Watak utama citer ni, Nara Qistilana tengah sedih sebab dapat tahu yang crush dia kahwin. Dah tu, crush tu kahwin tanpa pengetahuan dia plak tu. Dia dapat berita tu pun daripada orang lain. Padahal dia selalu gila berWhatsApp dengan crush tu. Nampak sangat yang crush tu anggap dia ni orang asing dan tak penting.
So, dia pun luahlah pasal kesedihan dia tu dekat blog peribadi dia. Blog tu private, tak ada sesiapa boleh baca kecuali dia sorang je. And tak ada sesiapa pun tahu pasal kewujudan blog tu. Sebab dia ni memang jenis yang perahsia punya orang.
Tapi, hari tu, disebabkan terlampau sedih, dia baca-baca la balik semua entry-entry dia yang sebelum ni. Dan entah macam mana, dia terperasan yang dekat setiap entry tu ada orang yang komen. Dan orang tu adalah orang yang sama. Namanya King.
Nara pun peliklah. Berkali-kali dia check setting blog dia tu. Tapi dah betul dah, yang blog tu memang private. Tapi macam mana ada orang boleh reach blog tu?
So dia pun reply la komen orang tu. Dia tanya,
"Awak siapa? Macam mana awak boleh sampai dekat blog ni? Setahu saya, blog ni private. Tak ada orang boleh sampai kat blog ni kecuali saya."
Tak lama lepas tu, orang tu reply.
"Saya hacker."
Sini je Nara dah start rasa macam "Seriously?"
Dia tanya lagi, "Kita kenal ke?"
Sebab daripada komen-komen King dekat setiap entry dia sebelum ni, nampak macam King tu kenal dia rapat. Tu yang dia tanya tu.
Tapi jawapan King,
"Rahsia."
Frust Nara. Tapi dia tak give up kat situ. Dia tanya lagi,
"Kenapa awak hack blog ni?"
Tapi tak ada apa-apa respond dah daripada King. Nara ditinggalkan keblur-bluran macam tu aje.
Then sejak tu, dia perasan macam ada yang tak kena dengan dunia harian dia.
Setiap kali dia dalam kesusahan, mesti akan ada bantuan yang datang. Tapi tak tahu daripada siapa. Paling ketara, satu hari ni dia terkunci dekat dalam satu bilik yang pintunya berpassword. Nara stuck kat dalam tu.
Then suddenly, tetiba ada orang hack system kat pintu tu, and pintu tu terbuka.
Sinilah Nara syak yang King tu betul-betul ada kat sekeliling Nara selama ni.
Tapi bila Nara tanya dekat King,
"Awak ke yang tolong saya tu?"
Jawapan King,
"Tak."
Sangat suspicious. So Nara jadi semakin nak tahu siapa sebenarnya King ni.
Nara try tanya identiti King. And perbualan diorang tu semestinya la hanya melalui blog Nara tu je.
Tapi, setiap kali Nara cuba korek identiti King, mesti King akan kata,
"Saya penjenayah. Awak tak patut tahu apa-apa tentang saya."
Tapi Nara ni degil. Tak dapat cara baik, dia guna cara lain. Dia gigih selongkar Google dan cari siapa hacker yang nama King ni. Tapi tak jumpa. Yang dia jumpa cuma nama-nama hacker yang lain. Siap ada gambar lagi. Tapi pasal King, langsung tak jumpa.
Benda ni buatkan Nara jadi makin curious. Sebab King ni macam 'something'. Waktu hacker lain semua berlumba-lumba tunjuk kepakaran masing-masing pada dunia n anggap diri diorang 'selebriti', King pula sebaliknya.
Disebabkan dia punya rasa ingin tahu tu betul-betul mengganggu dia, Nara pun sanggup pergi belajar ilmu computer hacking.
Then, akhirnya selepas dia berjaya bergelar hacker profesional, dia pun try la trace IP Address komputer King melalui komen-komen King kat blog Nara tu.
Tapi yang mencabarnya, susah gila nak trace IP Address komputer King. Sebab King pasang pelindung atau boleh juga dinamakan sebagai 'Gate' dekat komputer King yang menghalang hacker lain daripada menjejak lokasi King.
So kat sinilah Nara betul-betul kena keluarkan balik semua ilmu hacking yang dia belajar. Bila tak menjadi jugak, dia mintak bantuan hacker lain.
