BAB 5: HARI PERTAMA SEKOLAH (Dan Pembalasan Sebenar)

45 4 0
                                    

2004: Tingkatan Satu.

"Weh tunggu aku!" jerit Izam dari jauh sambil berlari ke arah aku. Aku pun perlahankan langkah.

Hari ni hari pertama sekolah. Aku, Ajib, Man Gelabah, Adam dan Izam dah masuk Tingkatan Satu dan kami berjaya dapat satu sekolah. Disebabkan rumah aku dengan Izam ni dekat nakharam, maka kami berdua memilih untuk jalan kaki saja ke sekolah.

"Kau tau apa azam aku tahun ni?" tanya Izam tiba-tiba semangat lain macam.

"Kau nak...focus study? Sebab awal tahun ni ada ujian...."

"Aku nak tackle seorang awek sampai dapat!" jerit Izam tiba-tiba sambil disambut oleh pandangan lain macam pelajar sekeliling.

"Woah. Hm ok. Boleh aku tanya kenapa?"

"Kau ingat lagi tak sejarah-sejarah cinta aku yang lepas?"

Siapa tak ingat. Yang Izam minat ke Nana tapi Nana minat ke Adam dan akhirnya membawa kepada tragedi mengoyak buku dan perpindahan Nana ke Perak. Sampai Izam hilang selera makan. Biasanya paling kurang Izam ni bila makan, confirm dua bungkus. Selepas frust, cuma setengah bungkus saja.

"Ingat. Yang kau sampai hilang selera nak makan tu. Dah tu? Apa kena mengena dengan azam kau tu?"

"Aku nak move on. Nana bukan best pun. Dan sebenarnya sejak tahun lepas lagi, aku dah ada dah sorang gadis yang aku minat," ujar Izam sambil tersenyum gatal. Tak padan dengan muka tembam pergi bantai senyum sampai naik pipi mata sepet.

"Haha, baguslah macam tu. Bukannya elok mengenang kenangan lalu lama-lama."

"Tapi benda ni, aku tak boleh buat sorang."

"Hish, kau buatlah sorang. Azam kau kan?"

"Kita buat berdua la. Biar bersemangat sikit. Kau tu tak ada minat siapa-siapa ke?"

Minat siapa-siapa? Hish mana mungkin sekadar minat. Ini adalah cinta! Dan dia juga bukan siapa-siapa. Ingat Fatin? Gadis yang aku curi-curi ambil gambarnya tahun lepas? Gadis yang berjaya buat aku hendak genggam sebijik epal sampai pecah pada lelaki durjana yang cuba berbual dengan dia? Kalau ingat, bagus.

"Aku ada minat sorang ni," ujar aku segan segan.

"Cantik! Kita boleh mula misi yang sama untuk tahun ni! Bagitau la kau suka siapa?"

"Hish, mana boleh. Kau la bagitau dulu, kau minat siapa?"

"Ala kau la bagitau dulu."

"Kau la bagitau hik hik..."

"Kau la dulu hik..."

"Kau la, aku malu lah hik hik..."

"Hik hik kau la..."

"Hik kau la hik hik kau la dulu..."

Bolak balik tu berulang sampailah kitorang sedar yang perbuatan tu sumpah mengelikan dan sudah ada mata-mata abang senior yang lemah lembut menangkap kami dengan pandangan mata amat bahaya sambil menggigit bibir. Ah! Susahnya jadi budak cute ni! (jangan judge).

*******

"Wait, Izam tak bagitau ke? Perempuan yang dia tergilakan tu siapa? Dia tergilakan Fatin tau," ujar Adam separa jerit.

Aku dengan Adam bukan sekelas. Ni pun berjumpa sekejap dekat Koperasi. Tak lain, nak bercerita pasal azam si Izam ni la. Tapi tunggu sekejap. Apa kejadahnya Izam ni boleh pergi bantai minat ke Fatin aku pulak ni? (Nampak? Pemilikan tu aku dah buat dah tu. Izam, tolong berambus). Kesian pulak Izam ni. Terpaksa dikecewakan oleh aku (yakin).

Maaf, Izam.

Makanya, dalam kepala aku sudah mula plan beberapa langkah yang perlu aku buat supaya ia boleh buatkan Izam hilang minat pada Fatin.

Sebab aku sayang persahabatan ni. Aku ingat lagi Izam pernah tarik muka tahap nak bertumbuk dengan si Adam tu sebabkan kes Nana. Dan juga, Izam ni kaya lain macam. Kalau dia tahu yang aku pun turut minat Fatin, dah tak ada lagi peluang dibelanja makan oleh Izam lagi. Jangan judge ya. Siapa tak suka pada makanan percuma?

