17 Mac 2004
"KAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!"
Itu adalah gabungan hilai tawa aku dan Izam. Kami kan dah jadi bestfriend balik. Jadinya, bila ketawa pada benda-benda yang sangat kelakar ini, kami perlu bersatu. Siapa boleh tahan beb. Cuba kau bayangkan, Man Gelabah. Gigi dia jongang sikit. Kepala dia macam lonjong. Telinga capang. Dah bayang? Good. Sebelum ni rambut dia kerinting panjang jadinya nampak biasa je.
Hari ni sampai saja sekolah, terus nampak kepala Man Gelabah botak licin. 10 minit aku ketawa tak berhenti dekat kantin ni sampai berair mata. Izam gelak sampai tak ada nafas. Hiiiik, hiikkkk dah bunyi dia. Hm, kenapalah scene Izam gelakkan orang ni nampak familiar sangat.
Adam gelak jugak, tapi dia mula berhenti bila nampak Man Gelabah macam nak menangis. Aku pulak bukan tak cuba berhenti woi! Benda ni kelakar sangat!
"Dah la, dah dah. Izam, stop Izam. Stop. Hahaha," ujar aku pada Izam. Sebab aku nampak air mata Man Gelabah macam nak mengalir sikit tu.
"Hahaha, ok, ok. Jap, jap. Jangan marah sangat Man Gelabah. Kejap," ujar Izam sambil bergerak menuju ke Man Gelabah. Dihadapkan mukanya ke belakang kepala Man Gelabah, dikeluarkan sikat dari poket belakangnya.
"Sikat rambut kejap," ujar Izam sambil buat gaya menyikat rambut.
Barai.
Tak kira, aku ke, Adam ke, Ajib ke, gelak memang macam orang tak ada agama dah tu. Izam siap tepuk tepuk meja lagi.
Man Gelabah berang. Dicapainya beg dan bergegas berlalu meninggalkan kantin.
"Ha tengok! Dah merajuk dah member kita sorang. Woi Man Gelabah! Rilek la! Ish korang ni," ujar Adam sambil dia capai begnya dan segera berlari mengejar Man Gelabah.
"Kau la ni Izam, celaka apa buat lawak macam gitu! Teruk betul," ujar aku sambil singgung siku Izam. Aku nak jugak singgung siku Ajib sama tapi dia dah pergi ke kaunter kantin sebab nak beli karipap. Nakharam dia ni hidup untuk makan saja ke apa?
"Tapi kelakar, kan?"
Aku dan Izam pun, ketawa sekali lagi.
*******
31 Mac 2004
Sudah dua minggu berlalu dan aku masih lagi tertanya-tanya jenis balasan dendam apa agaknya yang si Fatin ni rancang nak kenakan pada Izam. Penat juga hari-hari datang memujuk guna cakap mulut ni. Kalau kami ni dah menikah, fuh pujuk pakai mulut jugak. Tapi tak keluar suara la. Astaghfirullahaladzim jauhnya menyimpang fikiran aku ni. Fatin tu, entah nak ke tidak pada kau, Hafiz. Hentikanlah berangan.
"Bagitaulah aku, apa yang kau nak buat pada Izam? Janganlah kenakan dia. Kesian dia," pujuk aku pada Fatin.
Seperti biasa, di waktu rehat selepas membuat semakan kehadiran setiap pengawas di tempat bertugas, aku akan datang ke sini untuk berbual kosong dengan Fatin. Niat aku baik datang melepak dekat sini hari-hari. Aku tak mahu dia di apa-apa kan. Sudahlah dia jaga tangga ni sorang-sorang. Bahaya!
Kembali ke babak di mana aku nak tahu apa yang Fatin rancang nak buat untuk kenakan semula Izam. Sengaja, aku menyorokkan sedikit tubuh badan aku di balik tembok. Bukan apa, kalau perlunya aku ke aksi melutut merayu, aku takkan teragak-agak.
"Hahaha, taknak aku bagitau. Nanti, tak surprise la kan!" ujar Fatin sambil acah-acah membaca buku yang dia bawak tu.
Kau bayangkan sepanjang dua minggu tu la aku bertanya benda yang sama pada Fatin dan macam tu la jugak Fatin akan jawab. Nasib baik gadis ini adalah Fatin. Kalau gadis ini adalah Leha ke, Senah ke, Nurul ke, 20 minit pertama aku dah malas nak ambik port dah. Mereputlah kau dengan surprise kau tu.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Budak Sekolah (Versi Asal)
HumorIni kisah tentang seorang budak lelaki gemuk yang cuba hendak bercinta. Atau sekurangnya hendak ada sebuah hikayat cintanya sendiri. Tapi sayang, sudahlah gemuk, malah tidak begitu hensem pula. Eh, kenapa kalian ucapkan kasihan pada aku? Ini bukan c...