Nyaris-nyaris nak berjaya, tetiba komputer Nara tu stuck. Dan tak lama lepas tu, keluar besar-besar dekat skrin komputer Nara perkataan 'BUSTED', dengan gambar mahkota. Ayat di bawah perkataan tu,
"Awak dah mungkir janji. Bermula hari ni, kita bukan lagi kawan."
Nara dengan kawan hacker dia tu sama-sama terdiam la masa tu.
Sejak tu, setiap kali Nara dalam kesusahan, tak ada dah bantuan yang datang dekat Nara. Masa nilah Nara betul-betul yakin yang selama ni memang King yang lindungi Nara dari segala macam bahaya.
Sejak tu Nara jadi macam kehilangan. Sebab dulu waktu dia awal-awal sedih dengan isu crush dia, King yang banyak bagi semangat.
Nara teruskan mendalami ilmu hacking. Dia gigih jugak bongkar identiti King. Sampailah satu hari, dia berjaya. Dan rupa-rupanya, King memang betul-betul ada dekat aje dengan dia selama ni.
Dan yang lebih mengejutkan, bila Nara hack portal ketenteraan Amerika iaitu Pentagon, Nara jumpa senarai warga Rusia yang akan dibunuh pada hari tersebut. Orang-orang tu adalah spy Rusia. Dan nama King turut tersenarai.
Maksudnya selama ni King adalah spy Rusia?!
Nara bergegas pergi jumpa King. Nara terangkan semuanya pada King.
King yang paling tak boleh terima kenyataan ni. Sebab bila dah terbongkar identiti dia ni ke pengetahuan Nara, bermakna nyawa Nara dalam bahaya. Nara akan dibunuh pada waktu tu juga.
Betul-betul waktu seorang penembak tepat melepaskan tembakan ke dahi Nara, waktu tulah King selamatkan Nara. King larikan Nara ke tempat selamat. Dan King marah Nara atas apa yang Nara dah perbuat ni iaitu berdegil membongkar identiti King.
Tapi tetap dah tak boleh nak buat apa-apa. Sebab benda dah jadi. King ambil keputusan melatih Nara tentang ilmu-ilmu risikan. Nara terpaksa dijadikan tawanan. King ajar Nara kod-kod rahsia yang patut Nara gunakan di setiap kali mereka bekomunikasi.
Sebab tujuan King hanya satu. Mereka bakal bertempur dengan ketenteraan Amerika dan Nara adalah sasaran utama mereka dan pihak Rusia sendiri. Bagi pihak Rusia, Nara adalah spy Amerika, sementara bagi pihak Amerika pula, Nara adalah spy Rusia. Jadinya Nara betul-betul dalam bahaya.
Kerajaan Malaysia pula masuk campur sebab Nara adalah rakyat Malaysia. Kerajaan tuntut agar Nara dipulangkan ke Malaysia dalam keadaan selamat. Tapi dalam masa yang sama, Amerika dan Rusia tengah memburu Nara dan nak bunuh Nara. Keadaan jadi tegang hingga hampir mencetuskan perang tiga penjuru. Atas sebab tu, King terpaksa sembunyikan Nara dari pengetahuan dunia.
Masa ni jugaklah baru Nara tahu kenapa dulu King hack blog Nara. Sebab dalam setiap komen yang King letakkan di blog tu, King ada simpan macam-macam kod rahsia berkenaan Amerika. King pilih blog tu secara random, sebab King tahu yang ketenteraan Amerika takkan terfikir yang rahsia-rahsia sepenting itu akan disimpan dalam blog picisan macam blog Nara tu.
Kemuncak cerita, Nara berkerjasama dengan King dengan menggunakan balik segala ilmu computer hacking yang Nara pernah belajar. Nara bertempur dengan hacker dari Amerika supaya King selamat menjalankan misi menyelamatkan tawanan dari tahanan Amerika, selain melarikan virus dari makmal kepunyaan Amerika yang Amerika cipta untuk musnahkan dunia.
YOU ARE READING
HACKER
RomanceTentang seorang blogger yang blog privatenya telah dicerobohi seorang hacker dari Rusia. Semua tentang dia, hacker tu tahu. Tapi bila dia cuba tanya identiti hacker tu, jawapan hacker tu hanya satu:- Saya penjenayah. Awak tak patut tahu apa-apa tent...