BAB 7

1.5K 120 8
                                    

"Aunty, tomato tu dah boleh petik tu. cantiknya colour dia"Ujar Eshal sebaik sampai di kebun milik Dahlia.

Dahlia berpaling melihat tomato tersebut. Dia tersenyum manis.

"Betul, cantik colour tomato tu mesti manis ni.."Ujar Dahlia memegang Tomato tersebut. Eshal mengangguk laju.

Mereka berdua sama-sama petik tomato tersebut masuk dalam bakul.

"Aunty memang suka tanam sayur dan buah ke?"Soal Eshal ramah.

Dahlia mengangguk.

"Dulu aunty tak minat. Tapi uncle kamu lah.. Dia suka ada tanam besar besar tapi kosong. Itu yang Aunty hias dengan bunga.. dengan pokok-pokok macam ni. Time tu, aunty tak mengandung lagi si Noah"Cerita Dahlia gembira.

Dia memandang kebun yang kelihatan indah itu.

"Banyak kenangan dekat sini. Aunty sayang tempat sini"Ujar Dahlia lembut.

Eshal juga memandang. Tak dapat dinafikan, kebun Dahlia memang lawa. Ibarat kebun diluar negara.

Sejuk mata memandang.

"Tak sabar nak cipta kenangan dengan cucu-cucu"Ujar Dahlia dengan makna. Dia memandang Eshal.

Eshal tersenyum kekok. Haa sudah.

"Lepas Uncle dan ayah kamu balik. Aunty nak masuk merisik Eshal ya"

Terkedu Eshal dibuatnya.

"Me-merisik?"Soal Eshal gagap. Dahlia mengangguk suka.

"Kenapa Eshal?"Soal Eshal gugup.

Dahlia tersenyum manis. Dia mendekati Eshal sebelum tangan Eshal dipegang.

"Sebab aunty tahu, Hanya Eshal yang terbaik untuk Noah"Ujar Dahlia penuh makna. Eshal terdiam.

Agak tidak menjawab soalan tapi dia hanya diam.

Tiba- tiba terasa hujan rintik. Eshal memandang ke atas. Hari mendung.

Vomm!

Bunyi kilat menyambar buatkan mereka berdua terkejut.

"Alaa kilat.. nak hujan, Sudah Eshal. Jom kita balik"Ajak Dahlia yang juga memandang langit. Eshal hanya diam memandang ke atas.

Dahlia menyimpan alat kebun di stor kebun. Dia memandang kembali Eshal yang sedang temenung memandang langit.

"Eshal?"Panggil Dahlia lembut. Dahinya berkerut melihat keadaan Eshal yang seakan terkaku.

Dia berjalan mendekati Eshal sebelum menyentuh bahu gadis itu.

"Eshal?"

Eshal terkejut. Dia memandang wajah Dahlia.

Baru Dahlia sedar wajah murum Eshal. Serba salah dibuatnya.

Kenapa dengan hujan?

"Jom balik, Hari nak hujan ni. Kejap lagi lebat kang"Ajak Dahlia masih lagi nada lembut.

Eshal mengangguk sebelum mengangkat bakul yang berisi tomato.

Mereka berdua berjalan menuju ke rumah Dahlia.

6 minit berjalan, Eshal meminta diri kepada Dahlia untuk berehat di dalam bilik sahaja.

Dahlia tanpa banyak soal hanya membenarkan Eshal pergi.

"Maaf Aunty, tak dapat tolong aunty buat cake harini"Ujar Eshal serba salah. Bukannya dia taknak, dadanya seakan ingin sesak.

Vomm!

MRS. NOAH HAIDARWhere stories live. Discover now