"Mana Adriana?"Soal rakan baik Ezkal, Nadim.
Ezkal berpaling memandang sekeliling, Mencari kelibat anak perempuannya.
Matanya terpaku melihat anak perempuannya. Eshal cantik berbaju kurung biasa. Baju kurung arwah isterinya, Dara.
Matanya layu melihat wajah itu. Lihat sekilas sahaja sudah buatkan dia merasakan rindu yang teramat. Wajah Eshal tak tumpah dengan isterinya, Dara.
Sesungguhnya dia rindukan arwah isterinya.
Dia terasa sebak.
Nadim turut berpaling memandang kearah pandangan Ezkal. Dirinya juga terkejut melihat anak perempuan Ezkal.
Wajah Eshal betul-betul mewarisi kecantikkan si ibu.
"Adriana."Panggil Nadim dengan senyuman gembira. Matanya mengerling memandang wajah Ezkal yang sudah berpaling kearah tempat lain.
"Uncle.."Tegur Eshal sebaik sampai dhadapan mereka. Senyuman manis ditayang.
"Sihat, Eshal?"Soal Nadim dengan tenang.
Eshal hanya mengangguk perlahan.
"Alhamdulilah, uncle. Eshal sihat saja. Uncle pula? Harini Aunty tak datang ke?"Soal Eshal dengan sopan. Suara yang lembut itu berjaya buat Nadim tersenyum sambil mengerling melihat sahabatnya.
Tekaan dia 14 tahun dahulu ada benar. Eshal akan membesar menjadi gadis seperti Dara.
"Eh aunty kamu mesti datang, Jap mana dia ya?"Ujar uncle Nadim seraya memandang sekeliling. Kelihatan isterinya yang sedang tunduk memandang dessert.
"Haa tu dia, Eshal cuba pergi tegur. Tadi tak sabar-sabar nak jumpa awak. Tiba-tiba dia pergi tempat lain pula"Kata Nadim seraya tertawa kecil. Eshal tersenyum nipis sebelum meminta diri.
Eshal berjalan mendekati Aunty. Diana.
"Assalamualaikum, Aunty"Tegur Eshal dengan lembut. Diana berpaling. Matanya membulat sebelum tangannya naik menutup mulut.
"Mashallah, Eshal Adriana"
Terus Dahlia menarik Eshal ke dalam pelukan. Eshal tersentak.
"Rindunya aunty dekat kamu, Eshal"Ujar Dahlia sayu sambil memeluk tubuh kurus Eshal. Eshal yang terkedu itu perlahan-lahan membalas pelukan itu.
Dahlia melepaskan pelukan sebelum memandang anak perempuan itu. Senyuman manis terhias dibibir Dahlia sebelum rambut
"Lama Aunty tak nampak kamu, Ayah kamu suka tak bawa kamu datang rumah Aunty. Kadang-kadang aunty datang sini pun, kamu sibuk"Ujar dahlia seakan merajuk. Eshal tertawa kecil.
"Maaf Aunty, Masa tu kan Eshal STPM. Agak susah sikit nak pergi mana-mana"
"Wah, STPM? Eshal dah habis belajar la ni?"Soal Dahlia teruja. Eshal mengangguk perlahan.
"Baru habis"
"Tahniah"Dahlia tersenyum manis. Eshal mengangguk perlahan.
"Terima kasih,"Senyuman dibalas dengan senyuman.
Tetapi senyumannya mati apabila melihat kakak tirinya.
"Eshal... tolong akak kejap boleh?"Soal Sofea dengan lembut. Matanya tajam menikam ke arah Eshal sesaat.
Dahlia berpaling.
"Er.. Boleh. Kejap ye Aunty"Eshal meminta diri sebelum cepat-cepat berjalan mendekati Sofea. Sofea tersenyum manis ke arah Dahlia sebelum tangan Eshal disambarnya.
"Suka ye kau"Soal Sofea perlahan dengan senyuman lebar. Dia membawa Eshal ke dapur.
Encik Ezkal hanya memandang sekilas anak-anak itu.
YOU ARE READING
MRS. NOAH HAIDAR
Romance-MRS. NOAH HAIDAR- "...You're Mrs. Noah, remember this"Ujar NOAH HAIDAR dengan suara yang dingin. Matanya tajam menikam ke arah mata sang isteri. Dia mengenggam erat lengan putih isterinya. ... ... "Saya punca semuanya berlaku, tuan..."Tawa sakit k...