PROLOG

153 12 22
                                    

2001

Aku mulakan cerita semasa aku di Sekolah Rendah Agama.

Ada satu benda yang kau kena tahu tentang budak sekolah agama ni. Walaupun dinamakan sebagai sekolah agama, ia tidak memberikan sebarang jaminan bahawa perangai budak sekolah agama ni Less Syaitonirrojim dari budak sekolah harian biasa.

Sampaikan aku ada satu fantasi ni. Kalau dekat sekolah biasa, jeneral syaitan terulung hantar dalam satu atau dua team bola bagi menghuru-harakan pemikiran budak-budak untuk buat gelupor. Tapi kalau dekat sekolah agama ni, dia hantar satu armada. Ya, macam nak hantar perang dekat lautan punya ramai nokhorrom.

Tu yang budak sekolah agama ni kalau kau rajin datang tengok diorang, jangan terkejut kalau ada yang kau nampak main kejar-kejar sampai melompat dari meja ke meja macam beruk lapar pisang. Itu biasa je semua tu. Biasa.

*******

Dekat mana-mana sekolah agama, mesti ada satu Ustaz Awesome dan satu Ustaz Syaitan. Ustaz awesome adalah Ustaz yang kau boleh rilek gelak-gelak dan masih mahu belajar dalam kelas dia.

Kalau Ustaz Syaitan ni pulak, kalau dia terdengar kau bersin tak ucap Alhamdulillah pun, dia boleh marah kau sampai tahap boleh buat kau rasa separuh dari diri kau tu dah tak Islam. Biasanya Ustaz Syaitan ni mana ada orang suka, kan? Dalam nama pun ada syaitan.

Mungkin sebab faktor subjek yang diajar pun main peranan nak melabelkan Ustaz ni. Biasanya Ustaz Awesome, dia ajar subjek macam Akhlak, Sirah, Feqah. Semua subjek yang kurang stress dan hanya mengingat. Manakala Ustaz Syaitan pulak biasanya mengajar subjek Tajwid dan Bahasa Arab. Sesuatu yang entah mengapa boleh buat kau benci pada semua orang Arab yang masih hidup sebab kau tak faham satu apa pun.

Dan jugak, Sekolah Agama ni tidak langsung menghalang curiosity kau terhadap sesuatu perkara. Contoh macam pada lelaki, pasal bersunat.

*******

Oktober 2002 : Darjah Lima

"Eh, kau ingat tak Ustaz Awesome hari tu kata apa? Kalau tak sunat, tak boleh kahwin tau."

"Yeke? Habis tu, kalau sunat nanti, macam mana nak kencing? Keluar ikut bontot ke?"

"Ayo taktak yok, kau sebut bontot. Dosa dosa."

"Habis tu kau sebut tak apa pulak?"

"Aku tak apa. Aku pagi tadi solat Subuh. Dosa dah cover."

Dalam perbualan penuh emosi dan bertukar-tukar pandangan oleh enam kanak-kanak comel berkenaan sunat ni, aku nampak seorang saja yang sedang betul-betul ambil serius.

Izam.

Sebab Izam memang diketahui semua minat tahap mahu berjalan berpimpin tangan di taman bunga sambil menghirup udara pagi nan segar dengan Nana.

Oh sekejap. Siapa Nana ni? We will get into that.

"Aku dah sunat," ujar Adam tiba-tiba yang sekaligus menarik perhatian semua yang sedang duduk bercerita di tepi kantin. Di tangan masing-masing, memegang plastik yang berisi keropok lekor.

"Betul ke weh? Aku nak tengok! Nak tengok," jerit Man Gelabah sambil berlari menarik sampin Adam.

"Eh, tak boleh tengok la gila! Kakak aku kata tak boleh bagi orang tengok. Nanti benda ni jadi besar. Tengok orang punya pun tak boleh nanti korang punya pun jadi lagi besar! Faham tak?" marah Adam.

Bila difikirkan, boleh tahan jauh jugak permikiran kakak Adam ni. Kakak Adam baru sekolah menengah aku rasa masa tu. Dan jugak kakak dia anak sulung. Satu-satunya adik beradik lelaki dalam keluarga adalah Adam.

