BAB 9

1.8K 125 9
                                    

"Kamu serius, Noah?"Soal Ezkal dengan nada terkejut.

Noah mengangguk perlahan.

Kini, mereka berdua berada di satu restoran yang terkenal. Noah meminta Ezkal untuk berjumpa atas sebab tertentu.

Ezkal tanpa banyak kata, Terus datang.

"Uncle tak tahu nak gambarkan perasaan uncle macam mana? Uncle terharu kamu mahukan Eshal
menjadi isteri kamu"Ujar Ezkal setelah berdiam beberapa minit.

Dia terbayang wajah anaknya, Eshal Adriana.

Kemudian, Wajah arwah isterinya. Nur Andara.

Eshal orang dia boleh kurangkan rindu. Wajahnya, gelagatnya, Persis arwah isterinya.

Betul la orang kata,

Cinta pertama akan tetap menjadi pemenangnya.

Ezkal menarik nafas lemah.

"Uncle restukan hubungan kamu dengan dia"Ujar Ezkal tenang

Noah hanya tersenyum nipis.  Dia mengambil kopinya sebelum menghirup tenang.

"Ibu bapa kamu dah tahu?"Ujar Ezkal lagi. Noah mengangguk.

Ezkal hanya diam. Senyuman nipis dihadiahkan untuk Noah.

"Tolong uncle jaga puteri uncle. Uncle tahu, Uncle tak mampu jadi ayah yang baik untuk dia sejak arwah ibu dia meninggal dunia"Luah Ezkal tenang. Dia sedar semuanya.

Noah diam mendengar luahan Ezkal.

"Uncle harap, Kamu boleh jadi suami yang terbaik untuk Eshal. Eshal satu-satunya anak kandung uncle. Uncle hanya ada dia"Ujar Ezkal seakan merayu tetapi raut wajahnya hanya tenang.

"Inysallah, Uncle. Doakan untuk kami berdua"

"Ayah. panggil ayah saja. Ayah akan selalu doakan untuk kamu berdua"

Noah mengangguk kecil.

"Terima kasih sebab pilih anak ayah"Ujar Ezkal lagi.

Dia teringatkan wajah Dara yang sedang tersenyum manis.

**********

Pak!

Maimunah menolak pintu bilik air tu kasar. Dia melihat wajah Eshal yang sedang mencuci singki bilik air.

"Kau punya sejam, Dah lebih 5 minit. Kau belum siapkan bilik air ni lagi ke hah?!"Soal Maimunah kuat sambil matanya mencerlung tajam ke arah Eshal.

Tubuh Eshal mula mengigil. Dia memegang erat kain kotor itu.

"B-belum. Sikit lagi, Makcik."

Bam!

Maimunah bertindak memukul pintu bilik air dengan kuat.

"Berani kau langgar arahan kan?!"

Eshal mengeleng kecil. Dia takut. Matanya terpejam.

"Kau memang suka cabar aku kan?"Baru sahaja Maimunah mendekati tetapi terhalang dengan suara perempuan lain.

"Lebih baik makcik berhenti kalau taknak perkara ni jadi makin teruk?"Ujar Atikah yang tiba-tiba muncul di belakang Maimunah.

Maimunah berpaling.

"Siapa benarkan kau masuk?"Ujar Maimunah marah.

"Pakcik"Ujar Atikah buatkan Maimunah mengerutkan dahinya.

Seketika itu, kelihatan Ezkal baru melangkah naik ke tingkat ini. Maimunah terkedu.

MRS. NOAH HAIDARWhere stories live. Discover now