah mengaji ini.

Ok, aku dah tahu nak berbual apa. Aku pun berjalan menuju ke basikal aku, duduk sambil kaki berperanan sebagai tongkat.

"Tunggu siapa?"

Dia memandang aku, sambil buat muka pelik. Mungkin tak sangka yang aku hendak berbual dengan dia. Atau mungkin tak sangka orang yang tak hensem macam aku, ada keberanian nak berbual dengan gadis seperti dia.

"Seperti dia" tu, aku tak kata cantik ok. Aku tak pasti lagi ni.

Dan yang "tak hensem" tu, aku sedang cuba jujur dengan diri sendiri.

Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)Where stories live. Discover now