Klak!
"Noah kawanku..."Ujar Haq yang baru tiba. Kelihatan Qay juga ada dibelakang Haq.
Noah hanya diam menyambung kerjanya. Wajahnya berkerut membaca laporan.
"Dia buat tak layan kita mat"Ujar Haq mencebik. Dia menjuling matanya melihat Noah yang hanya diam.
Qay juga diam. Dia duduk dihadapan Noah.
"Pagi ni ada apa?"Soal Noah dingin. Matanya tidak lagi memandang rakannya.
"Meeting dengan team kita"
Noah mengangguk perlahan.
"Settlekan file. Pukul 10 kejap lagi, aku nak semua ada"Arah Noah lagi.
Qay hanya mengangguk. Dia menghantar arahan Noah kepada personal assistant milik Noah.
Bukan dia PA Noah.
"Aku dengar kau nak ikat sorang perempuan ni"
Noah mengeluh perlahan. Pasti kerja ibunya.
"Kau betul ke?"Sambung Qay lagi.
"Kau dah check maklumat tentang dia tak?"Ujar Noah kembali. Qay mengangguk manakala Hay hanya diam.
"Dia pernah terlibat dengan satu kes pembunuhan. Orang boleh ambil dia sebagai saksi tetapi dia tak buka mulut untuk jadi saksi"Terang Qay tenang.
Noah mengangguk. Dia tahu tentang itu.
"Kes pembunuhan?"
"Ibu dia mati dalam kes tu. Dia orang yang terselamat"Ujar Qay lagi. Hay mengangguk faham.
"Pihak hospital pun kata, Ibu dia dirogol secara kejam."
Noah mengenggam tangannya.
"Jangan cakap dengan aku, perempuan tu nampak ibu dia kena rogol?"
Qay hanya mengangguk. Fakta Hay tepat.
"Fakta. Eshal ada ciri ciri trauma dengan benda tu. Hospital dah sahkan"Jawab Qay tenang.
"Sampai sekarang dia tak buka mulut?"Soal Hay ingin tahu.
"Aku tak sure la orang cuba atau tak tapi lepas kes ni jadi. Ayah dia tinggalkan Eshal duduk bersama neneknya sehingga umur dia 16 tahun. Lepas arwah nek dia tak ada. Baru ayah dia ambik balik dia"
Hay mengangguk. No wonder.
"Dia kena dera dengan mak tiri dia"Sambung Noah dingin buatkan Hay dan Qay berpaling.
"Aku nampak semua"
"Jadi itu sebab kau? Kau nak lepaskan dia dari seksaan tu?"Soal Hay yang juga dingin.
Noah terdiam.
Dia tak rasa itu sahaja sebabnya.
"Aku cuma nak tolong"Balas Noah dingin.
Hay mengeluh perlahan.
"Katakan suatu hari nanti, Ada juga perempuan yang datang minta tolong macam ni dekat kau. Kau nak tolong?"Soal Hay tenang.
Noah mengeleng dengan yakin.
"Itu dia yang datang minta tolong, bukan aku yang nak tolong"Jawab Noah tenang. Hay terus picit kepalanya apabila terasa bebannya kepala.
Qay tersenyum sinis.
Dah salah tanya soalan ni.
"Kalau perempuan lain jadi situasi macam Eshal. Aku akan tolong tapi bukan berdasarkan apa aku buat dekat Eshal"Jawab Noah tenang.
YOU ARE READING
MRS. NOAH HAIDAR
Romance-MRS. NOAH HAIDAR- "...You're Mrs. Noah, remember this"Ujar NOAH HAIDAR dengan suara yang dingin. Matanya tajam menikam ke arah mata sang isteri. Dia mengenggam erat lengan putih isterinya. ... ... "Saya punca semuanya berlaku, tuan..."Tawa sakit k...