BAB 3: APRIL FOOL (Dendam yang kembali)

62 6 5
                                    

Mac 2003: Darjah Enam

"Kau taknak balas dendam balik pada diorang ke?" tanya Izam seminggu sebelum Hari April Fool disambut oleh kaum yahudi dan kaum bukan yahudi tetapi berfikiran syaitan.

"Aku dendam la jugak sikit-sikit. Tapi, entahlah. Sambut April Fool ni berdosa. Kan Ustaz Awesome dah cakap dah tahun lepas. Yang kau ni kenapa semangat lain macam pulak tiba-tiba?" tanya aku. Curiga sebenarnya ni. Curiga.

"Tak ada lah. Tahun lepas kan kau dah kena. Bukan main kesian aku tengok. Seminggu lebih kitorang bahan kau pasal benda tu. Man Gelabah kau ingat tak? Gelak sampai terbatuk-batuk tau masa tu."

Terus aku terkenang kembali kejadian tahun lepas. Di mana aku menangis di bawah shower akibat diperdaya syaitan-syaitan kecil yang aku ingatkan sahabat. Sayu betul perasaan ketika itu. Api dendam yang dah terpadam sikit-sikit tu mula menjadi bara semula seolahnya baru dipercikkan beberapa titis petrol Ron 95.

''Kalau betul aku nak balas dendam, yang kau ni kenapa? Bukan kau pun terlibat sama ke dalam komplot yahudi tu?"

"Hish. Bukanlah! Yang plan benda tu semua sebenarnya Man Gelabah dengan Adam. Diorang yang semangat lebih. Aku ikut je," ujar Izam bersungguh.

"Kalau dah ikut, sama setan la jugak tu."

"Kau tak faham Hafiz. Kau tak ada masa tu. Diorang kata kalau aku tak join, aku akan kena pulau. Diorang taknak bagi aku tumpang basikal diorang pergi sekolah. Penatlah aku nak jalan kaki."

Aku diam sambil memikir. Dan sebenarnya, tengah timbang tara. Nak biarkan saja memori jadi memori yang akan terus menikam kalbu, ataupun nak mengubah memori kepada sebuah kemenangan abadi. Kemudian, aku teringatkan scene di mana Man Gelabah gelakkan aku sampai terbatuk-batuk. Dan kali ni, syaitan berjaya dalam misinya menghasut manusia agar saling membalas dendam.

"Baiklah, aku setuju."

"Bagus. Kalau kau setuju, aku ada plan," ujar Izam sambil senyum serupa syaitan.

Setan betul perangai.

*******

"Boleh percaya ke plan kau ni Izam?" tanya aku pada Izam. Nampak benar kenapalah selama ni bukan Izam yang jadi ketua dalam hendak plan benda-benda jahat dan best.

Izam rancang untuk menulis dua pucuk surat kepada Adam dan Man Gelabah. Dua-dua surat itu sudah pastinya dari gadis paling jelita dalam sekolah agama ini iaitu Siti. Ditulis yang Siti sebenarnya ada menaruh hati pada mereka. Maka, ingin berjumpa di pokok besar belakang sekolah agama untuk berbual lanjut. TAPI, perjumpaan itu harus dirahsiakan dari semua orang. Akhirnya nanti, Man Gelabah dan Adam akan duduk menunggu sekali di tempat yang sama untuk bertemu dengan orang yang sama (yang semestinya takkan muncul) sehingga ke waktu Maghrib.

Oh ya, Siti.

Selepas Nana, Siti juga sikit lagi hendak dijadikan gadis penanda aras atas faktor kecantikkan dia. Tapi tu la. Ada cerita dia. Sebab tu kami lebih fokus kepada Feeza (sekolah harian) masa tu.

"Apa yang tak percayanya? Ok kan?"

"Siti tu kan dah terang-terang suka ke Adam. Apa yang nak dikenenkan lagi kononnya dia baru minat pada Adam?"

"Itu cuma khabar angin je la bodoh! Takkanlah Siti boleh minat ke Adam! Takkan!" ujar Izam marah tiba-tiba. Macamlah aku tak tau yang Izam ni pun ada menaruh hati pada Siti tu. Kesian Izam ni. Dari isu Nana, sampai ke Siti ni asyik kalah dalam persaingan. Janganlah dia pergi koyakkan pulak buku si Siti tu.

"Ok la ok. Lepas tu pulak, kenapa pokok belakang sekolah lagi? Bukan tempat tu aku kena ke dulu? Tak jadi syak pulak diorang?"

"Kau fikir, Man Gelabah tu kuat sangat ke pemikiran dia untuk ingat benda-benda lama macam ni?"

Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)Where stories live. Discover now