"Aku bukan apa Hafiz. Aku kesian ke Izam tu. Bahaya sebenarnya kalau dia nakkan si Fatin tu jugak. Saingan sengit lain macam ni," ujar Adam tiba-tiba.

Oh no, Adam. Kau jangan nak jadi bangsat. Semua gadis kau nak mengorat payah la macam ni. Mentanglah kau budak bola, budak sport. Dah la ramai makwe suka budak sport. Kau ingat aku takut ke nak bertumbuk dengan kau? Aku ada belajar taekwando tau tak? Dapat white belt lagi kau jangan main main Adam! Ujar aku dalam hati. Tapi yang terkeluar cuma;

"Oh."

Adam pandang aku pelik, Kemudian, Adam menggeleng laju.

"Apa? Kau ingat aku ke? Hish, tak la. Tak berani aku nak jatuh cinta dengan anak cikgu lagi. Mengundang tu."

Terlupa nak bagitau!

Masuk sekolah menengah ni baru kitorang tau yang ibu si Fatin tu merupakan Cikgu Bahasa Inggeris dekat sekolah. Agak taboo bagi Adam untuk bercinta dengan anak cikgu sekolah sebab dia rasa jatuh cinta dengan anak cikgu ni tak cool. Nanti dia perlu setia dan jika tidak, dia boleh ditimpakan masalah dari cikgu yang anaknya dipermainkan perasaannya.

Pernah sekali Adam di denda menulis "Saya takkan hantar surat cinta pada anak Cikgu Roshniati lagi" sebanyak 1000 kali atas kertas kajang. Walhal surat tu dah lama dah dihantar. Cuma bila Adam malas nak balas surat-surat tu sebab dah jatuh cinta pada orang lain, anak Cikgu Roshniati ambil keputusan nak bagi semua surat tu pada ibunya.

"Percaya cakap aku, jangan sekali-kali bercinta dengan anak cikgu. Bad idea." ujar Adam sekali lagi tentang pegangannya. Tegas.

"Habis tu siapa? Siapa yang boleh bagi saingan sengit sangat ke Izam tu?" ujar aku sambil keluarkan sikat dari poket dan sisirkan rambut ke belakang. Sambil tu, aku buat juga gaya paling macho. Tak sangka pulak antara aku dengan Izam ni, Adam lebih prefer aku untuk dalam kategori kacak. Damn, lagi la rasa bersalah untuk buatkan Izam benci kepada Fatin.

"Siapa lagi. Fandi lah," ujar Adam pendek

"Fandi???"

Fandi merupakan seorang atlit bola sepak yang agak power dekat sekolah. Atas faktor berupa, atlit sekolah, dan ada ketinggian yang lebih sikit dari budak sedarjah yang lain, ramai juga gadis yang berjaya tangkap cintan dengan beliau. Tapi, tak ada sorang pun yang berjaya menambat hatinya kecuali sorang gadis ni yang namanya dirahsiakan. Disebabkan aku teringin sangat nak perhatian para gadis, aku ada juga acah-acah jadi penyampai maklumat tentang ciri gadis yang Fandi minat tu. Maklumat yang diperoleh cuma ibu gadis itu seorang cikgu sekolah. Tak ada kerja la pulak nak kaji teruk teruk siapa gadis ni sebab Fandi tu lelaki. Siapa yang dia suka tak penting langsung bagi aku. Sampailah sekarang.

"Tapi Fandi kan dah pindah sekolah. Masuk sekolah Methodist dekat KL pulak tu."

"Betul. Tapi, aku ada dengar cerita diorang still lagi utus surat antara satu sama lain."

"Oh, ok ok," ujar aku perlahan.

Sumpah susah nak lawan Fandi ni. Tapi, Fandi jauh. Aku dekat. Kalau hari-hari aku ajak berborak, ajak berbual, lambat laun mana tau kan. berubah hati. Tak apa, tak apa. Slow slow.

"Tapikan..," ujar Adam perlahan.

"Apa?"

"Aku harap, kau janganlah bagitau Izam. Kau tau la, Izam tu pernah kata, dalam sekolah dulu, kalau ada gadis yang minat ke Fandi, dia boleh terus give up nak jatuh cinta dah. Sebab dia tau, dengan perut boroi dia tu, memang tak la ada mana-mana gadis nak jatuh cinta ke dia. Pada aku, kita bagilah dia harapan ni sikit walaupun palsu. Ok?"

"Ok."

*******

"Fatin dah ada pakwe dan pakwe dia Fandi yang pindah pergi sekolah methodist dekat KL tu!" ujar aku laju pada Izam.

Dan aku nampak, roh harapan azam tahun baru Izam baru je lepas terbang melayang dari anak mata dia. Roh tu jerit Nooooooooooooooooooooo!!!~~

Padan muka kau Izam.

Balasan April Fool tahun lepas.

Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)Where stories live. Discover now