Tok! Tok! Tok!
"Noah bangun, kamu dah lewat nak pergi kerja ni"Panggil Dahlia dari luar.
Perlahan-lahan mata Noah mencelik, Biliknya masih lagi gelap.
Klak!
Pintu dibuka oleh Dahlia.
"Ya allah anak bertuah ni. Tak mandi lagi?!"Terkejut dia apabila melihat Noah masih terbaring di atas katil. Dia berjalan menuju ke langsir bilik sebelum langsir itu diselak.
Sinaran matahari memenuhi ruangan gelap itu.
Mata Noah mengecil apabila terkena sinaran matahari.
"Bangun Noah Haidar!"Arah Dahlia menggunakan suara tegas. Dahlia bertindak menutup aircord.
"Yaa ma..."Nyahut Noah serak. Dia bangun bersila di atas katil tersebut. Rambutnya serabai dibiarkan.
Dia membiar angin kipas menyapa tubuhnya yang tidak memakai baju.
"Pergi mandi, kejap lagi turun makan. Eshal
dah masak nasi lemak"Kata Dahlia sambil berjalan menuju ke pintu.Noah hanya diam di atas katil. Dia masih mamai. Matanya masih lagi mengecil. Ngantuk!
"Nasi lemak?"Soal Noah perlahan. Oh dah pagi.
Lantas dia bangun dari katil. Nak basuh muka.
********
"Eshal, Kamu buat apa lagi tu? Semuanya dah terhidang dekat meja luar tu"Ujar Dahlia yang baru tiba di dapur.Eshal berpaling.
"Eshal ada buat manisan semalam. Aunty nak rasa?"Soal Eshal yang sedang potong puding caramel.
Mata Dahlia membulat teruja.
"Waa nampak sedapnya."Ujar Dahlia teruja. Eshal tersengih.
"Sempat lagi ye kamu buat"Usik Dahlia dalam masa yang sama, dia mengambil satu piring untuk rasa masakan Eshal.
"Hehe, Eshal suka buat manisan"Kata Eshal mesra.
"Uiss sedapnya!!"Puji Dahlia selepas rasa suapan pertama manisan tersebut. Eshal tersenyum manis.
"Macam ibu kamu buat..."Ujar Dahlia perlahan dengan senyuman nipis.
Eshal juga membalas senyuman tersebut.
"Ni resepi Ibu. Eshal sempat belajar guna buku masakan ibu sebelum buku tu hilang"Kata Eshal kepada Dahlia. Dahlia mengangguk faham.
'Rindunya aku dekat kau, Dara'desis hati Dahlia.
"Apa yang sedap?"Ujar suara garau dibelakang mereka. Eshal berpaling tetapi kembali laju berpaling ke hadapan kembali.
"Eh Noah, mana baju kamu?""Tegur Dahlia terkejut melihat anaknya selamba turun tanpa memakai baju. Hanya seluar panjang sahaja.
Rambutnya masih lagi serabai.
"Hah?"
"Baju baju.."
"Selama ni Noah tak pakai baju, takde pun mama nak complain"Ujar Noah pelik. Dahlia menjeling matanya tajam. Selamani hanya mereka anak beranak. Sekarang dah ada Eshal dalam rumah.
Pasti Eshal segan.
"Kamu tak malu ke tayang roti-roti kamu dekat anak dara hah?"Ujar Dahlia cuba menegur cara halus. Tolonglah beri kerjasama wahai anak lelakiku.
Baru Noah faham. Dia melihat Eshal yang membelakanginya.
"Dia pun dah tengok tadi"Ujar Noah selamba mengambil gelas di samping Eshal. Mesin penapis air ditekan. Dahaga.
YOU ARE READING
MRS. NOAH HAIDAR
Romance-MRS. NOAH HAIDAR- "...You're Mrs. Noah, remember this"Ujar NOAH HAIDAR dengan suara yang dingin. Matanya tajam menikam ke arah mata sang isteri. Dia mengenggam erat lengan putih isterinya. ... ... "Saya punca semuanya berlaku, tuan..."Tawa sakit k...