Eshal Adriana
Seorang perempuan yang cantik. Berkulit cerah dengan mata yang berwarna hazel kerana dia mewarisi ibunya.
Dia juga baik hati dan rajin menolong orang. Eshal selalu merendah diri kerana dia sedar bahawa dia hanyalah gadis kampung biasa.
Walaupun sekadar anak kampung, dia masih tersenyum gembira apabila memiliki ibu dan ayah yang sangat menyayanginya.
Malangnya, hidup Eshal berubah sebaik sahaja Ibunya meninggal dunia.
Semuanya disebabkan satu peristiwa yang menyakitkan. Hanya dia, yang melihat semuanya dengan jelas.
'Hanya dia...
... melihat ibunya dibunuh'
Pada ketika itu, Umurnya baru sahaja berusia 5 tahun.
Ibu Eshal dibunuh dalam rumah mereka sendiri. Ianya terlalu kejam apabila dia dipaksa melihat peristiwa tersebut.
Dia tak mampu untuk membuat apa-apa. Hanya mampu menangis dan memohon untuk berhenti.
Eshal masih teringat keadaan ibunya ketika itu. Ibunya meraung untuk dilepaskan, dirogol tanpa rela dihadapan Eshal sendiri.
Manakala dia? hanya mampu menangis teresak-esak. Dia langsung tiada kudrat untuk menolong ibunya.
"Hahaha, Kau tak patut terima Ezkal, Dara..."Ujar lelaki itu sambil memakai tali pinggang. Dia bangun dari tubuh wanita itu.
Nur Andara, ibu kepada Eshal Adriana.
Dara menangis melihat wajah ketakutan anaknya sendiri.
"Sayang..."Panggil Dara tanpa pedulikan lelaki durjana itu. Dia memanggil anaknya dengan sayu.
"Ibu..."Panggil Eshal dengan tangisan. Si kecil itu mendekati ibunya.
"Shh.. jangan menangis sayang"Sedangkan dia juga menangis sambil memeluk anaknya.
"Maafkan ibu... Ibu sakit"Luah Dara tanpa sedar. Dia mengusap wajah anaknya.
"...Awak kuat sayang, jadi anak yang solehah ya untuk ibu dan ayah"
"Ibuu"
Pak!
"Argh! dalam keadaan macam ni.. kau masih nak ingat dekat bapa budak tu kan!"Meroyan lelaki itu apabila mendengar perempuan yang dia cinta itu masih bercakap perihal lelaki lain.
Dia menolak Eshal sehingga terhempas di dinding rumah.
"Ka-u jangan apa-apa kan anak aku. syaitan"Ujar Dara melarang lelaki itu. Dia cuba untuk bangun tetapi ditendang kuat oleh lelaki itu.
"Uhuk!"
"Ibu!!"Panggil Eshal kuat. Sungguh dia tak rela melihat ibunya sebegitu.
"Diam!"
Buk!
Wajah Eshal di sepak oleh lelaki itu.
"Aku dah cakap, jangan sentuh anak aku!"Marah Dara sebelum bangun perlahan-lahan.
"Aku benci dia! Dia anak kau dengan Ezkal!"Jerit lelaki itu sebelum mencapai gunting baju yang berada berhampiran mereka.
Dia mendekati Eshal yang sedang merapat di dinding.
YOU ARE READING
MRS. NOAH HAIDAR
Romance-MRS. NOAH HAIDAR- "...You're Mrs. Noah, remember this"Ujar NOAH HAIDAR dengan suara yang dingin. Matanya tajam menikam ke arah mata sang isteri. Dia mengenggam erat lengan putih isterinya. ... ... "Saya punca semuanya berlaku, tuan..."Tawa sakit k...