"Jadi kiranya kau dah boleh kahwin la ni?"

Adam tak jawab. Tapi dia depa tangan gaya angkuh. Memang Adam antara budak paling kacak antara semua. Dan jugak ada khabar angin mengatakan bahawa Nana pernah ditangkap menulis "Nana <3 Adam" dalam lebih kurang 1000 kali dekat dalam sebuah buku nota yang kemudian telah dicarik-carik oleh seorang lelaki misteri di kelas (aku syak ini mesti kerja Izam ni). Hakikat bagi kejadian itu ternyata membuatkan Izam, cemburu.

Kalau dah dahi kerut-kerut sambil muka macam memikirkan sesuatu, tangan genggam penuh azam dan mata bertekad seolah sudah mencapai kata putus itu kau tak kata kerana rasa cemburu, aku tak tahulah kau nak kata apa lagi. Takkan happy pulak. Aku nampak semua tu.

Kenyataan aku ini dikuatkan lagi dengan kejadian yang berlaku selepas itu. Tepat jam 5.30 petang apabila bunyi loceng berbunyi, Izam berlari tak menyempat-nyempat nak sampai ke pagar sekolah, walaupun mak dia masa tu masih belum sampai. Kau bayangkan la, kitorang yang jalan slow-slow ni pun dah boleh tunggu sekali dengan dia.

"Mak! Izam nak sunat mak! Nak sunat!" jerit Izam sebaik sahaja maknya tiba bersama kakaknya Izam.

"Eh, tak boleh Izam. Kena tunggu cuti panjang nantilah."

"Izam tak kira! Izam nak sunat jugak! Izam nak sunat sekarang!"

"Kau ingat bersunat ni macam potong timun ke dik? Potong hari ni, esok dah baik?" ujar kakak Izam.

Dan sekali lagi bila aku ingat balik, aku rasa macam nak tergelak. Terus aku anggap yang kakak Adam ni Super Gatal.

*******

Jadi, cuti sekolah orang lain masa bulan 12 sebelum Darjah Enam diisi dengan main bola, main basikal dan pelbagai lagi jenis main yang difikirkan masa tu tidak berdosa dan tak melibatkan perempuan, Izam hanya terbaring sambil menunggu luka sunatnya kering.

"Aku nekad Hafiz, bukak je sekolah ni, aku nak masuk merisik Nana."

Air oren yang aku minum tadi sedikit tersembur dalam cawan.

"Kau gila ke? Habis nanti kau nak bagi Nana makan apa? Pasir? Batu?" ini pengaruh drama melayu yang aku selalu tengok Pukul 10 malam hari Sabtu.

"Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia," ujar Izam tenang. Ini juga akibat dari pengaruh drama melayu Pukul 10 hari Sabtu.

"Kalau Nana taknak?"

"Aku akan pujuk. Aku suka dia, Hafiz. Betul betul punya suka. Bukan main-main lagi dah."

"Kalau mak kau tak setuju?"

Izam diam. Pelan-pelan dia tengok jendela sambil pandang jauh. Ambil mood Panjang sambil dalam kepala tengah merangka satu ayat killer yang baik. Ya Allah, aku betul-betul yakin yang Izam ni banyak sangat tengok drama La Usurpadora. Bila difikirkan, kami baru nak masuk darjah enam la setan.

"Dia...kena setuju."

Aku tahu benda ni memang mustahil nak jadi. Mustahil total. Tambahan pulak bila aku sudah dapat satu info ni, lagilah mustahil benda ni nak jadi.

Tapi, aku dan rakan-rakan perlukan hiburan di hari pertama persekolahan agama.

Maka, terus aku simpankan sahaja berita yang Nana dan keluarga dah seminggu berpindah ke Perak sebab Ayah Nana kena transfer tempat kerja. Niat melawat yang mulanya sekadar pemberitahuan berita sedih terus bertukar kepada sebuah cerita separa kelakar yang bakal disampaikan kepada sahabat handai lain di padang bola petang karang.

Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)Where stories live. Discover now