BAB 12

911 95 10
                                    

Maimunah berjalan laju ke arah Ezkal. Riak wajahnya risau.

Risau apa ya?

"Abang, Macam mana dengan Eshal?"Soal Maimunah sebaik sahaja sampai dihadapan suaminya.

Ezkal hanya berpaling sekilas.

"Alhamdulilah dia okay"Jawab Ezkal dingin. Dia duduk di sofa sambil melepaskan lelah.

Maimunah diam. Wajah Ezkal kelihatan dingin.

Adakah rahsianya sudah terbongkar?

"Mai, aku nak tanya"Ujar Ezkal tiba-tiba. Dia membuka matanya memandang Maimunah.

Maimunah sudah gelisah, Dia memandang wajah suaminya.

"Apa tu abang?"

"Macam mana Eshal boleh ada dalam stor tu? Bukan kau cakap yang dia keluar dengan Atikah?"Soal Ezkal dingin. Matanya tajam memandang Maimunah. Maimunah menelan air liur kesat.

"Betul bang, saya berani sumpah yang saya nampak Atikah ambil dia tadi. Sebab tu saya terkejut tadi bila tengok dia terbaring dalam stor tu"Ujar Maimunah bersungguh-sungguh. Beraninya dia bermain sumpah untuk menutup kesalahan sendiri.

Ezkal berdengus kasar.

"Aku dah pesan banyak kali, Jangan biarkan dia masuk dalam stor tu. Stor tu dah lama. Kenapa kau tak boleh nak elert, Maimunah?"Tegur Ezkal dingin. Matanya tajam memandang Maimunah.

Maimunah seperti sudah bertenang. Ternyata, Ezkal tak tahu kisah benar.

"Maafkan Mai, bang. Mai salah tak tengok dia. Mai tak sedar dia pergi ke belakang tadi."Ujar Maimunah pura-pura sedih. Ezkal meraup wajahnya kasar.

"Kau pergi la tidur, Aku nak solat"Kata Ezkal lalu bangun dari tempat tu. Dia berjalan meninggalkan Maimunah yang masih berdiri tegak.

Maimunah tersenyum sinis.

"Baguslah, Kau tutup salah aku ya"Bisik Maimunah dengan senyuman sinis. Dia tahu, Eshal masih menyembunyikan perkara sebenar.

**********************
Selepas sahaja subuh, Eshal tak dapat tidur dengan tenang. Matanya layu memandang diluar jendela.

Dalam bilik ni, hanya tinggal dia seorang. Dia meminta ayahnya pulang ke rumah agar dapat berehat dengan baik. Dia tahu ayahnya tak selesa tidur di atas sofa hospital. Lelaki itu sudah tua, Pasti banyak sakit yang akan muncul.

Dia lebih rela duduk berseorangan dari menyusahkan ayahnya menjaganya.

Sedangkan dari kecil, Dia sudah berdikari untuk menjaga diri sendiri. Arwah neneknya juga sudah tua ketika itu. Dia banyak belajar menguruskan sesuatu dengan sendiri disebabkan tidak mahu menyusahkan orang.

Klak!

Pintu bilik wad dibuka oleh seseorang. Eshal berpaling memandang siapa gerangan yang datang pagi-pagi.

"Noah?"Panggil Eshal perlahan. Dia melihat lelaki itu berjalan tenang ke arahnya. Di tangannya terdapat satu beg plastik.

Noah meletak beg plastik itu di atas meja hospital.

"Makan"Arah Noah dingin. Kemudian dia berjalan menuju ke arah sofa.

Eshal memandang jam di dinding hospital. Baru pukul 7.30 pagi. Macam mana lelaki ni boleh tiba di hospital seawal ini.

Pakaian Noah lebih kepada santai, Baju tshirt lengan pendek dan seluar track hitam.

Keadaan diruangan bilik ini kembali sunyi. Eshal mengigit bibirnya menahan kekok.

MRS. NOAH HAIDARWhere stories live. Discover now