"Awal abang balik harini"Tegur Maimunah membawa secawan kopi panas. Ezkal yang sedang mengurut dahinya berpaling.
"Kerja siap awal"Balas Ezkal dengan tenang. Dia mengambil cawan itu. Maimunah duduk bersebelah suaminya.
"Abang..."Panggil Maimunah dengan wajah yang pura-pura sedang risau.
"Hm"
"Saya rasa nak tukar bilik Eshal duduk tu la. Dia asyik tidur bawah je, Dari bilik tu tak ada siapa baik saya suruh Sofea je duduk. Sayanglah, bilik tu besar"
"Tak payah"Kata Ezkal dingin. Maimunah mengerutkan dahinya.
"Kenapa pula bang? Saya cuma taknak bilik tu kosong ja"
"Tu bilik arwah Dara yang pilih untuk anak dia, Kau jangan memandai tukar bilik tu."Ujar Ezkal dingin. Dia meletak cawan kaca itu di atas meja.
"Sikit-sikit mak Eshal. Habis saya ni siapa? Bukan isteri awak?"Soal Maimunah cemburu. Ezkal mengeluh perlahan.
"Arwah Dara dah lama tak ada"
"Tapi awak selalu sebut nama dia! Sakit hati saya!"
"Habistu kau nak aku buat apa? Lupakan dia? Dia dah lama tak ada, Kau nak cemburu apa? Dah tua, Maimunah. Kau ingat aku gila bayang ke?!"Marah Ezkal dengan mata memandang tajam ke arah Maimunah. Maimunah terdiam. Dia tahu Ezkal sangat marahkan dia.
"Haihhh, Perangai macam budak-budak!"Ujar Ezkal seraya bangun dari tempat duduk. Fikirnya, kalau balik boleh tenangkan otak, rupanya tak!
Tok! Tok! Tok!
"Assalamualaikum!"Ujar seseorang dari luar. Langkah Ezkal terhenti. Dia berpaling memandang ke arah pintu utama. Begitu juga Maimunah.
"Harini ada kawan abang nak datang rumah ke?"Soal Maimunah dengan dahi berkerut. Ezkal mengeleng kecil. Dia berjalan untuk membuka pintu. Diikuti Maimunah dibelakang.
Klak!
"Waalaikumsalam, Eh Datin, Kenapa datang tak bagitahu?"Soal Maimunah ramah.
Keadaan Dahlia ketika itu menahan amarah.
"Ezkal, bagi aku jumpa Eshal"Terus Dahlia meminta izin kepada Ezkal. Ezkal mengerutkan dahinya.
"Kenapa ni Dahlia? Ni kau datang seorang ke? Nadim mana?"Soal Ezkal sambil memadang sekeliling. Maimunah sudah gelisah apabila ingin berjumpa dengan Eshal.
"Aku sorang je. Boleh aku jumpa dengan Eshal?"Tak sempat Ezkal ingin menjawab, Maimunah menyampuk.
"Eshal tak ada kat umah, Petang-petang macam ni memang dia keluar. Tak tahu la pergi mana"Sampuk Maimunah ingin menyembunyikan keadaan Eshal.
"Jangan tipu lagi, Aku tahu Eshal ada dekat atas"Ujar Dahlia dingin.
"Dahlia, Sabar. Baiklah kalau kau tak percaya, kau pergi la tengok dia kat atas"Ujar Ezkal membenarkan Dahlia pergi naik ke atas. Maimunah terkedu.
"Eshal keluar dengan Atikah"Sampuk Sofea yang baru muncul. Dia berjalan turun dari tangga. Wajahnya sangat yakin.
"Tadi Atikah ada datang ambil Eshal. Saya nampak sendiri dia keluar"Sambung Sofea menyakinkan Dahlia.
Dahlia diam. Sesungguhnya dia tak percayakan.
"Kalau Aunty tak caya, pergilah naik bilik dia"Ujar Sofea dengan yakin. Dia hanya memeluk tubuh.
Dahlia tanpa banyak cakap, Laju sahaja dia berjalan naik tangga. Dia melangkah untuk menuju ke bilik Eshal.
Maimunah juga mengikut langkah Dahlia. Dia tahu, Anaknya sudah selesai sembunyikan Eshal. Mungkin hatinya sudah lega.
YOU ARE READING
MRS. NOAH HAIDAR
Romance-MRS. NOAH HAIDAR- "...You're Mrs. Noah, remember this"Ujar NOAH HAIDAR dengan suara yang dingin. Matanya tajam menikam ke arah mata sang isteri. Dia mengenggam erat lengan putih isterinya. ... ... "Saya punca semuanya berlaku, tuan..."Tawa sakit k...