BAB 1

1.3K 76 1
                                    

"Eshal! Mari sini kau!"Jerit Seorang wanita sambil membawa batang paip. Dia sedang berjalan menuju ke arah Eshal Adriana yang sedang menyidai pakaian.

"Makcik?"Kata Eshal perlahan memandang batang paip di tangan orang tua itu. Matanya terpandang kakak tirinya yang hanya memeluk tubuh.

Air liur ditelan kesat. Apa lagi ni?

Pap! Pap! Pap!

"Makcik sakit, makcik!"

"Tau pun kau sakit! Aku lagi sakit hati bila nampak kau dengan anak si Kiah tu! Aku dah kata, Jangan berkawan dengan mereka! Kenapa kau degil sangat hah!"Marah Maimunah sambil memukul anak itu.

Pap! Pap! Pap!

"Argh sakit makcik! Eshal minta maaf!"

Pap! Pap! Pap!

Eshal menjerit sakit apabila batang paip itu telahpun menghiris luka yang semalam dia sudah kena. Sakit? Hanya tuhan sahaja tahu.

Berbirat habis badannya.

Pap! Pap! Pap!

"Am-pun makcik, Eshal janji takkan kawan dengan Atikah lagi"Kata Eshal sambil menangis. Badannya sudah mengeletar menahan sakit.

Pap! Pap! Pap!

"Dia janji je mak, lepastu buat lagi."Kata si kakak tiri bernama Siti Sofea. Dia berjalan mendekati mereka. Dia yang masih memeluk tubuh hanya memandang sinis ke arah Eshal.

"Tah! Nah ambil ni!"Kata Maimunah setuju dengan anak kandungnya. Kali ini, Dia mengangkat tinggi batang paip itu.

Pap! Pap! Pap!

"Allah, sakit makcik..."Adu Eshal sambil menangis. Tubuhnya mula terketar.

"Ya allah puan! Sudah!"Jerit seorang wanita yang baru keluar dari rumah besar itu. Dia yang baru sahaja mencuci tandas terus terkedu melihat perbuatan kejam itu kepada anak majikannya.

"Eh kau jangan masuk campur"Ujar Sofea menghalang pembantu rumah. Dia menyekat tubuh itu dari mendekati Eshal.

Pap! Pap! Pap!

Eshal sudahpun tak terkata, rayuannya tidak kedengaran. Hanya tangisan dibibir yang keluar. Air matanya juga sudahpun mengalir seperti air terjun.

Pap!

Batang paip itu di campak ke tanah. Wajahnya berpeluh dengan nafas yang termegah-megah itu memandang tajam ke arah Eshal.

"Lepas ni! Kau sapu ubat yang aku bagi dekat tubuh buruk kau ni! Kalau bapa kau tanya aku pasal luka dekat tubuh kau ni! Memang lagi teruk aku buat dekat kau!"Ugut Maimunah sambil menuding jarinya ke tubuh Eshal.

Buk!

Eshal jatuh ke tanah apabila dirinya ditolak kasar oleh Puan Maimunah.

"Haish! menyusahkan aku saja!"Maimunah berjalan pergi meninggalkan Eshal.

Sofea pula memandang sinis ke arah Eshal sebelum dia menolak kaki Eshal dengan menggunakan kakinya.

"Mereput lah kau dekat situ"Ujar Sofea sinis. Dia berjalan pergi meninggalkan tubuh Eshal yang terbaring di atas tana.

Esakkan Eshal kedengaran perlahan. Tubuhnya sangat sakit. Dia tak mampu bergerak kerana sakit yang melampau.

Cahaya matahari yang terik terkena pada tubuhnya yang luka itu lagi membuatkan dia bertambah sakit. Perit luka itu tak dapat diucap dengan kata. Dia hanya menangis.

Darahnya menyerap ke baju lusuh Eshal.

"Ya allah, Eshal. Maafkan acik sebab lambat"Ujar pembantu rumah dengan nada sedih. Air matanya turut mengalir apabila melihat keadaan anak itu.

MRS. NOAH HAIDARWhere stories live. Discover now