BAB 13

1.1K 106 15
                                    

"Aku terima lamaran anak kau. Aku nak kahwinkan Eshal dengan Noah"Ujar Ezkal berterus terang. Kini mereka berada di sebuah cafe.

Nadim hanya tersenyum.

"Berapa mas kahwin kau nak?"Soal Nadim dengan senyuman. Ezkal mengeleng.

"Aku tak kisah, bagi jela apa yang Noah mampu. Itu hak Eshal juga"Ujar Ezkal tenang. Nadim mengangguk.

"Dahlia mesti suka kalau dia dengar berita ni."Ujar Nadim tertawa kecil apabila teringat isterinya. Ezkal mengangguk perlahan.

"Dia betul-betul sayangkan Eshal. Aku boleh nampak"Ujar Ezkal jujur. Dia menghirup air kopinya.

Nadim hanya mengangguk setuju. Tak dapat dinafikan lagi.

Dahlia dengan Arwah Dara membesar sekali di rumah anak yatim. Mereka keluar bersama sehinggalah sudah berumah tangga pun masih berkawan baik.

Ezkal tiba-tiba mengeluh lemah. Kepalanya masih sakit memikir masalah.

"Aku kalau boleh tak nak paksa Eshal kahwin awal-awal. Umur dia baru saja 20 tahun, Dia nak ke?"Soal Ezkal dengan keluhan. Nadim hanya mengangguk faham.

"Aku faham Kal, Kita seorang bapa memang akan risau benda tu. Tambah lagi bila ada anak perempuan"

"Rumah aku, aku rasa tak sedap hati dua tiga hari ni. Lepas aku balik dari jakarta tu"Jujur Ezkal kepada Nadim.

"Rasa apa tu?"Tanya Nadim dengan tenang.

"Entah, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi"Jawab Ezkal seakan serabut.

"Mungkin perasaan kau kut. Dah lah, jangan fikir sangat. Kita doa yang baik-baik"Pujuk Nadim menepuk bahu kawannya.

Ezkal mengeluh lemah sebelum mengangguk. Dia mengambil cawan kopi sebelum menghirup perlahan.

*********
Eshal diam memandang tingkap hospital. Kelihatan burung-burung berterbangan bebas buatkan dia rasa tenang.

Untuk kali kedua, dia berseorangan tanpa diganggu oleh sesiapa. Tanpa disuruh untuk lakukan macam-macam.

Rehatnya tak diganggu oleh sesiapa. Kali pertamanya apabila dia duduk bersama Dahlia.

Sekarang, Dahlia meminta diri untuk pulang buat sementara, Katanya dia akan kembali selepas zohor bersama Noah.

Jam sudah menunjuk sudah pukul 12 tengah hari.

Matanya jatuh memandang tangannya yang dicucuk jarum.

Dahinya berkerut sedikit apabila tangannya terasa kebas. Mungkin kesan dari ubat antibiotik.

Klak!

Eshal berpaling memandang gerangan yang datang itu. Tergamam melihat wajah Maimunah dengan Sofea.

"Ma-kcik?"Panggil Eshal gagap. Dadanya berdebar laju.

Maimunah masuk dengan wajah sombong. Matanya memandang sekeliling. Bilik ward ini diminta sendiri oleh Dahlia.

Mewah! Serba cantik seakan dalam hotel 5 bintang.

"Sayang betul si Puan Sri tu dengan budak bodoh ni. Sanggup minta ward VVIP pula tu"Komen Maimunah dengan wajah dingin. Matanya memandang hina kepada Eshal.

Eshal hanya menunduk. Hatinya terluka apabila memandang pandangan tersebut.

"Patutlah dia belagak dengan kita lepas balik dari rumah Puan sri tu, Sebab dah dapat kaut harta kan?"Sindir Sofea pula dengan wajah yang berpura-pura manis. Dia menghampiri Eshal.

"Betul juga kan. Dia berani lawan aku pasal bilik bodoh dia tu"Ujar Maimunah yang juga menghampiri Eshal. Tubuh Eshal mengigil apabila melihat Sofea memegang pisau di bakul buah-buahan.

MRS. NOAH HAIDARWhere stories live. Discover now